Wednesday, August 15, 2012

Ikan Bilis Tumis Petai

Salam...

Ramadhan sudah hamper tiba di penghujungnya. Saat nie dah mula malas laa nak masak yang fancy-fancy sangat. Just masak apa yang sempat aje...



Bahan-Bahan:
100gm Ikan Bilis tanpa tulang
1 Biji Bawang Besar (dipotong bulat)
3 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
3 biji cili padi
1 Papan Petai

Cara-caranya:
1. Goreng Ikan bilis sehingga sedikit garing.
2. Masukkan bawang putih & cili padi. Goreng hingga bawang garing sedikit.
3. Masukkan bawang besar dan gaul hingga bawang sedikit layu.
4. Masukkan petai yang telah dibersihkan. Gaul hingga masak. Hidangkan bersama nasi putih.

SELAMAT MENCUBA!




Tuesday, August 7, 2012

Asam Pedas Pari Johor Style

Salam Ramadhan,


Bulan Ramadhan..dah macam bulan resepi plak. Sebabnya bila bulan Ramadhan, macam-macam resepi keluar. So hari Ahad lepas aku masak Asam Pedas Pari...rindu masakan Ibu, jadi cuba buat nie lepas BBM dia mcm mana nak buat. Haha aku tak expert lagi masak Asam Pedas nie...tapi Alhamdulillah kali nie berjaya dengan CEMERLANG....eheheh



Bahan-bahan:
7-8 keping Ikan Pari - dipotong & dibersihkan
30 batang cili kering - diblend
8 ulas Bawang merah - diblend
4 Bawang Putih - diblend
1 inci Halia - diblend
1 inci Kunyit - diblend
Sedikit Belacan Bakar - diblend
Daun Kesum
Bunga Kantan - dibelah 2
Air Asam Jawa
Sedikit garam

Cara:
1. Tumis rempah yang di blend tadi hingga naik bau.
2. Masukkan Air asam jawa. Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
3. Masukkan ikan hingga kuah mendidih. Masukkan bunga kantan & daun kesum
4. Hidangkan bersama nasi panas.
SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, August 5, 2012

Kuih Cara Manis

Salam semua...

Tetiba weekend lepas aku terRAJIN plak. Actually Mr Hubby dah lama request kuih nie. Cuma aku tak de acuan ajer. Nie baru beli acuan jadi aku pun buat la. Tercapai gak hasrat nak buat kuih nie. Beli mahal dapat baper ketul aje. So, baik la aku buat sendiri kuih nie kan....

Ni la hasilnya...

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 kotak kecil santan kelapa rendah lemak (kes malas capai aje apa yg ade)
1 biji telur
1 camca teh perasa pandan (kalau rajin buat dr daun pandan, tp tak rajin kan :) )
Beberapa titik pewarna hijau (warna hijau epal)
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (rasa lemak2 masin gitu)
Sedikit minyak masak, untuk dilenser acuan

Cara-cara membuat:

  1. Satukan tepung gandum, perasa pandan, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, apabila panas kecilkan api pada tahap minima. Sapukan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (aku guna berus kecil utk lenserkan).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (aku guna jag kecil) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 semasa mengeluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
Hidangan kuih untuk berbuka puasa.

Selamat Mencuba!

Saturday, August 4, 2012

Dejavu De Puff

Salam Semua....

Minggu lepas dok buat puff segera. Segera macam mana? Versi malas tapi rajin gak laa nak buat puff kan. Anyway, puff nie aku beli siap dia punye pastry aje. Inti aje yang aku bersusah payah membuatnya...sedap gak laa...percubaan yang baik ehehe ...


Bahan Inti:
1 biji Bawang Besar Sederhana - dicincang halus
1 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 mangkuk kecil daging cincang
2 biji kentang sederhana - di potong kecil2
1 sudu serbuk kari
Sedikit garam
Sedikit minyak menggoreng


Bahan-bahan:
1 pek Pastri KawanKu (ada di jual di supermarket) - 10 keping dlm peket
Kuning Telur


Cara Memasak Inti:
1. Tumis bawang besar & bawang putih bersama. Tumis hingga sedikit layu.
2. Masukkan daging cincang & kentang. Goreng hingga daging & kentang masak.
3. Masukkan sedikit serbuk kari & garam secukup rasa.
4. Alihkan ke dalam mangkuk setelah masak.

Cara Membuat Puff:
1. Ambil sekeping pastry dan letakkan inti.
2. Lipat supaya jadi 3 segi (seperti dlm gambar).
3. Tekan dengan garfu di bahagian tepi pastry.
4. Ulang sehingga pastry habis.
5. Sapu kuning telur di atas puff tadi dan bakar sehingga puff masak.

 
Selamat Mencuba!

Friday, August 3, 2012

Masak Lemak Labu TURBO

Salam,

My 2nd resepi TURBO adalah Masak Lomak Labu TURBO ... Sempat aku potong labu dan masak dalam keadaan tertekan. Dah macam Kitchen Impossible dah nie. Haha...nak cepatnye pasal nasib baik sempat. 2 Lauk 30 min...perghhh....dapur api TURBO. Hahah...


Bahan-bahan:
1/2 biji Labu Kuning - dipotong
1 Biji Bawang Besar - dikisar
2 ulas Bawang Putih - dikisar
5 Biji Cili Padi - dikisar
1/2 inci Kunyit - dikisar
Segenggam Udang Kering - dikisar
1 Mangkuk Santan (Aku pakai santan serbuk. Masuk skali dlm pengisar)
Secukup Rasa Garam

Cara-cara:
1. Turbo Version :- Bahan kisar di masukkan ke dalam blender (termasuk santan serbuk/santan kotak)
2. Rebuskan dahulu labu selama 5 minit.
3. Masukkan bahan yang kisar tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan garam. Apabila telah masak/ mendidih bolehlah tutup api dan dihidangkan bersama nasi.

Nie laa lauk buka posa aku huhu...cepat dan mudah di masak. Tak payah susah-susah kan....laju aje...ehehehe...
Selamat Mencuba!

Thursday, August 2, 2012

Sambal Tumis Udang Petai TURBO

Salam semua...

Lama tak berupdate lak di sini yek. Tak de masa sebenarnya. Nie baru ada mood nak berblogging balik. Alahaiii....Nape eh aku nie?

So, ari nie aku smpi rumah around 6.30pm. So, then kuasa TURBO yang ada walaupun lemah, ku gagahi jua untuk masuk ke ruang dapur. Macam tak percaya aku sempat siapkan 2 jenis lauk. Perghhh, Masak Lemak Labu & Sambal Tumis Udang Petai TURBO nie...aku masak setengah jam 2 lauk.


Bahan-bahan:
1 Mangkuk Udang - 15 ekor udang
1 Labu Bawang Besar - dipotong bulat
2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
Segenggam Petai - ikut suka korang la kan
5 sudu cili boh - kalau rajin blend sendiri
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit Air Asam Jawa

Cara-caranya:
1) Panaskan minyak masak. Masukkan sedikit bawang besar & bawang putih.
2) Sudah sedikit layu bawangnya, masukkan cili giling tadi. Kacau hingga pecah minyak.
3) Masukkan sedikit garam & belacan.
4) Masukkan udang yang telah dibersihkan. Gaul hingga rata.
5) Masukkan petai & baki bawang besar tadi ke dalam periuk dan kacau.
6) Apabila udang sudah masak, boleh laa dihidangkan bersama nasi.

Selamat Mencuba!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin