Showing posts with label Kacang. Show all posts
Showing posts with label Kacang. Show all posts

Monday, August 29, 2016

Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis

Salam Semua,

Hari nie saya masak Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis sahaja. Menu ringkas dan menjadi kegemaran org dalam rumah ni. Kalau ada memang habis cepat laa menu nie.


Bahan-bahan:
1 bungkus tempe daun (dlm daun pisang)
1 biji kentang - potong wedges
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
6 batang cili padi - diketuk
Garam - secukup rasa
Sedikit lada sulah


Cara-cara:
1. Goreng semua bahan utama berasingan (tempe, kentang dan akhir skali ikan bilis)
2. Setelah ikan bilis hampir garing, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tunggu hingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan cili padi tadi. Gaul mesra.
4. Masukkan pula tempe dan kentang yang sudah siap digoreng tadi.
5. Sedikit garam dan lada sulah. Anda sudah boleh angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!

Monday, November 4, 2013

Dinner ... Terlebih sudah!

Salam Semua....

Saja nak update. Ada masa aku nie terlebih rajin, memang tetiba nanti termasak banyak laaa plak. Hehehe...padahal kekadang penat balik keje tu. Tetiba terkeluar segala isi perut peti ais nak di masak. Rajin sangat laaa plak eh... Jom tengok apa aku malam utk malam ini...


Jemput makan semua....

Tuesday, August 25, 2009

Kacang Panjang Goreng Telur











Nie aku masak versi aku ler...selalunya orang goreng kacang tu then campak telur kan? Tapi aku lak goreng telur tu mcm scramble egg baru...asingkan then tumis kacang panjang kemudian aku campurkan semuanya. Best sket...heheh baru nampak rupa kacang & telur tu....

Ingredients:
Kacang Panjang - dipotong
2 biji telur
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
Sedikit Sos Tiram
Garam Secukup Rasa

Directions:
1. Potong bahan-bahan sayur. Bersihkan.
2. Goreng telur (dihancur2kan) dan asingkan bila masak.
3. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah.
4. Masukkan sayur kacang panjang. Goreng hingga masak.
5. Masukkan sos tiram & garam sedikit.Gaul hingga rata.Masukkan sedikit air.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi.

Monday, July 27, 2009

Kacang Panjang Goreng Daging

Category:
Side Dishes & Condiments
Special Consideration:
Vegetarian
Servings:
2-3 Person

Ingredients:
Kacang Panjang - dipotong
Lobak Merak - dipotong memanjang
100 gm daging cincang
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
Sedikit Sos Tiram
Garam Secukup Rasa

Directions:
1. Potong bahan-bahan sayur. Bersihkan.
2. Tumis bahan yang dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang. Goreng hingga masak.
4. Masukkan sos tiram & garam sedikit.Gaul hingga rata.Masukkan sedikit air.
5. Masukkan sayur-sayur yang telah dipotong tadi. Gaul rata hingga masak.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi.

 

Sunday, March 9, 2008

Kacang Phool (Sempena Mengundi)

Sempena hari mengundi nie...aku buat aaa Kacang Phool...resepi nie daripada Asmah Laili...bulan lepas masa raya Cina Ibu dah try...then sekarang aku plak try sendiri...memang sedap...


Kacang Phool yang siap sedia di makan


Kacang-kacang yg digunakan




BAHAN-BAHAN:
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk (atau kacang parang/kidney beans)
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa


BAHAN KISAR
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia


CARA-CARANYA:
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.


CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin