Friday, August 7, 2009

Nasi Tomato Special @ Heldamelissa


Nasi Tomato nie...FRESH...aku baru je buat tadi....Kira baru buat...snap....then terus upload tau....hehehe ...semangat tul...balik keje je terus masak..bahan2 dah prepare...terus masak je la...sib baik hari Jumaat balik awal kan...


Ingredients:
4 cawan Beras Basmathi
1/2 tin kecil Tomato Puri
5 biji Bawang Merah } diblend
3 biji Bawang Putih } diblend
1 inci Halia } diblend
2 sudu makan Minyak Sapi (Ghee)
Sedikit Sayur Campur (tengok banyak mana beras)
Garam


Directions:
1. Panaskan minyak sapi. Masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puri. Gaul rata. Masukkan sedikit garam.
3. Masukkan sayur campur tadi. Gaul rata.
4. Masukkan beras. Masukkan air ikut sukatan beras.Gaul rata. Masak nasi seperti biasa (guna rice cooker).
5. Bila siap hidang bersama ayam masak merah & jelatah. Sedia di makan panas-panas.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin