Monday, August 30, 2010

Sotong Beriyani (Untuk 2-3 orang)


Resepi nie aku dah lama buat...tapi terlupa plak nak upload...resepi simple dan mudah di masak...

Bahan-bahan:
6 ekor Sotong (dipotong bulat & dibersihkan)
2 sudu Rempah Beriyani
1 biji Bawang Besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (ditumbuk/diketuk)
2 sudu Cili Giling
1 batang Cili Merah (dihiris)
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili giling dan biar hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah beriyani dan kacau. Masukkan sotong yang sudah dibersihkan.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau hingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Sunday, August 29, 2010

Pasta Spiral Goreng

Ni masakan paling malas pernah buat la...cincai..janji bleh makan laa kan..anyway memang sedap pun heheh...


Bahan-bahan:

Pasta Spiral (direbus)
200 gm Daging Cincang
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dicincang)
1 mangkuk kecil sayur campur beku (nyahbeku)
Sedikit Oregano
Garam
Sedikit Serbuk Lada Hitam

Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sedikit bawang besar utk perasa.
2. Masukkan daging. Goreng hingga masak. Masuk serbuk lada hitam.
3. Masukkan tomato yang dicincang tadi. Letak sedikit oregano dan garam.
4. Masukkan sayur campur dan kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
5. Masak hingga mendidih.Kemudian hidang bersama pasta.Tabur daun bawang & sedikit bawang goreng.

Selamat Mencuba!

Tuesday, August 24, 2010

Roti Pita

Roti Pita Berinti Daging faveret aku...buat masa berbuka...best! Balik je keje terus keluarkan bahan-bahan. Masak kejap aje...Amat mudah dan senang disediakan dibulan puasa...

Bahan Roti Pita:
Roti Pita (dipotong 2 & dibelah tengah
Marjerin (disapu pada luar dan dalam roti)

Bahan Inti:
Marjerin
Daging Cincang (guna separuh pek)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1/2 capsicum hijau (dipotong dadu) * boleh letak pelbagai warna capsicum
1 sudu cili giling
3 sudu sos bolognese (Prego dalam tin merah)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara-carannya:
1. Bakar roti pita yang telah dilengserkan dgn marjerin. Sudah siap ketepikan dahulu.
2. Panaskan marjerin, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
4. Masukkan lobak merah dan capsicum tadi. Gaul hingga masak.
5. Masukkan cili giling dan sos bolognese. Gaul rata. Masukkan tomato yang dipotong dadu tadi.
6. Gaul rata hingga masak. Siap untuk dihidangkan bersama roti pita.

Selamat Mencuba!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin