Wednesday, November 22, 2017

Enoki Crunchy

Jom buat Enoki Crunchy...Senang dah mudah jer!



Bahan:
2 pek cendawan enoki
3 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Garam secukup rasa
Lada Sulah
Sedikit serbuk cili (jika suka)
1 biji telur
***Jika mahu senang pakai je tepung serbaguna/ tepung goreng ayam yg telah siap dicampur.


Cara:
1. Potong akar cendawan enoki. Bersihkan.
2. Bahan tepung dan perasa di satukan di dlm besen/ bekas.
3. Pukul telur utk buat bahan celup cendawan enoki.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Celupkan cendawan enoki ke dalam telur. Kemudian taburkan bahan tepung tadi ke atas cendawan. Tabur rata.
6. Goreng hingga cendawan keemasan.
7. Sedia untuk dimakan bersama hidangan.



SELAMAT MENCUBA!!

Siakap 3 Rasa

Salam semua,

Baru laaa ada kesempatan nak update semua resepi ... selalu sibuk. So sekarang update laaa bertubi-tubi ye...Jangan terkejut plak yek...



Bahan-bahannya
Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap
2 sudu Tepung Jagung

Serbuk Kunyit
Garam
Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu

1/2 biji lada benggala - dipotong dadu
1/2 biji nanas - dipotong dadu 
1/2 batang lobak merah
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 biji tomato size sederhana - potong wedges (letak bila dah nak hidang, gaul seketika)
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang - hiasan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan. Lumurkan ikan dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, dan bawang putih.
  4. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
  5. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan lada benggala.
  6. Masukkan air sedikit. Perasakan dengan garam.
  7. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 
SELAMAT MENCUBA!!! 

Tuesday, November 21, 2017

Kerabu Sardine

Salam semua,

Baru dapat resepi yang orang share2. Sedap plak bila dah cuba...senang dan ringkas!


 
Bahan²:
Sardin dalam tin (ambil ikan saja tanpa sos)
2 biji tomato
1 biji Bawang besar - diracik halus
3 biji Cili Padi - dihiris
1 biji Cili Merah - dihiris
1 biji Limau Nipis - ambil jusnya
1/2 biji timun Jepun - dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar - diracik halus
Gula & Garam - secukup rasa 


Cara-caranya:
1. Sardin dilecek dan digaul dulu dengan jus limau nipis.
2. Gaulkan bersama semua bahan. Jika suka boleh ditambah bahan lain seperti kacang panjang, bunga kantan dan sebagainya.
3. Sedia dihidang untuk makan bersama nasi dan lauk lain. 


SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, January 1, 2017

Happy New Year 2017

Assalamualaikum semua,

Selamat menghadapi tahun 2017.


Marilah sama-sama kita mendoakan semoga tahun 2017 akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Amiin...



Sunday, September 11, 2016

Soto Nasi

Salam semua,

Hari ni masak SOTO. Saya buat Soto Nasi jer... hidangan simple jer untuk hujung minggu. Malas laa nak masak yang berat sangat. Perut pun sekali sekala kena berehat gak dari makanan yang berat.



Bahan-Bahan untuk Kuah Soto:
  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih  
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga - rempah sekawan

Bahan Kisar:
  • 6 ulas bawang merah                  
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai - ketuk

Cara Menyediakan Soto Ayam
  • Tumis rempah sekawan, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  • Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam.
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.

Cara Membuat Sambal Cili Kicap
  • Segenggam cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap lemak manis (saya guna jenama JALEN)
  • 1 -2 biji limau kasturi (ambil air perahan limau)
Blend semua bahan sekali bersama kicap. 

Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam 
  • 7-9 biji kentang (dipotong bentuk wedges) – digoreng
  • 2 pokok daun sup - mayang halus
  • 1 senduk Bawang goreng di ramas sedikit (saya goreng sendir bawang goreng)
  • 2 biji telur ( untuk menggoreng begedil)
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Daging Kisar (disangai/goreng tanpa minyak)

Cara Menyediakan Begedil
  • Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum digoreng. Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
  • Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek. Masukkan juga semua bahan seperti bawang goreng, daup sup. Boleh gunakan lesung batu bila nak lecek kentang tu. Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  • Gaulkan kentang dah sebati dengan semua bahan, Buat bentuk bebola dan tekan untuk sedikit leper. Ikut size besar mana laa kita nak.
  • Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
  • Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit garam. Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.

Cara Cadangan Hidangan:

Bahan hiasan:
Taugeh - dicelur
Daun Sup - dihiris
Daun Bawang - dihiris
Kacang tanah goreng - jika suka
Bawang Goreng 
Suhun - digoreng 
Limau Kasturi - dipotong dua
Nasi Impit - dipotong 

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, September 9, 2016

Nasi Daging Utara

Assalamualaikum Semua,


Hari ni tetiba teringin nak makan daging. Makanya, terus masak laa Nasi Daging. Woww...tetiba tu...apapun memang sedap. Simple jer cara nak masak Nasi Daging ni. Kalau waktu malas-malas memang sesuai sangat laaa...sebab semua bahan ada di rumah kan...jadi amat mudah sangat...tak makan masa yang lama untuk masak.



Bahan-bahan:
Beras - saya buat 3 pot beras
1/2 helai Daun Pandan 
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
3 sudu makan Rempah Kurma (saya pakai Adabi)
2 biji tomato - dipotong kiub
Rempah 4 Sekawan
500gm Daging direbus hingga empuk - simpan air rebusan
Minyak Sapi (saya guna 3 sudu makan)/ Marjerin pun bleh gak

Cara-cara:

  • Panaskan periuk. Masukkan Minyak Sapi
  • Tumiskan rempah 4 sekawan bersama Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Rempah Kurma.
  • Perasakan dengan garam.
  • Setelah disebatikan, masukkan air rebusan daging. Masukkan secawan air rebusan daging. 
  • Tunggu hingga mendidih dan masukkan beras  bersama daun seketika.
  • Alihkan ke periuk nasi. Masukkan hirisan daging dan tomato yang sudah dipotong tadi.
  • Masukkan air ikut sukatan beras. Hidupkan periuk nasi dan biarkan hingga masak.
  • Apabila siap di masak boleh dihidangkan bersama air asam.
Air Asam Kerisik 
5 ulas Bawang Merah - dihiris
4 biji Cili Padi - dihiris
2 Biji Tomato - dihiris
Asam Jawa - mengikut banyak mana bahan
1 sudu besar Kerisik
4 batang cili merah *
5 batang cili padi *
Sebesar Ibu Jari Belacan Bakar *
Garam
Gula

Cara-cara:
  • Tumbuk/ Blend bahan yang bertanda *.
  • Hiris bahan-bahan lain dan sediakan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk.
  • Masukkan Air Asam Jawa. Gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan Kerisik dan perasakan. Gaulkan hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang.

## Boleh juga di makan bersama lauk lain jika suka. 

SELAMAT MENCUBA!!


Tuesday, September 6, 2016

Aglio Olio Ayam Simple

Salam Semua,

Hari nie kena bangun awal-awal pagi. Nak bawak bekal untuk makan-makan di office. Tak tau laaa sedap ke dak kan. Maklum laaa I ni tekak Italy, dorang tu banyak tekak Melayu sejati. Hahaha...anyway, harap korang suka laaa eh...tapi nie masakan yang diolah ikut citarasa saya laa...kalau suka boleh laa mencuba yek....

“Aglio Olio” is italian for “garlic + olive oil”, so you do
need tons of garlic AND olive oil for this recipe.


Bahan-bahan:
Pasta Spiral - Saya guna ni sebab senang nak sediakan - Direbus & ditoskan)
4 sudu Olive Oil (banyak sket pun tak per)
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji lada Benggala Merah - dihiris memanjang
1 biji lada Benggala Hijau - dihiris memanjang
Sosej Ayam - dihiris nipis & memanjang (nak buat ala2 beef strip)
6 biji Tomato Ceri - dibelah 2
Daun Parsley - dihiris halus
1 sudu serbuk lada kasar/ cili flakes
Parmesan Cheese untuk ditabur bila dihidang

Cara-cara:

  • Panaskan Oilve Oil dan sosej ayam tadi yang dihiris memanjang hingga garing. 
  • Kemudian masukkan goreng bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan lada benggala dan kacau seketika. Masukkan terus pasta ke dalam kuali untuk digaul bersama.
  • Masukkan tomato ceri, daun parsley dan cili flakes dan gaul. Tutup api. Hidangkan dan taburkan Parmesan Cheese. Siap sedia untuk di makan bersama keluarga.
SELAMAT MENCUBA!!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin