Saturday, November 19, 2011

Sayur Goreng Campur



Lauk nie aku masak minggu lepas. Tapi tak sempat upload. Simple aje...lauk orang malas. Suri rumah bekerja memang masak simple-simple dan bantai apa yang boleh dicapai di dalam peti ais tu. Jadi nie antara yang sempat di masak ler...enjoy


Bahan-bahan
1 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
Sedikit Ikan Bilis - Bahan tumis bersama bawang
3/4 kobis - dihiris
1/2 biji lobak - dihiris memanjang
1 peket kacang Peas 
Sedikit Lada Sulah
2 Sudu Sos Tiram
Sedikit Garam

Cara-caranya:
1) Mayang semua Bawang Besar dan Bawang Putih.
2) Potong sayur-sayuran dan bersihkan.
3) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih bersama ikan bilis tadi.
4) Masukkan Sos Tiram dan Lada Sulah.
5) Masukkan sayur2 tadi. Gaul rata.
6) Setelah siap hidangkan bersama nasi. Sedia untuk di makan









2 comments:

Mieza said...

Salam Helda..terima kasih sudi follow blog WAWMC..mieza follow juga..salam perkenala dari mieza..semoga kita dapat bertukar resepi di alam maya ni..dan semoga kita dapat bertemu juga secara live nanti, insyaAllah..
sayur goreng ni nampak sedap sgt..mieza mmg suka makan sayur campur begini..semua ada..lengkap!

Heldamelissa said...

TQ Mieza sudi bertandang ke rumah kite nie :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin