Monday, September 5, 2016

Sambal Tumis Udang Petai

Salam semua,

Apa nak masak hari ni? Dah hari-hari masuk dapur, sampai tak tau menu apa dah nak masak kan. Kadang-kadang pening fikirkan menu yang nak dimasak. Dan akan berakhir makan meggi plak kan....tapi tidak kut untuk hari ni....kita masak Sambal Tumis Udang bersama Petai...Hmmm, menu yang mengiurkan....


Bahan-bahan:
500gm-1kg Udang - Apa2 jenis udang pun bleh, asalkan udang
1 labu Bawang Besar - dipotong bulat
3 ulas Bawang Putih *
6 biji Bawang Merah *
15 biji cili kering *
2-3 papan Petai 
Sedikit belacan (besar ibu jari) - pecah2 kan agar jadi halus
Garam secukup rasa
Sedikit Air Asam Jawa

-- Bahan bertanda * hendaklah dikisar bersama.

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak masak. Masukkan bahan yang dikisarkan tadi hingga pecah minyak dan naik bau. 
  • Masukkan belacan dan perasakan dengan garam.
  • Masukkan Udang yang telah dibersihkan dan gaul rata.
  • Masukkan Petai dan Bawang Besar ke dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa. Rasa jika tawar, perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Biarkan mendidih dan gaulkan semuanya. Boleh tutup api apabila Udang sudah masak.
  • Hidangkan bersama nasi dan lauk lain. 
SELAMAT MENCUBA!!


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin