Tuesday, August 24, 2010

Roti Pita

Roti Pita Berinti Daging faveret aku...buat masa berbuka...best! Balik je keje terus keluarkan bahan-bahan. Masak kejap aje...Amat mudah dan senang disediakan dibulan puasa...

Bahan Roti Pita:
Roti Pita (dipotong 2 & dibelah tengah
Marjerin (disapu pada luar dan dalam roti)

Bahan Inti:
Marjerin
Daging Cincang (guna separuh pek)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1/2 capsicum hijau (dipotong dadu) * boleh letak pelbagai warna capsicum
1 sudu cili giling
3 sudu sos bolognese (Prego dalam tin merah)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara-carannya:
1. Bakar roti pita yang telah dilengserkan dgn marjerin. Sudah siap ketepikan dahulu.
2. Panaskan marjerin, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
4. Masukkan lobak merah dan capsicum tadi. Gaul hingga masak.
5. Masukkan cili giling dan sos bolognese. Gaul rata. Masukkan tomato yang dipotong dadu tadi.
6. Gaul rata hingga masak. Siap untuk dihidangkan bersama roti pita.

Selamat Mencuba!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin