Saturday, September 4, 2010

Daging Masak Merah (Untuk 2-3 orang)

Nak upload dari sehari ke sehari ... lelama jadi lupa plak...anyway nie baru ada masa nak upload..so, enjoy :)

Bahan-bahan :
500 gm Daging Batang Pinang (dibersihkan & dihiris nipis)
1 Biji Bawang Besar (di potong bulat)
2 Ulas Bawang Putih (dicincang)
1/2 inci Halia (dicincang) *jika suka boleh letak
6 biji Tomato Ceri (dibelah 2)
1 helai Daun Limau Purut
4 sudu besar Cili Giling

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & halia. Kemudian masukkan bawang besar.
2. Masukkan cili giling dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan daging yang dihiris tadi. Gaul hingga masak. Masukkan daun limau tadi.
4. Hampir masak boleh la masukkan tomato ceri tadi. Kemudian tutup api. Hidangkan bersama nasi putih.

Wednesday, September 1, 2010

Kentang Goreng Cili (Untuk 2-3 orang)


Kentang Goreng Cili adalah antara makanan kegemaran hubby. Jadi special khas untuk dia la nie...aku pun suke gak resepi ni...simple dan sedap.

Bahan-bahan:
4 biji Kentang (dibuang kulit & dipotong wedges)
2 senduk besar Cili Giling
1 biji Bawang Besar (dipotong bulat)
2 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 biji Cili Merah (dihiris)
1 biji Tomato Segar (dipotong wedges)

Cara-caranya:
1. Goreng kentang yang telah dibersihkan sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.
2. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili giling dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah.
5. Tutup api dan masukkan tomato yg sudah di potong tadi. Siap untuk dihidang bersama nasi.

Selamat Mencuba!

Monday, August 30, 2010

Sotong Beriyani (Untuk 2-3 orang)


Resepi nie aku dah lama buat...tapi terlupa plak nak upload...resepi simple dan mudah di masak...

Bahan-bahan:
6 ekor Sotong (dipotong bulat & dibersihkan)
2 sudu Rempah Beriyani
1 biji Bawang Besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (ditumbuk/diketuk)
2 sudu Cili Giling
1 batang Cili Merah (dihiris)
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili giling dan biar hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah beriyani dan kacau. Masukkan sotong yang sudah dibersihkan.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau hingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Sunday, August 29, 2010

Pasta Spiral Goreng

Ni masakan paling malas pernah buat la...cincai..janji bleh makan laa kan..anyway memang sedap pun heheh...


Bahan-bahan:

Pasta Spiral (direbus)
200 gm Daging Cincang
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dicincang)
1 mangkuk kecil sayur campur beku (nyahbeku)
Sedikit Oregano
Garam
Sedikit Serbuk Lada Hitam

Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sedikit bawang besar utk perasa.
2. Masukkan daging. Goreng hingga masak. Masuk serbuk lada hitam.
3. Masukkan tomato yang dicincang tadi. Letak sedikit oregano dan garam.
4. Masukkan sayur campur dan kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
5. Masak hingga mendidih.Kemudian hidang bersama pasta.Tabur daun bawang & sedikit bawang goreng.

Selamat Mencuba!

Tuesday, August 24, 2010

Roti Pita

Roti Pita Berinti Daging faveret aku...buat masa berbuka...best! Balik je keje terus keluarkan bahan-bahan. Masak kejap aje...Amat mudah dan senang disediakan dibulan puasa...

Bahan Roti Pita:
Roti Pita (dipotong 2 & dibelah tengah
Marjerin (disapu pada luar dan dalam roti)

Bahan Inti:
Marjerin
Daging Cincang (guna separuh pek)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1/2 capsicum hijau (dipotong dadu) * boleh letak pelbagai warna capsicum
1 sudu cili giling
3 sudu sos bolognese (Prego dalam tin merah)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara-carannya:
1. Bakar roti pita yang telah dilengserkan dgn marjerin. Sudah siap ketepikan dahulu.
2. Panaskan marjerin, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
4. Masukkan lobak merah dan capsicum tadi. Gaul hingga masak.
5. Masukkan cili giling dan sos bolognese. Gaul rata. Masukkan tomato yang dipotong dadu tadi.
6. Gaul rata hingga masak. Siap untuk dihidangkan bersama roti pita.

Selamat Mencuba!

Sunday, July 11, 2010

Ayam Kicap Berempah


Masak Ayam Kicap Berempah kali nie baru sempat nak dokumentasikan. Selalunya tak sempat...sebab rasa nak makan tu cepat aje lupa. Ni antara kesukaan hubby. Abis kalau dia ngadap sorang nie...


Bahan-bahan:
4 ketul dada ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji cili hijau (dihiris)
3 sudu rempah sup
4 sudu besar kicap lemak manis
Sedikit lada sulah

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah sup dan kicap. Gaul rata. Letak sedikit air.
3. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan gaul rata. Letak sedikit lada sulah.
4. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi bersama cili hijau.
5. Biar hingga ayam masak dan boleh dihidang bersama nasi.

Selamat Mencuba!

Friday, April 30, 2010

Chili Crab (Masakan Bonda)


Makanan favorite ku...tapi ni Ibu yang masakkan masa kami berada di kampung tempohari...waktu melawat atok n nenek di Sabah...puas makan ketam...rindu nak makan ketam lagi...memang BEST!!

Resepinya nanti aku upload okeh :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin