Salam Semua,
Hari nie saya masak Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis sahaja. Menu ringkas dan menjadi kegemaran org dalam rumah ni. Kalau ada memang habis cepat laa menu nie.
Bahan-bahan:
1 bungkus tempe daun (dlm daun pisang)
1 biji kentang - potong wedges
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
6 batang cili padi - diketuk
Garam - secukup rasa
Sedikit lada sulah
1 biji kentang - potong wedges
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
6 batang cili padi - diketuk
Garam - secukup rasa
Sedikit lada sulah
Cara-cara:
1. Goreng semua bahan utama berasingan (tempe, kentang dan akhir skali ikan bilis)
2. Setelah ikan bilis hampir garing, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tunggu hingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan cili padi tadi. Gaul mesra.
4. Masukkan pula tempe dan kentang yang sudah siap digoreng tadi.
5. Sedikit garam dan lada sulah. Anda sudah boleh angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment