Sunday, September 11, 2016

Soto Nasi

Salam semua,

Hari ni masak SOTO. Saya buat Soto Nasi jer... hidangan simple jer untuk hujung minggu. Malas laa nak masak yang berat sangat. Perut pun sekali sekala kena berehat gak dari makanan yang berat.



Bahan-Bahan untuk Kuah Soto:
  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih  
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga - rempah sekawan

Bahan Kisar:
  • 6 ulas bawang merah                  
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai - ketuk

Cara Menyediakan Soto Ayam
  • Tumis rempah sekawan, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  • Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam.
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.

Cara Membuat Sambal Cili Kicap
  • Segenggam cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap lemak manis (saya guna jenama JALEN)
  • 1 -2 biji limau kasturi (ambil air perahan limau)
Blend semua bahan sekali bersama kicap. 

Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam 
  • 7-9 biji kentang (dipotong bentuk wedges) – digoreng
  • 2 pokok daun sup - mayang halus
  • 1 senduk Bawang goreng di ramas sedikit (saya goreng sendir bawang goreng)
  • 2 biji telur ( untuk menggoreng begedil)
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Daging Kisar (disangai/goreng tanpa minyak)

Cara Menyediakan Begedil
  • Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum digoreng. Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
  • Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek. Masukkan juga semua bahan seperti bawang goreng, daup sup. Boleh gunakan lesung batu bila nak lecek kentang tu. Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  • Gaulkan kentang dah sebati dengan semua bahan, Buat bentuk bebola dan tekan untuk sedikit leper. Ikut size besar mana laa kita nak.
  • Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
  • Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit garam. Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.

Cara Cadangan Hidangan:

Bahan hiasan:
Taugeh - dicelur
Daun Sup - dihiris
Daun Bawang - dihiris
Kacang tanah goreng - jika suka
Bawang Goreng 
Suhun - digoreng 
Limau Kasturi - dipotong dua
Nasi Impit - dipotong 

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, September 9, 2016

Nasi Daging Utara

Assalamualaikum Semua,


Hari ni tetiba teringin nak makan daging. Makanya, terus masak laa Nasi Daging. Woww...tetiba tu...apapun memang sedap. Simple jer cara nak masak Nasi Daging ni. Kalau waktu malas-malas memang sesuai sangat laaa...sebab semua bahan ada di rumah kan...jadi amat mudah sangat...tak makan masa yang lama untuk masak.



Bahan-bahan:
Beras - saya buat 3 pot beras
1/2 helai Daun Pandan 
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
3 sudu makan Rempah Kurma (saya pakai Adabi)
2 biji tomato - dipotong kiub
Rempah 4 Sekawan
500gm Daging direbus hingga empuk - simpan air rebusan
Minyak Sapi (saya guna 3 sudu makan)/ Marjerin pun bleh gak

Cara-cara:

  • Panaskan periuk. Masukkan Minyak Sapi
  • Tumiskan rempah 4 sekawan bersama Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Rempah Kurma.
  • Perasakan dengan garam.
  • Setelah disebatikan, masukkan air rebusan daging. Masukkan secawan air rebusan daging. 
  • Tunggu hingga mendidih dan masukkan beras  bersama daun seketika.
  • Alihkan ke periuk nasi. Masukkan hirisan daging dan tomato yang sudah dipotong tadi.
  • Masukkan air ikut sukatan beras. Hidupkan periuk nasi dan biarkan hingga masak.
  • Apabila siap di masak boleh dihidangkan bersama air asam.
Air Asam Kerisik 
5 ulas Bawang Merah - dihiris
4 biji Cili Padi - dihiris
2 Biji Tomato - dihiris
Asam Jawa - mengikut banyak mana bahan
1 sudu besar Kerisik
4 batang cili merah *
5 batang cili padi *
Sebesar Ibu Jari Belacan Bakar *
Garam
Gula

Cara-cara:
  • Tumbuk/ Blend bahan yang bertanda *.
  • Hiris bahan-bahan lain dan sediakan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk.
  • Masukkan Air Asam Jawa. Gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan Kerisik dan perasakan. Gaulkan hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang.

## Boleh juga di makan bersama lauk lain jika suka. 

SELAMAT MENCUBA!!


Tuesday, September 6, 2016

Aglio Olio Ayam Simple

Salam Semua,

Hari nie kena bangun awal-awal pagi. Nak bawak bekal untuk makan-makan di office. Tak tau laaa sedap ke dak kan. Maklum laaa I ni tekak Italy, dorang tu banyak tekak Melayu sejati. Hahaha...anyway, harap korang suka laaa eh...tapi nie masakan yang diolah ikut citarasa saya laa...kalau suka boleh laa mencuba yek....

“Aglio Olio” is italian for “garlic + olive oil”, so you do
need tons of garlic AND olive oil for this recipe.


Bahan-bahan:
Pasta Spiral - Saya guna ni sebab senang nak sediakan - Direbus & ditoskan)
4 sudu Olive Oil (banyak sket pun tak per)
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji lada Benggala Merah - dihiris memanjang
1 biji lada Benggala Hijau - dihiris memanjang
Sosej Ayam - dihiris nipis & memanjang (nak buat ala2 beef strip)
6 biji Tomato Ceri - dibelah 2
Daun Parsley - dihiris halus
1 sudu serbuk lada kasar/ cili flakes
Parmesan Cheese untuk ditabur bila dihidang

Cara-cara:

  • Panaskan Oilve Oil dan sosej ayam tadi yang dihiris memanjang hingga garing. 
  • Kemudian masukkan goreng bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan lada benggala dan kacau seketika. Masukkan terus pasta ke dalam kuali untuk digaul bersama.
  • Masukkan tomato ceri, daun parsley dan cili flakes dan gaul. Tutup api. Hidangkan dan taburkan Parmesan Cheese. Siap sedia untuk di makan bersama keluarga.
SELAMAT MENCUBA!!


Monday, September 5, 2016

Sambal Tumis Udang Petai

Salam semua,

Apa nak masak hari ni? Dah hari-hari masuk dapur, sampai tak tau menu apa dah nak masak kan. Kadang-kadang pening fikirkan menu yang nak dimasak. Dan akan berakhir makan meggi plak kan....tapi tidak kut untuk hari ni....kita masak Sambal Tumis Udang bersama Petai...Hmmm, menu yang mengiurkan....


Bahan-bahan:
500gm-1kg Udang - Apa2 jenis udang pun bleh, asalkan udang
1 labu Bawang Besar - dipotong bulat
3 ulas Bawang Putih *
6 biji Bawang Merah *
15 biji cili kering *
2-3 papan Petai 
Sedikit belacan (besar ibu jari) - pecah2 kan agar jadi halus
Garam secukup rasa
Sedikit Air Asam Jawa

-- Bahan bertanda * hendaklah dikisar bersama.

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak masak. Masukkan bahan yang dikisarkan tadi hingga pecah minyak dan naik bau. 
  • Masukkan belacan dan perasakan dengan garam.
  • Masukkan Udang yang telah dibersihkan dan gaul rata.
  • Masukkan Petai dan Bawang Besar ke dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa. Rasa jika tawar, perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih dan gaulkan semuanya. Boleh tutup api apabila Udang sudah masak.
  • Hidangkan bersama nasi dan lauk lain. 
SELAMAT MENCUBA!!


Sunday, September 4, 2016

Pasta Bolognese With Meatballs

Salam,

Menu favourite is in da house!

Tiada kata-kata perlu diucapkan bila makanan ni dihidangkan....darah Italy kuat benor dalam diri...hehehe




Bahan-bahan untuk Bebola Daging:
  • 1 peket daging RAMLY - Lembutkan/ cairkan jika dibekukan
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • 1/2 sudu teh Oregano
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam & Lada Sulah
Cara-cara membuat Bebola Daging:
  • Gaulkan semua bahan dalam satu besen (saya guna besen senang sket nak gaul).
  • Bulat2 ikut size yang korang suka. (mungkin ada yg suka besar/ sederhana)
  • Gorengkan di dalam kuali (saya guna kuali non stick dgn minyak yg sedikit spt dlm gambar)
  • Apa bila sudah nampak warna bertukar & nampak macam garing sikit, bolehlah diangkat dan diletakkan dalam pinggan dahulu.
Bahan-bahan:

  • Spiral Pasta - direbus & ditoskan
  • Bebola Daging (homemade)
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 8 biji tomato ceri (dibelah dua)
  • 1 mangkuk kecil sayur campur (saya guna LADA BENGGALA & LOBAK MERAH shj)
  • Garam
  • 1/2 sudu teh Oregano
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam & Lada Sulah

Cara-cara Memasak:
  • Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sedikit bawang besar utk perasa.
  • Masukkan bebola daging. Goreng hingga masak. Masuk serbuk lada hitam.
  • Masukkan tomato puree dalam tin. Letak sedikit oregano dan garam. Letak sedikit air (1 senduk jer)
  • Masukkan sayur campur dan kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
  • Masukkan tomato ceri yang sudah dibelah dua. gaulkan kemudian tutup api. Kemudian hidang bersama pasta.

Selamat Mencuba!

Friday, September 2, 2016

Mee Kicap Versi Mudah

Salam,

Hari nie tetiba rasa nak makan Mee Kicap. Alaaa macam style kedai Cina tu. Tapi buat sendiri laaa kan...lebih sedap mungkin. Atau tak sedap? Hahaha ...yang penting homemade dengan kasih sayang dari dapur tercinta....


Bahan-bahan:
3 keping Mee Cintan Kering (ada dijual dipasaraya) - dicelur & ditos
2 sudu kicap - Untuk digaulkan pada mee yang sudah siap dicelur
1 rumpun sawi (jika ramai tambah la 2-3 rumpun) - dicelur
Daun sup (daun bawang dan daun sadri) - untuk hiasan

Bawang Goreng - untuk hiasan

Ayam Fillet Grill
Ayam Fillet - dibersihhkan dan diperasakan
Garam
Pepper
Kicap 
Lada hita kasar

Cara-cara:

  • Gaul semua bahan bersama ayam. 
  • Grillkan sehingga ayam masak.

Bahan-Bahan Sup:
Dumpling - Beli dipasaran yang dah siap pun ada (HALAL plak tu)
Bebola Ikan
3 ulas Bawang Merah - Dihiris
2 ulas Bawang Putih - Dihiris
1 inci Halia - Dihiris
1 kiub ayam Knorr
3 cawan air
Sedikit Seleri - Dihiris
Sedikit Lobak Merah - Dihiris (jika suka)
Garam
Lada Sulah

Cara:

  • Tumis bawang putih, bawang merah & halia sehingga naik bau.
  • Masukkan air sebanyak 3 cawan. Masukkan lobak merah & seleri.
  • Masukkan kiub ayam. Perasakan dengan sedikit garam & lada sulah.
  • Apabila mendidih masukkan bebola ikan & dumpling ke dalam kuah. Biarkan mendidih seketika & tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan.

**** DUMPLING boleh ambil separuh & goreng di atas kuali (jika suka la). Tapi saya masukkan semua ke dalam sup. Ok gak. Ikut selera masing-masing nak buat macam mana.


SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, September 1, 2016

Sandwich Tuna

Salam semua,

Breakfast September.

Tuna Sandwich. Hope you will like it!




Bahan2:
Roti Gardenia (Bonjour Klasik)
Tuna in Sunflower Oil (dalam Tin) - boleh pilih in chunk or yg dah siap hancur
2 Biji bawang merah - dihiris halus (jika suka boleh letak banyak)
4 Biji Tomato Ceri - dipotong kecil2
Mayonis
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Marjerin - Sapuan pada roti
Daun Salad
Timun - dihiris nipis memanjang

Cara-cara untuk TUNA Mayonis:
  1. Asingkan Minyak dari tuna dalam tin. Ambil isi tuna ke dalam mangkuk yang bersih tanpa minyak Sunflower.
  2. Campurkan bawang dan tomato ceri yang sudah dipotong tadi.
  3. Letakkan sedikit garam dan lada sulah.
  4. Masukkan Mayonis hingga gaul. Jangan masukkan mayonis terlalu banyak, cukup sekadar dapat digaul rata bersama tuna.


Cara-cara penyediaan:
  1. Sapukan roti dengan marjerin pada kedua belah roti. Letakkan timun dan salad pada satu bahagian roti.
  2. Letakkan Tuna Mayonis yang sudah disiapkan tadi. Sapu rata.
  3. Apitkan dengan bahagian roti yang satu lagi. Bolehlah diulangi sehingga roti habis.
  4. Sedia untuk dihidang untuk sarapan.

SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, August 30, 2016

Asam Pedas Ikan Pari

Salam,

Menu faveret in da house!! Yahooo...bila ada Asam Pedas Ikan Pari, memang nasi akan bertambah secara automatik laa ke dalam pinggan. Mau 2-3 pinggan laaa sekali ngap kan...So, tunggu apa lagi, jom makan... 



Bahan-bahan:
7-8 keping Ikan Pari - dipotong & dibersihkan
30 batang cili kering - diblend
8 ulas Bawang merah - diblend
4 Bawang Putih - diblend
1 inci Halia - diblend
1 inci Kunyit - diblend
Sedikit Belacan Bakar - diblend
Daun Kesum
Bunga Kantan - dibelah 2
Bendi - Letak dalam 5-6 batang bendi
Air Asam Jawa (Ikut banyak mana rasa kemasaman yg korang suka..selalunya saya pki dalam 1 senduk air asam jawa)
Sedikit garam

Cara:
1. Tumis rempah yang di blend tadi hingga naik bau.
2. Masukkan Air asam jawa. Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
3. Masukkan ikan hingga kuah mendidih. Masukkan bunga kantan & daun kesum
4. Hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!!

Monday, August 29, 2016

Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis

Salam Semua,

Hari nie saya masak Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis sahaja. Menu ringkas dan menjadi kegemaran org dalam rumah ni. Kalau ada memang habis cepat laa menu nie.


Bahan-bahan:
1 bungkus tempe daun (dlm daun pisang)
1 biji kentang - potong wedges
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
6 batang cili padi - diketuk
Garam - secukup rasa
Sedikit lada sulah


Cara-cara:
1. Goreng semua bahan utama berasingan (tempe, kentang dan akhir skali ikan bilis)
2. Setelah ikan bilis hampir garing, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tunggu hingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan cili padi tadi. Gaul mesra.
4. Masukkan pula tempe dan kentang yang sudah siap digoreng tadi.
5. Sedikit garam dan lada sulah. Anda sudah boleh angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!

Sunday, August 28, 2016

Weekend : Menu Sihat

Salam,

Hujung minggu masa untuk makanan sihat. Menu apa? Ulam semestinya ada dalam setiap menu yang dihidangkan.


Memang heaven kalau ada menu di atas meja. Bakal menambah selera.
  • Sambal Belacan
  • Timun
  • Kacang Botol
  • Bendi Rebus


Saturday, August 27, 2016

Ayam Goreng Kunyit

Salam,

Menu yang tak perlu kata apa-apa. Selalu orang sanggup beratur untuk tapau. Tapi saya rela masak sendiri jer menu ni. Sebab sangat senang dan boleh dibuat bekalan ke pejabat.



Bahan2: 
300 Isi ayam (chicken filet) - di perap dgn garam & kunyit
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bwang putih - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
3 btg kacang panjang - dipotong pendek2
1/2 btg lobak merah - dipotong panjang2
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak utk menggoreng


Cara2: 
1. Panaskan kuali (saya pki kuali non stick utk kurangkan penggunaan minyak). Letak 1 senduk minyak masak.
2. Goreng ayam sehingga separa masak. 
3. Kemudian mula masukkan bahan2 seperti bawang besar dan bawang putih. Gaul rata hingga bawang sedikit layu.
4. Masukkan sayur lobak merah dan kacang panjang dan biarkan layu sedikit. Masukkan cili merah & biarkan ayam masak.
5. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada hitam.
6. Boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi.

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, August 26, 2016

Udang Masak Lemak

Salam,

Hari nie masak makanan kegemaran saya pulak. Udang. Memang kalau nampak udang nie memamg bersinar-sinar laa mata tapi tak boleh makan selalu nanti naik plak paras kolekstrol kan. Kena kawal-kawal laaa sket makanan kegemaran nie.


Bahan2: 
1 kg atau lebih Udang Harimau - dibersihkan
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci halia*
5 biji cili padi* kalau suka pedas boleh tambah
2 keping Asam Keping/Gelugor
Daun kunyit - diracik/ dihiris2
Santan - saya guna santan kotak saja (guna sekotak ajer)
Garam secukup rasa

Cara:
1. Blend semua bahan bertanda *
2. Masukkan bahan yg diblend td ke dalam periuk dan nyalakan api. Masukkan santan (saya guna santan kotak sbb dimasak pada hari bekerja).
3. Apabila sedikit mendidih, mulakan masuk udang ke dalam periuk bersama asam keping dan daun kunyit.
4. Perasakan dengan garam. Kacau dan tunggu hingga masak.
5. Apabila mendidihkan jgn sampai pecah santan pula. Kacau sedikit dan tutup api dapur. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

Wednesday, August 24, 2016

Ayam Kicap Halia

Salam,

Menu simple hari nie. Menu kegemaran sang suami. 



Bahan-bahan:
1 bgks ayam fillet - potong kecil
1 biji bawang besar - potong diamond
2 ulas bawang putih - dihiris 
1/2 inci halia - dihiris nipis
10 tangkai cili kering - dipotong2 n dibuang biji
1 senduk kicap ABC @ kicap manis pun boleh
1 senduk air
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak utk menggoreng
Sedikit minyak bijan - jika suka


Utk ayam:
  • Perisakan bersama garam & lada sulah. Dan gaulkan bersama tepung jagung.
  • Goreng hingga nampak kekuningan dan angkat ke tepi dahulu.


Cara2:
  1. Tumis bwg putih & halia serta sedikit bwg besar tadi sehingga bau wangi. Tambah sedikit minyak bijan jika suka. Akan menambahkan aroma.
  2. Masukkan cili kering. Tumis hingga wangi.
  3. Masukkan kicap dan gaul rata. Masukkan air.
  4. Mendidih dan kemudian masukkan ayam yang siap digoreng tadi. Dan masukkan baki bawang besar tadi. Gaul. Jgn lama sangat sbb ayam dah masak. So bila makan akan rasa lagi ranggup ayam. Perisakan sedikit garam & lada sulah.
  5. Tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba!!

Tuesday, August 23, 2016

Kentang Chips Homemade

Hello semua!

Dah lama nak upload Kentang Chips ni. Kekonon mcm Jack & Jill laa...hahaha tapi versi Malaysia punye. Ala kampung style sket... Goreng biasa-biasa jer.


Bahan-bahan:
3-4 biji kentang - dikupas kulit dan dibersihkan
Garam
Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 

  • Kentang disagat nipis (saya guna peeler sahaja)
  • Sambil sagat hendaklah direndam dalam air jadi tidak lebam kentang tersebut.
  • Apabila sudah siap boleh laa toskan air.
  • Gaulkan Garam dan sedikit Lada Sulah.
  • Panaskan minyak. Goreng. Apabila kekuningan, boleh laa di angkat.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau makan bersama nasi sebagai lauk tambahan.
SELAMAT MENCUBA!!


Laksa

Salam,

Tetiba rasa nak makan Laksa plak. Jom mencuba makan Laksa. Senang ajer buat Laksa, tak perlu bahan yang banyak. Penyediaan pun lebih mudah.



Bahan2:
1 bungkus Mee Laksa Kering (direndam)/ bleh juga guna laksa yg basah ada dijual dipasaraya/pasaran)
1 kg ikan kembung (aku pakai 6 ekor ikan aje, sbb mkn berdua aje)
10 biji bawang merah
15-20 tangkai cili kering (aku tukar ke cili merah sbb cili kering tiada dlm stok)
Daun Kesum (letak laa banyak mana korang suka)
1 batang Bunga Kantan
Sedikit Belacan
Asam Keping (aku letak 5 keping utk rasa kemasaman)

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar (dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Limau Kasturi (dibelah 2)
Daun Salad (dihiris)
Daun Pudina (jika suka)
Petis

Cara-cara:
1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan ikan. Simpan kuah ikan rebus tadi.
2. Bersihkan ikan, ambil isi sahaja (buang laa tulang tu)
3. Kisarkan Bawang Merah, Cili Kering, Belacan dan isi ikan yang telah diasingkan tadi.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi. Nyalakan api.
5. Masukkan Asam Keping, Bunga Kantan, dan Daun Kesum.
6. Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.
7. Sedia di makan bersama petis.

Monday, August 22, 2016

Maggi Goreng Mamak

Salam Semua,

Next resepi ringkas dan mudah. Actually malas2 nak masak, masak jer laa yang simple untuk di makan untuk sarapan atau minum petang...kalau nak buat makan malam pun boleh gak nie...



Bahan-bahan:
Sebungkus Mee Kering (dicelur & ditoskan airnya) - apa2 jenama dipasaran (saya guna jenama CINTAN jer)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 biji cili padi (dimayang halus) - kalau suka pedas tmbh la ikut suka
Sayur Sawi (ikut citarasa sendiri nak letak sayur apa)
Sedikit Lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari + serbuk cili (jika suka) @ pki serbuk kari megi/serbuk ayam megi, tabur2 sket je 
1 biji telur (lebih pun boleh)
++ Bleh tambah bhn lain jika suka etc : fishball, fishcake, ayam etc..

Cara:
1. Mee kering dicelur dan toskan airnya. Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukkan batang sayur sawi dahulu. Tumis hingga masak. Masukkan sendiri garam dan lada sulah.
4. Masukkan mee yg telah ditoskan tadi. Gaul hingga sebati.
5. Pecahkan telur dan gaul. Dah sebati masukkan sedikit serbuk kari + serbuk cili.
6. Masukkan baki sayur sawi (daun sawi) dan gaul sampai rata. Tutup api dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, August 21, 2016

Ayam Drummet Goreng Homemade

Salam,
Lama plak tak update masakan kat sini.

Hari ni nak update menu Ayam Drummet Goreng


Bahan2:
10 ketul ayam drummet - dibersihkan
5 sudu besar - Breadcrumb
1 biji telur
2 sudu Tepung jagung
Sedikit lada sulah
1 sudu teh serbuk cayyene  (dlm botol yg dijual di pasaraya)
1 sudu teh rosemary (dlm botol yg dijual di pasaraya)
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara2:
1. Perasakan ayam dengan garam, serbuk cayyene, rosemary dan lada sulah. Gaul rata pada ayam
2. Letakkan tepung jagung. Ratakan pada ayam.
3. Pecahkan telur dan gaul rata pada ayam juga.
4. Kemudian gaulkan rasa dengan breadcrumb.
5. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin