Friday, December 30, 2011

Bebola Daging Goreng Cili





Hai. Hari nie saya masak Bebola Daging plak. Selalunya Bebola Daging ni orang makan ngan Spaghetti kan? Kali nie nak twist sket, ubah kepada selera Melayu sket. Saja laa kan selalu sangat Western boring gak kan.


Bahan-bahan:

1/2 peket bebola daging lembu (kalau rajin boleh laa buat bebola sendiri)
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
3 sudu cili giling
2 sudu cili sos
1 biji tomato - dipotong wedges

Directions:
1) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, sedikit bawang besar dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan daun limau purut utk bau yang sedap
2) Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sedikit cili sos.
3) Masukkan bebola daging dan kacau hingga masak.
4) Masukkan tomato dan baki bawang besar tadi.
5) Gaul hingga masak dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi


Thursday, December 29, 2011

Bihun Sup Bebola Ikan



Bihun nie masak ketika rasa malas nak makan nasi, apa yang ada campak aje aa masuk periuk kan. Janji ada bahan. Janji ada makan malam. Simple & mudah disediakan bagi kaum Hawa yang bekerja. Kalau malas gak...pegi aje laa kedai beli terus yek heheh...


Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (dicelur)
2 sudu rempah sup
1 ulas bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
1 pek bebola ikan
1/2 biji lobak merah dihiris memanjang
Sedikit sayur sawi
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun saderi
Bawang goreng

Cara-cara:
1) Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan sayur; lobak merah & batang sawi. Masak hingga lembut.
3) Masukkan rempah sup tadi. Masukkan bebola ikan.
4) Masukkan sedikit garam & lada sulah secukup rasa.
5) Masukkan bihun yang telah siap dicelur tadi. Masak hingga agak lembut.
6) Masukkan sayur daun sawi.  Setelah hampir agak kering, tutup api dan hidangkan. Taburkan bawang goreng & daun sup.
7) Sedia untuk di makan.

Saturday, November 19, 2011

Sayur Goreng Campur



Lauk nie aku masak minggu lepas. Tapi tak sempat upload. Simple aje...lauk orang malas. Suri rumah bekerja memang masak simple-simple dan bantai apa yang boleh dicapai di dalam peti ais tu. Jadi nie antara yang sempat di masak ler...enjoy


Bahan-bahan
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
Sedikit Ikan Bilis - Bahan tumis bersama bawang
3/4 kobis - dihiris
1/2 biji lobak - dihiris memanjang
1 peket kacang Peas 
Sedikit Lada Sulah
2 Sudu Sos Tiram
Sedikit Garam

Cara-caranya:
1) Mayang semua Bawang Besar dan Bawang Putih.
2) Potong sayur-sayuran dan bersihkan.
3) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih bersama ikan bilis tadi.
4) Masukkan Sos Tiram dan Lada Sulah.
5) Masukkan sayur2 tadi. Gaul rata.
6) Setelah siap hidangkan bersama nasi. Sedia untuk di makan









Tuesday, November 15, 2011

Bendi Goreng Cili



Nie lauk malas aku..disebabkan dah ada bendi, masak aje laa ikut suka. Mula nak masak kari. Tapi tak jadi la plak. So, goreng santai & bantai aje laa...janji sedap...


Bahan-bahan:
8 batang bendi (dipotong serong - sederhana tebal) - direndam air garam utk hilangkan lendir
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)

1 keping fish cake (dihiris)

2 sudu cili giling
1 sudu kicap cair
Sedikit lada sulah
Garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1) Masukkan bawang besar, bawang putih & cili merah. Tumis hingga layu.
3) Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili giling. Tumis hingga cili giling masak.
4) Masukkan bendi yang telah dipotong serong
5) Masukkan kicap cair dan lada sulah serta garam secukup rasa.
6) Setelah masak boleh dihidang bersama nasi putih serta lauk lain.



SELAMAT MENCUBA!


Monday, November 14, 2011

Bihun Goreng


Nie kes teringin nak makan bihun. Dok hari-hari teringat tapi tak buat-buat gak kan. Tetiba rasa macam nak buat lak. Jadi bila check bahan semua cukup, pagi nie terus goreng buat hidangan untuk bawak bekal ke pejabat. Seronok dapat bawak bekal sendiri ke pejabat. Dah lama tak bawak bekal.


Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (direndam & ditos)
3 ulas bawang putih (dihiris & dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris & dicincang)
2 sudu udang kering (ditumbuk)
Kucai (dihiris)
Taugeh (dibersihkan)
1 keping fish cake (dihiris)
4 sudu cili giling
2 sudu kicap
Sedikit garam

Untuk Hiasan :
Daun Bawang
Cili
Limau Kasturi

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih,bawang merah & udang kering hingga naik bau. 
2. Masukkan cili giling, tumis hingga naik bau dan masukkan fish cake (boleh juga guna sotong & udang)
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan kicap dan sedikit garam.
4. Akhir sekali masukkan kucai & taugeh. Gaul hingga rata. Siap di masak.
5. Hidangkan. Hiaskan daun bawang, cili hiris & limau kasturi. Sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba!

Sunday, November 13, 2011

Udang Masak Lemak Tempoyak



Atas permintaan Hubby, jadi masak laaa Udang Tempoyak nie. Memandangkan semalam baru beli tempoyak. Jadi kiranya fresh la kan. Musim durian, jadi semua masakan berbau durian ajer...heheh

SELAMAT MENCUBA!

Bahan-bahan:

15 ekor udang harimau (bleh tambah ikut suka) - dibersihkan
2 biji kentang (dipotong 4- boleh letak jika suka)4 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 biji cili padi (dikisar)
Kunyit - besar ibu jari (dikisar)
1 kotak santan (bleh gak pki santan fresh..aku malas sket nak perah hehe)
4 sudu tempoyakGaram secukup rasa

Cara-caranya:

1) Kisarkan semua bahan kisar tadi. Aku terus letak sekali santan kotak tu masuk dengan bahan kisar dlm blender jadi aku tak pakai air byk sgt.
2) Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Nyalakan api.
3) Masukkan kentang dan biar hingga lembut
4) Masukkan udang dan biar hingga masak. Masukkan tempoyak dan kacau hingga sebati pada kuah.
5) Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
6) Sedia untuk dihidangkan.


Friday, November 11, 2011

Acar Ikan Masin



Bahan-bahan:
Isi Ikan Masin (dipotong ikut suka besar mana korang nak)
1/2 lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji timun (dipotong dadu)
6 biji cili padi (dibelah 4 hujungnya)
6 biji bawang merah (dihiris)
4 biji bawang putih (dihiris)
1 cm halia muda (dihiris/ dimayang)
2 sudu biji bijan
2 sudu gula
3 sudu cuka
5 sudu cili giling
Garam
Minyak masak

Cara-cara:

1. Ikan masin siap digoreng & asingkan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan cili giling. Gaul rata.
3. Masukkan cuka, garam gula.
4 Masukkan lobak merah, timun, cili merah. Gaul rata. Kemudian masukkan ikan masin dan gaul.
5. Masukkan kismis & bijan. Kacau hingga masak.
6. Hidangkan bersama nasi. Boleh di simpan dalam peti ais juga



Thursday, November 10, 2011

Kuey Teow Sup



Dah lama dah masak, tapi baru ada masa nak upload. Hehehe ...simple & sedap. Heheh masuk lift tekan sendiri la plak. Tapi memang sedap kalau masak secara mudah. Walaupun main campak-campak aje bahan tapi memang best.


Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow (dibersihkan)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3 ulas bawang merah (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
200 gm daging lembu (dipotong nipis)
3 biji cili padi (diketuk)
2 batang baby corn
1/2 batang lobak merah (dihiris halus)
Sedikit kobis -ikut suka
Sedikit sayur sawi (atau pak chow - sawi pendek)- ikut suka
Perasa ayam
Garam
Serbuk lada sulah
Air (secukupnya)

Hiasan
Bawang goreng
Daun bawang
Cili Jeruk @ Cili padi kicap (jika suka)

Cara-caranya:
1) Letak sedikit minyak dan tumis bahan ; bawang putih, bawang merah dan halia. Biar hingga garing sedikit kemudian masukkan air semangkuk kecil.
2) Masukkan daging yang telah dibersihkan tadi. Biar hingga daging empuk.
3) Apabila daging empuk, bahan perasa (garam, lada sulah, perasa ayam)
4) Masukkan sayur yang keras dahulu (lobak & baby corn). Tunggu sedikit empuk.
5) Masukkan sayur2 daun (kobis & sawi) biar hingga layu sedikit.
6) Masukkan kuey teow. Gaul sebati. Kacau hingga masak.
7) Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang @ cili jeruk. Sedap ketika panas.


Monday, November 7, 2011

Acar Timun



Acar Timun nie aku dah penah buat...cuma kali nie aku padankan untuk di makan bersama Nasi Kuning. Simple & mudah di sediakan aje...saja nak tambah lauk kan...kalau tak rasa tak meriah lak nasi tadi.


Bahan-bahan:
1 biji timun (dipotong nipis)
1 biji lobak merah (dipotong nipis)
1 biji bawang besar (dipotong nipis)
1 biji lada merah (dihiris)

1 biji lada hijau
Cuka
Garam
Gula

Cara-caranya:
Gaul semua bahan yang dipotong bersama cuka, garam dan gula. Seimbangkan rasanya. Sedia dimakan bersama nasi.



Sotong Bakar Simple



Kali nie aku masak Sotong Bakar bersama Nasi Kuning. Saja laa nak tambah menu kononnya. So, beli sotong, marinate dan bakar di atas dapur aje. Tapi kalau nak sedap memang bakar laa di atas dapur arang. Baru laa meletups!

Bahan-bahan:
6 ekor sotong sederhana (dibersihkan & dikelar tidak putus)
Garam
Lada sulah
Sedikit Minyak
Kertas Foil/ Daun Pisang

Cara-caranya:
1. Marinate bahan-bahan tadi pada sotong.
2. Simpan di dalam peti ais semalaman/ 2-3 jam before bakar.
3. Bentangkan daun pisang/ foil di atas kuali. Letak sedikit minyak dan letakkan sotong. (lebih best kalau di bakar atas dapur arang)

Bahan-bahan sos: (semua bahan di kisar)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit
1/2 halia
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.
2. Masukkan sedikit gula dan garam untuk menyeimbangkan rasa.
3. Setelah masak boleh laa dihidangkan bersama sotong.

Selamat mencuba!

Sunday, November 6, 2011

Daging Masak Merah Madu



Daging nie aku masak sekali ngan Nasi Kuning. Memula nak buat ayam, tapi akibat kemalasan, jadi tukar ke daging laa plak kan...

Bahan-bahan:
300gm daging (dihiris)
2 batang serai *dititik
1 inci halia *dikisar
1 inci lengkuas *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
1 biji bawang besar (dikiris halus)
4 sudu cili giling
1/2 tin tomato puree
4 sudu madu
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis serai dan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau dan kekuningan. 
2. Masukkan cili giling tadi, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula tomato puree. Gaul hingga rata.
4. Kemudian masukkan daging dan masak daging hingga masak. 
5. Masukkan madu. Gaul dan masukkan sedikit garam.
6. Didihkan hingga daging betul-betul masak. Hidangkan bersama Nasi Kuning.

Selamat Mencuba!


Nasi Kuning



Menu hari raya Aidiladha kali ni Nasi Kuning versi Heldamelissa ler kan. Saja laaa nak cuba sebab tak pernah cuba lagi. Al-maklum laa Nasi Kuning ni berasal dari Sabah. Memandangkan aku nie half Sabahans, jadi aku pun cuba la masakan nie. Dah lama nak cuba, tapi baru berkesempatan nak buat sendiri. Aku masak cukup-cukup2 untuk kami berdua. Since tak ke mana-mana raya nie, dok umah tengok tv aje la kan.


Bahan-bahan:
3 pot Beras Basmathi
1 Biji Bawang besar yg sederhana *dikisar
2 ulas Bawang putih *dikisar
1 batang serai *dititik
1 inci kunyit *dikisar
1 inci halia *dikisar
1 btg kayu manis
2 biji cengkih
3 sudu minyak Gee
Air mengikut beras (3 cawan sbb 3 pot)
Sedikit garam


Cara-cara:
1. Panaskan periuk nasi, masukkan minyak Gee. Tumis Serai, Kayu Manis, Cengkih dan bahan-bahan kisar tadi. Tumis hingga naik bau. (Saya tumis periuk nasi tadi di atas api. Kemudian alih terus ke periuk nasi elektrik.)
2. Letakkan sedikit garam. Masukkan beras yang telah dibersihkan tadi. Gaul hingga rata. 
3. Tutup api dan angkat periuk tadi, letakkan terus ke periuk nasi. Gaul hingga rata beras tadi.
4. Masak seperti biasa di atas periuk elektrik.
5. Setelah siap di masak boleh laa dihidangkan bersama lauk-lauk lain. 


Macaroni Goreng Aidiladha



Semalam buat nie before buat preparation untuk hari raya Aidiladha. Jadi, masak laa khas atas permintaan encik Hubby kite. Cuma nie version pedas berapi sket la. Heheh...tak tau kenapa lak pedas. Terlebih cili ler kot.


Bahan-bahan:
Separuh peket Pasta Elbow (direbus dahulu dan tos)
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Setengah peket frozen Vege
1/2 peket daging cincang (Jenama Ramli)
2 sudu besar cili giling

3 sudu besar tomato puree
Lada sulah
Garam

Directions:
1) Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan daging. Goreng hingga masak. Masukkan lada sulah & garam.
3) Masukkan cili giling & tomato puree. Kacau sehingga naik bau.
4) Masukkan frozen vege & bawang besar tadi.Kacau hingga masak.
5) Masukkan Pasta Elbow kacau hingga sebati bersama bahan tumisan tadi.
6) Sedia untuk dihidang



Saturday, November 5, 2011

Daging Masak Kicap Halia



Hari nie masak lagi...masak daging plak. Nie makanan kesukaan hubby. Especially masakan yang berKICAP. Memang dia suka. Jadi orang perempuan nie memang biasanya akan masak makanan kesukaan orang aje..tapi makanan kesukaan kita sapa plak masak eh? Hmmm..kesian kite kan...


Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah/ cili padi (dihiris)

1/2 inci halia (dihiris)
2 sudu kecil ketumbar **
1 sudu kecil jintan manis **
1 sudu kecil jintan putih ** (** boleh pakai  gak serbuk rempah sup)

Sedikit serbuk lada sulah
3 Sudu kicap lemak manis
1 sudu kicap cair
Garam (secukup rasa)
Sedikit air

Caranya:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan daging, goreng sehingga masak.
2) Masukkan ketumbar, jintan manis & jintan putih. Kacau rata.
3) Masukkan semua kicap. Masukkan bawang besar & cili merah.
4) Masukkan sedikit garam dan sedikit air.
5) Masak sehingga daging empuk dan hidangkan bersama nasi



SELAMAT MENCUBA!!


Friday, November 4, 2011

Udang Masak Blackpepper


Udang nie mak sedara bagi. Katanya dari Sarawak. Hmmm..jauh udang nie datang. Since dah lama aku tak masak Udang Masak Blackpepper, jadi masak laa kan. Permintaan cik abe, tak buat kang majuk lak. Memula nak buat sambal tumis. Tapi malas lak. Sebab dah masa sambal tumis ikan bilis kelmarin. Asyik sambal aje...bosan laa plak kan...

Bahan-bahan:
500 gm Udang Harimau - dibersihkan
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji lada benggala hijau - dihiris memanjang
2 sudu sos lada hitam
1 sudu sos cili
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan udang.
2. Tumiskan bawang putih dan sedikit bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan sos lada hitam dan sos cili. Biar mendidih. Tambah sedikit air.
4. Masukkan lada benggala dan dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan baki bawang besar.
6. Kacau hingga masak.
7. Hidangkan bersama nasi panas.


Thursday, November 3, 2011

Cekodok Pisang



Weekend lepas, saja laa buat Cekodok Cucur Pisang. Aku tak bape reti sangat. Tapi boleh laa untuk cubaan malas kan. Hehehe bantai saja. Janji sedap, tapi memang sedap plak hari tu...so, kenyang laa gak makan kan.


Bahan-bahan:
10 biji pisang (dilenyek)
1 cawan tepung gandum
Sedikit serbuk penaik 
Sedikit gula
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan tadi dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak masak. 
3. Sudukan sedikit demi sedikit hasil bahan yang digaul tadi. Bentukkan ikut suka.
4. Goreng hingga warna keemasan & garing. (Jgn terlalu lama, nanti rentung lak)


SELAMAT MENCUBA!!


Kerabu Mangga


Balik dari Kota Kinabalu ari tu...timbunan mangga aku dapat dari pakcik aku di KK. Mangga tu special sket, color purple. Tak masam tapi rasa lemak-lemak git tu... Sedap sesangat kalau di buat kerabu. Dan makanya aku pun buat laaa untuk hidangan dihujung minggu..

Bahan-bahan:

1 biji buah mangga - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
3 biji cili padi - dihiris
1 batang bunga kantan - dihiris (masa nie aku tak bubuh pun..luper)
Sedikit lime jus
Sambal belacan

Cara-caranya:
1. Potong semua bahan dan gaulkan semua bersama sambal belacan.
2. Hidang & sedia untuk di makan.

Sunday, October 2, 2011

Telur Bistik

Dah baper hari dok berangan nak buat...tapi terbuat-buat gak. Tadi tenghari terus laksanakan hasrat yang berminggu-minggu tertangguh dek kerana "Nanti laa..." .. so, maka dengan ini siap laa Telur Bistik versi aku untuk minggu ni..heheh...Patutdesign dia jadi 4 segi sama...tapi ada insiden yang terjadi tadi di dapur menyebabkan ia menjadi 4 segi yang tak berapa bersegi...heheh...janji jadi makanan udah laa...atau tak terbalik dah ler kan...heheh


Bahan-bahan Telur:
3 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Bahan-bahan Inti Telur:
Segenggam daging cincang (buat laa berapa banyak korang suka eh...heheh)
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sayur campur beku
Lada Benggala (dipotong sama seperti sayur beku)
Sos Cili (Aku pakai jenama JALEN...korang pki laa jenama apa2 sama gak rasanya)
Sedikit Worcestershire sos
Sedikit Lada Sulah

Cara-Cara (Inti Telur):
1) Goreng daging cincang di atas kuali hingga daging masak. 
2) Masukkan bawang putih & bawang merah goreng hingga layu.
3) Kemudian masukkan sayur campur, lada benggala. Goreng hingga 2 minit. Masukkan sos Worcestershire & Sos Cili. Letak sedikit lada sulah. Goreng hingga masak. Kemudian alihkan ke dalam mangkuk.


Cara-cara (Telur):
1) Pecahkan telur dah pukul telur seperti masak telur dadar.
2) Letak sedikit garam & lada sulah.
3) Goreng gunakan kuali yg besar supaya senang nak melipat inti nanti.
4) Setelah telur masak rata, masukkan kan inti di tengah dan lipat. Kemudian ambil pinggan dan telangkupkan ke dalam pinggan supaya telur tidak terkeluar dari pinggan. (agak payah gak nak terbalikkan dlm pinggan tu hehehe)


SELAMAT MENCUBA!

Agar-Agar Buah Koktel

Ni antara yang aku buat untuk jamuan hari raya ofis. Selalu buat dalam loyang besar, kali ni buat dalam cup yang comel2. Harap orang semua suka.








Bahan-bahan:
1 peket Agar-agar (aku pakai yang 37gm)
1 tin buah campuran
1 cawan susu cair
1 cawan air buah (ambil air dr tin buah campuran saja)
6 cawan air
1 cawan gula

Hiasan:
1 tin peach

Cara-caranya:
1. Masukkan 6 cawan air dan masak agar-agar hingga ia cair.
2. Masukkan gula dan air buah. Kacau hingga guna betul2 telah cair.
3. Apabila dah sebati semua masukkan susu cair.
4. Sementara itu aturkan buah2 ke dalam loyang. (atau letak dlm acuan yang comel2)
5. Curahkan agar yang telah siap tadi ke dalam loyang itu. Sejukan dahulu.
6. Apa bila keras masukkan ke dalam peti ais. Boleh di makan apabila sudah sejuk. (Lebih sedap sejuk).
7. Masa hidang tu bleh laa letak peach sebagai hiasan & curahkan sedikit sirap peach ke atas agar-agar tadi.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, October 1, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai


Kelmarin lagi dok teringat nak masak ikan bilis. Cuma tak tau nak masak apa plak kan. Masak selak-selak majalah tetiba dapat laa satu idea nak masak. Huhuhu..maka 'ter'masak laaa lauk nie untuk hari nie...dalam peti ais lak memang ada stok Petai..apa lagi...campak sekali la kan untuk menambahkan 'bau' seluruh rumah...


Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
4 sudu besar cili giling
Sedikit belacan (kalau sker laa...kekadang tak letak pun)
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
1 mangkuk kecil petai 
Ikan Bilis (dibersihkan)

Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan apabila sudah masak.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling tadi, masak hingga naik bau dan pecah minyak. 
3. Masukkan sedikit air asam & garam secukup rasa. Kacau.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah tadi.
5. Masukkan ikan bilis. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan petai. 
6. Kacau seketika. Kemudian hidangkan. Boleh di makan bersama nasi. 

SELAMAT MENCUBA!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin