Thursday, September 3, 2009

Daging Paprik

Daging Paprik
Bahan-bahan:
1/2 kilo daging (yg telah direbus)
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 biji cili padi (diketuk sahaja)
3 sudu cili gilih (cili boh)
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Potong daging yang telah direbus tadi. Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang putih, bawang besar, daun limau purut dan cili padi. Kemudian masukkan cili giling. Tunggu hingga sedikit naik bau.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul hingga sebati kemudian masukkan daging dan kacau.
4. Boleh la meletakkan sayur spt baby corn atau tomato kecil utk tambahan.
5. Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau nasi goreng.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin