Sunday, February 24, 2008

Cucur Ikan Bilis


Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air (jika tak cukup boleh tambah)
Setangkai daun sadri (dihiris)
Setangkai daun bawang (dihiris)
Sedikit Ikan Bilis (segenggam)
Sedikit serbuk kunyit
Garam (secukup rasa)


Cara-caranya:
1) Satukan semua bahan-bahan di atas.
2) Masukkan air & gaul rata. Jangan terlalu cair.
3) Goreng sehingga kekuningan / garing.
4) Hidangkan untuk minum petang bersama kopi atau teh

Selamat Mencuba!!

Kangkung Goreng Belacan




Nie antara makanan kegemaran aku sejak kecik-kecik dulu. Sampai sekarang pun masih lagi suka. Sekali-sekala dapat buat best gak kan...


Bahan-bahan:
1 ikat kangkung segar (siap ikat di pasar malam/pasar)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji cili merah (ditumbuk) - jika suka bleh bleh tukar dgn cili padi
Sedikit belacan
Sedikit Udang kering
Sedikit air
Sedikit Garam


Cara-caranya:
1) Bersihkan kangkung. Asingkan batang kangkung dan daun kangkung.
2) Tumbuk bahan spt bawang merah, bawang putih, cili, belacan dan udang kering bersama.
3) Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan garam.
4) Masukkan batang kangkung. Tumis sehingga sedikit lembut.
5) Masukkan semua daun kangkung. Goreng sehingga masak.
6) Jika inginkan sedikit kuah, masukkan sedikit saja air.
7) Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Telur Ikan Goreng Kunyit

Servings:2-3 person

Ingredients:
500 gm telur ikan
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada hijau (dihiris)
Garam
Serbuk Kunyit
Minyak (Utk menggoreng)

Directions:
1) Bersihkan telur ikan dan gaul bersama garam & serbuk kunyit.
2) Kemudian gorengkan telur ikan tadi.
3) Setelah hampir masak, masukkan bahan yang dihiris tadi. Jikan suka kuning lagi, tambahkan sedikit serbuk kunyit.
4) Goreng sehingga masak.
5) Hidangkan bersama nasi panas.

Daging Masak Kicap Berempah

Ari tu buat..tapi tak sempat snap gambo...next time kay..

Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 Sudu kicap lemak manis
1 sudu kicap cair
Garam (secukup rasa)
Sedikit air

Caranya:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan daging, goreng sehingga masak.
2) Masukkan ketumbar, jintan manis & jintan putih. Kacau rata.
3) Masukkan semua kicap. Masukkan bawang besar & cili merah.
4) Masukkan sedikit garam dan sedikit air.
5) Masak sehingga daging empuk dan hidangkan bersama nasi

Udang Tomyam Bakar


Sedap & simple...


Bahan-bahan:-
500 gm udang
3 peket pes tomyam
Sedikit minyak masak


Cara-caranya:
1) Bersihkan udang.
2) Lumurkan pes tomyam di atas udang sama rata.
3) Bakar atau goreng di dalam kuali
4) Sedia di makan.


** Sesuai di makan dengan nasi.

Ikan Cencaru Sumbat

Resepi nie paling aku suka sejak kecil...biler mak aku masak sure aku happy gile...hehehe..

Selamat mencuba

Ingredients:
2 ekor ikan cencaru (dibersihkan)
3 ulas bawang merah (ditumbuk sederhana halus)
2 biji cili merah (ditumbuk sederhana halus)
Belacan
Sedikit asam jawa
Garam


Directions:
1) Ikan cencaru yang dibersihkan perut dan buang sisik diketepikan dahulu.
2) Tumbuk bawang merah, cili merah, belacan & garam bersama.
3) Masukkan sedikit air asam jawa pada bahan yg ditumbuk tadi.
4) Ambil garam lumur pada badan ikan cencaru Dan lumurkan baki air asam jawa.
5) Sumbatkan dibahagian perut ikan cencaru tadi.
6) Ikan boleh digoreng atau dibakar (dibakar bungkus pakai foil paper)

Sunday, February 17, 2008

Pankek


Bahan-bahan:-

250ml susu cair
1 sudu besar cuka
165gm tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
Marjerin untuk melengserkan

Cara Membuatnya:-
1. Campurkan susu cair dan cuka. Kacau dan biarkan 10 minit.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan gula bersama tepung. Buatkan 'lubang' di tengah tepung tadi. Ketepikan.
4. Satukan campuran susu, mentega dan telur.
5. Tuangkan ke dalam tepung dan kacau dengan ballon whisk hingga sebati. Tambah sedikit lagi susu jika terlalu pekat.
6. Panaskan kuali kalis lekat, lengserkan sedikit marjerin.
7. Letakkan 2-3 sudu adunan dan ratakan sedikit.
8. Masak atas api perlahan kemudian terbalikkan.
9. Angkat dan hidangkan dengsan sos coklat, madu dan mentega.

Saturday, February 2, 2008

Kek Mentega Keju

One Slice ...

Aku dapat resepi dalam KOSMO...oleh Norzailina Nordin..
Sedap..dah cuba petang tadi...

Ingredients:
170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna
1 1/2 camt serbuk penaik (diayak bersama tepung)
2 camca teh vanilla
5 biji putih telur
1/8 camca teh krim tartar

Directions:
1) Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2) Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis
3) Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati
4) Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanilla.
5) Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
6) Masukkan krim tartar, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
7) Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
8) Ratakan dalam adunan ke dalam tin 4 segi 22 cm yang di alas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin
9) Bakar pada suhu 170 C selama 1 jam @ sehingga masak.
10) Keluarkan, biar atas redai 10 min sebelum dikeluarkan dari tin

Ikan Masin Masak Asam


Ingredients:

1 peket ikan masin tenggiri (dibersihkan)
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji lada merah - dihiris
1/2 cawan air asam jawa




Directions:
1) Goreng ikan masing sehingga garing
2) Masukkan terus bawang merah, bawang putih dan cili merah (tanpa angkat ikan tadi). Tumis hingga garing.
3) Masukkan air asam jawa mengikut citarasa anda.


** Tidak perlu masuk garam kerana ikan masin dah masin..

Puri Daging


Resepi ini sesuai untuk sesiapa yang tidak sukakan pedas.

Selamat Mencuba

Ingredients:
500 gm daging batang pinang (dipotong sederhana kecil)
250 gm tomato puri
180 gm cili kering (dikisar halus)
6 biji bawang putih (dikisar halus)
100 gm halia (dikisar halus)
200 gm bawang besar (dikisar halus)
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa

Directions:
1) Bersihkan daging dan tos hingga kering sedikit
2) Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, jintan manis, jintan putih dan halia sehingga wangi dan keperang-perangan.
3) Kemudian masukkan tomato puri. Kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak.
4) Masukkan daun kari dan seterusnya masukkan daging. Gaul sebati sehingga daging empuk.
5) Selepas itu masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
6) Masukkan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga air kering sedikit. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang.

Terung Goreng Sambal



Ingredients:

3 batang terung yang sederhana
½ labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (ditumbuk/ diblender)
3 ulas bawang merah (ditumbuk/ diblender)
2 biji cili merah (ditumbuk/ diblender)
4 biji cili padi (ditumbuk/ diblender)
3 helai daun kari (utk tambah perisa)
Sedikit belacan
1 sudu kicap cair
Garam


Directions:
1) Goreng terung hingga lembik sedikit. Angkat dan ketepikan.
2) Tumis bahan bahan yang ditumbuk/ diblender hingga naik bau.
3) Masukkan kicap cair & garam secukup rasa.
4) Masukkan terung yang digoreng tadi bersama bawan besar yang dihiris tadi. Masukkan daun kari.
5) Masak sehingga masak dan boleh dihidangkan bersama nasi.

Sup Daging


Hari tu aku masak sup...Sebab sup tu khas untuk orang demam....Sup simple....aku sediakan kejap jer...


Ingredients:
500 gm daging lembu(daging batang pinang)
½ inci halia (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ batang lobak merah (dihiris)
½ batang celery (dihiris)
2 biji kentang (dibelah 4)
2 sudu serbuk rempah sup (jika tiada boleh gunakan sup bunjut)
2 sudu besar sos ikan (sos nampla)
1 sudu lada sulah
Garam (secukup rasa)


Directions:
1) Masukkan air sebanyak 4 cawan ke dalam periuk. Panaskan dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga mendidih.
2) Masukkan daging yang telah dibersihkan.
3) Masukkan celery, lobak merah & kentang. Tutup periuk dan biar mendidih.
4) Masukkan garam, serbuk rempah sup, sos ikan dan lada sulah. Kacau dan masak daging hingga empuk.
5) Sesudah masak Hidangkan sup bersama daun bawang dan bawang goreng

Spaghetti Goreng Basah


Resepi nie aku buat masa aku sebenarnya nak buat Spaghetti Bolognese...tapi sebab bosan asyik cara tu je..aku buat cara aku la plak...Spaghetti Goreng Basah..hehehe...ala-ala Mee Goreng Basah la...spaghetti kan mee gak kat Itali tu...jadi pe salahnya guna bahan yang sama...buat kat spaghetti...hasilnya lagi sedap dan bermutu....hehehe


Ingredients:
Separuh peket Spaghetti (direbus dahulu dan tos)
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji tomato (dipotong kecil-kecil) - jika suka boleh letak 2 biji
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1/2 biji lada benggala (capsicum) - (dihiris)
Setengah peket frozen Vege
1/2 peket daging cincang (Jenama Ramli)
2 sudu besar cili giling
2 sudu sos tomato
Lada sulah
Oregano
Garam


Directions:
1) Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan daging. Goreng hingga masak. Masukkan lada sulah & garam sedikit serta oregano.
3) Masukkan cili giling dan sos tomato. Kacau sehingga naik bau.Masukkan tomato.
4) Masukkan frozen vege & capsicum serta bawang besar tadi.Kacau hingga masak.
5) Masukkan spaghetti kacau hingga sebati bersama bahan tumisan tadi.
6) Sedia untuk dihidang


Nota:
Boleh dihiaskan bersama daun bawang & bawang goreng.

Bendi Goreng Telur


Nie resepi malas aku ..selongkar peti ais ada bendi...apa lagi..semua dok bantai campak dlm kuali je...hehehe...


Selamat Mencuba!!!


Ingredients:
1 biji telur
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
8 batang bendi (dipotong serong - sederhana tebal) - direndam air garam utk hilangkan lendir
2 sudu cili giling
1 sudu kicap cair
Sedikit lada sulah
Garam (secukup rasa)


Directions:
1) Goreng telur seperti scramble egg di dalam kuali.
2) Setelah telur telah digoreng masukkan terus bahan yang dihiris (bawang besar, bawang putih & cili merah)
3) Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili giling. Tumis hingga cili giling masak.
4) Masukkan bendi yang telah dipotong serong
5) Masukkan kicap cair dan lada sulah serta garam secukup rasa.
6) Setelah masak boleh dihidang bersama nasi putih serta lauk lain.

Udang Lada Hitam


Nie antara resepi faveret aku le...baru je update gambar....

Ingredients:

# 1/2 kg udang harimau
# 2 biji bawang putih - diketuk
# 1 biji bawang besar - dipotong wedges
# 1/2 biji bell pepper(capsicum) - dihiris memanjang
# 2 sudu sos cili
# 3 sudu sos lada hitam
# 1/2 sudu serbuk black pepper(ditumbuk kasar)
# Sedikit air
# Garam secukup rasa


Directions:
# Tumis bawang putih hingga naik bau.
# Masukkan bawang besar & bell pepper.
# Masukkan sos cili & sos lada hitam.
# Masukkan serbuk lada hitam
# Gaul rata. Masukkan garam secukup rasa.
# Masukkan udang & gaul rata.
# Masukkan sedikit air

Soto Makasar


Soto Makasar - amat mudah dan senang di sediakan..


Selamat Mencuba!!!


Ingredients:
600gm Daging (batang pinang)
1 inci halia (ditumbuk)
1/2 inci lengkuas (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 btg kayu manis
3 keping bunga lawang
2 biji buah keras (ditumbuk) - utk memekatkan
600gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
Garam (Secukup rasa)


Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Limau kasturi




Directions:
1) Rebus daging hingga masak & empuk. Kemudian ketepikan.
2) Tumis kayu manis & bunga lawang bersama bahan yang ditumbuk tadi.
3) Sesudah naik bau, masukkan serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, jintan manis dan jintan putih.
4) Kemudian masukkan air rebusan bersama-sama daging, masak hingga mendidih.
5) Sesudah mendidih, masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit.
7) Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga mendidih.
8) Hidangkan bersama bahan hiasan dan nasi impit.

Cucur Kentang Nestum

Assalamualaikum semua...

Resepi nie tok sedara aku bagi kira-kira 13 tahun lepas laa....aku memang suka buat cucur sejak zaman sekolah lagi..sebab aku suka makan cucur...hehehe...tak kira la cucur apa-apapun...

Tapi memang sedap...Cubalah!!

Resepi ini sesuai untuk minum pagi dan minum petang

Selamat Mencuba!!!!

Ingredients:
1 mangkuk Kentang parut
2 sudu Tepung gandum
1 biji telur ayam
Lada Hijau
Bawang besar / kecil (digoreng)
Daun Sadri (dimayang)
2 sudu Nestum
2 sudu susu cair
Air (digunakan utk menggaul)
Garam
Udang (bahan tambahan)
1 sudu Rempah kari / serbuk lada

Directions:
- Kentang diparut

- Gaulkan tepung, kentang parut, telur ayam, lada hijau, bawang goreng, daun sadri, nestum, susu cair, garam, udang, rempah kari sama rata.

- Kemudian campurkan sedikit air. Gaulkan bahan tadi. Pastikan tidak cair. Buat sederhana pekat.

- Goreng sehingga keemasan.

Laksa Johor

Nie resepi yg biasa aku pakai laa bile masak Laksa Johor....
Resepi turun temurun dari mak aku ....my sifooo...


waachhaaa....


Selamat Mencuba!!!!


Ingredients:
1 kilo ikan parang @ tenggiri
1/2 kati udang hidup
Segenggam udang kering
4 paket rempah kari ikan (kecil)
10 batang serai
4" halia
4" lengkuas
1/2 kati bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Kerisik (daripada 1 biji kelapa)
Santan (daripada 2 biji kelapa)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam & asam keping


Untuk Laksanya:
Rebuskan spaghetti selama 1/2 jam lalu dibentuk suka hati (bentuk no 8)


Ulam-ulamnya:
Sambal belacan
Limau kasturi
Taugeh mentah
Bawang besar
Daun kesum
Daun selasih
Timun
Lobak masin


Directions:
- Ikan, udang kering direbus lalu dikisar (Ikan dikerisikan sebelum dikisar)
- Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan belacan semuanya dikisar,
- Jerang periuk dan panaskan minyak. Tumiskan semua bahan yang telah dikisar hingga wangi
- Kemudian masukkan rempah, kacau lagi hingga terbit minyak.
- Masukkan ikan dan udang yang telah dikisar tadi. Kacau rata-rata lalu masukkan santan.
- Biarkan santan mendidih perlahan-lahan lalu masukkan kerisik, asam keping dan garam secukup rasa.
- Api mesti sederhana. Masak hingga pecah minyak.

Makaroni Goreng

Ni resepi ringkas..kalau nak cepat...especially yang balik keje terus masak...macam aku..heheh..so, sempat rembat apa yang ada dalam peti ais jer laa kan...so, apa-apa pasta pun boleh actually....


Selamat Mencuba !!!!


Ingredients:
Separuh peket Pasta Elbow (direbus dahulu dan tos)
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Setengah peket frozen Vege
1/2 peket daging cincang (Jenama Ramli)
2 sudu besar cili giling
Lada sulah
Garam


Directions:
1) Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan daging. Goreng hingga masak. Masukkan lada sulah & garam.
3) Masukkan cili giling Kacau sehingga naik bau.
4) Masukkan frozen vege & bawang besar tadi.Kacau hingga masak.
5) Masukkan Pasta Elbow kacau hingga sebati bersama bahan tumisan tadi.
6) Sedia untuk dihidang

Friday, February 1, 2008

Udang Masak Lemak Simple




Nie kes nak cepat, masak ala-kadar aje. Tapi sedap gak. Hidangan untuk berdua ajer. Okay la tu kan. Nak masak complicated sangat pun nanti lambat siap lak kan...


Bahan-bahan:


15 ekor udang harimau (bleh tambah ikut suka) - dibersihkan
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris – buang biji)
1 sudu besar serbuk kunyit
½ cawan santan
Garam secukup rasa


Cara-caranya:


1) gaulkan serbuk kunyit bersama udang
2) tumiskan bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan udang dan kacau hingga masak.
4) Masukkan santan dan sedikit serbuk kunyit (ikut kemahuan anda)
5) Masak sehingga mendidih. Masukkan cili merah yang dihiris tadi
6) Sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin