Showing posts with label Kentang. Show all posts
Showing posts with label Kentang. Show all posts

Sunday, September 11, 2016

Soto Nasi

Salam semua,

Hari ni masak SOTO. Saya buat Soto Nasi jer... hidangan simple jer untuk hujung minggu. Malas laa nak masak yang berat sangat. Perut pun sekali sekala kena berehat gak dari makanan yang berat.



Bahan-Bahan untuk Kuah Soto:
  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih  
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga - rempah sekawan

Bahan Kisar:
  • 6 ulas bawang merah                  
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai - ketuk

Cara Menyediakan Soto Ayam
  • Tumis rempah sekawan, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  • Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam.
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.

Cara Membuat Sambal Cili Kicap
  • Segenggam cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap lemak manis (saya guna jenama JALEN)
  • 1 -2 biji limau kasturi (ambil air perahan limau)
Blend semua bahan sekali bersama kicap. 

Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam 
  • 7-9 biji kentang (dipotong bentuk wedges) – digoreng
  • 2 pokok daun sup - mayang halus
  • 1 senduk Bawang goreng di ramas sedikit (saya goreng sendir bawang goreng)
  • 2 biji telur ( untuk menggoreng begedil)
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Daging Kisar (disangai/goreng tanpa minyak)

Cara Menyediakan Begedil
  • Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum digoreng. Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
  • Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek. Masukkan juga semua bahan seperti bawang goreng, daup sup. Boleh gunakan lesung batu bila nak lecek kentang tu. Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  • Gaulkan kentang dah sebati dengan semua bahan, Buat bentuk bebola dan tekan untuk sedikit leper. Ikut size besar mana laa kita nak.
  • Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
  • Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit garam. Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.

Cara Cadangan Hidangan:

Bahan hiasan:
Taugeh - dicelur
Daun Sup - dihiris
Daun Bawang - dihiris
Kacang tanah goreng - jika suka
Bawang Goreng 
Suhun - digoreng 
Limau Kasturi - dipotong dua
Nasi Impit - dipotong 

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, August 29, 2016

Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis

Salam Semua,

Hari nie saya masak Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis sahaja. Menu ringkas dan menjadi kegemaran org dalam rumah ni. Kalau ada memang habis cepat laa menu nie.


Bahan-bahan:
1 bungkus tempe daun (dlm daun pisang)
1 biji kentang - potong wedges
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
6 batang cili padi - diketuk
Garam - secukup rasa
Sedikit lada sulah


Cara-cara:
1. Goreng semua bahan utama berasingan (tempe, kentang dan akhir skali ikan bilis)
2. Setelah ikan bilis hampir garing, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tunggu hingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan cili padi tadi. Gaul mesra.
4. Masukkan pula tempe dan kentang yang sudah siap digoreng tadi.
5. Sedikit garam dan lada sulah. Anda sudah boleh angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!

Tuesday, August 23, 2016

Kentang Chips Homemade

Hello semua!

Dah lama nak upload Kentang Chips ni. Kekonon mcm Jack & Jill laa...hahaha tapi versi Malaysia punye. Ala kampung style sket... Goreng biasa-biasa jer.


Bahan-bahan:
3-4 biji kentang - dikupas kulit dan dibersihkan
Garam
Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 

  • Kentang disagat nipis (saya guna peeler sahaja)
  • Sambil sagat hendaklah direndam dalam air jadi tidak lebam kentang tersebut.
  • Apabila sudah siap boleh laa toskan air.
  • Gaulkan Garam dan sedikit Lada Sulah.
  • Panaskan minyak. Goreng. Apabila kekuningan, boleh laa di angkat.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau makan bersama nasi sebagai lauk tambahan.
SELAMAT MENCUBA!!


Wednesday, September 1, 2010

Kentang Goreng Cili (Untuk 2-3 orang)


Kentang Goreng Cili adalah antara makanan kegemaran hubby. Jadi special khas untuk dia la nie...aku pun suke gak resepi ni...simple dan sedap.

Bahan-bahan:
4 biji Kentang (dibuang kulit & dipotong wedges)
2 senduk besar Cili Giling
1 biji Bawang Besar (dipotong bulat)
2 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 biji Cili Merah (dihiris)
1 biji Tomato Segar (dipotong wedges)

Cara-caranya:
1. Goreng kentang yang telah dibersihkan sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.
2. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah.
5. Tutup api dan masukkan tomato yg sudah di potong tadi. Siap untuk dihidang bersama nasi.

Selamat Mencuba!

Saturday, August 22, 2009

Wedges Sos Lada Hitam

Category:
Side Dishes & Condiments
Style:
Other
Special Consideration:
Quick and Easy
Servings:
3-4 Person

Description:
Simple je..buat masa bukak pose tadi...hehehe :)

Selamat Mencube...

Ingredients:
4 Biji kentang (dipotong wedges)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
4 sudu sos lada hitam
2 sudu sos cili
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak

Directions:
1. Goreng kentang yang dipotong tadi & asingkan.
2. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan sos lada hitam & sos cili. Masukkan sedikit air untuk melarutkan semua bahan dlm periuk.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan cili merah & cili hijau tadi. Gaul seketika dan sedia untuk dihidangkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin