Wednesday, August 12, 2009

Macaroni Cheese Bakar


Category:Pasta
Style:Italian
Servings:4 -5 person


Description:
Resepi nie dibuat di saat aku malas sangat...
Actually tak baper sihat....aku buat masa aku mc semalam..
Tetiba ada mood lak nak masak2 kat dapur...
heheheh....


Selamat Mencuba!!!


Ingredients:
Macaroni (direbus) - ikut besar mangkuk nak bakar
Cheese (cheese keping pun bleh..dipotong2)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dicincang halus)
100 gm daging cincang
100 gm sayur campur beku
1 mangkuk tomato puri
2 sudu sos tomato
1 sudu oregano
Sedikit lada sulah
Sedikit garam


Directions:
1. Rebus macaroni dan apabila telah kembang. Angkat & toskan. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih & bawang besar. Masukkan daging. Goreng hingga masak.
3. Masukkan sos tomato, tomato puri, lada sulah & sedikit garam. Letak oregano. Kacau.
4. Masukkan sayur campur beku dan tomato cincang. Gaul hingga masak. Biarkan sedikit berair.Siap masak tutup api dan ketepikan.
5. Masukkan macaroni ke dalam pinggan utk membakar sedikit. Letakkan kuah dan taburkan cheese. Ulang lagi sekali setiap lapis dan tabus cheese di atas sekali bila hendak membakar.
6. Bakar pada suhu 180 darjah. Selama 10-15 min sahaja.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin