Sunday, January 16, 2011

Chicken Tortilla


Bahan:
Roti Tortilla (beberapa keping)
Daun Salad
Isi Ayam (dipotong kecil sedikit)
Lobak Merah (dipotong dadu)
Capsicum/ Lada Benggala (dipotong dadu)
1 biji Bawah Besar (dihiris halus)
3 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
2 biji Tomato Segar (dipotong dadu)
2 sudu Cili Giling
3 sudu Sos Spaghetti (dalam botol)
Thousand Island / Cili Sos

Cara :
1) Panaskan Roti Tortilla dan ketepikan dahulu.
2) Tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan Cili Giling & Sos Spaghetti tadi. Gaul hingga rata.
4) Masukkan Lobak Merah & Lada benggala hingga agak lembut. Masukkan isi ayam.
5) Masukkan sedikit tomato segar yang dipotong tadi. (sikit sahaja utk tambah rasa)
6) Angkat dan ketepikan.
7) Bentangkan Tortilla, letak daun salad, dan bahan yg di masakkan tadi. Letakkan sedikit tomato segar & Thousand Island/ Cili Sos, kemudian gulungkan.
8) Ulang langkah seterusnya. Sedia untuk dihidang.

*Boleh dipotong 2 jika suka.

Selamat mencuba!


2 comments:

InaAchik said...

roti tortila tu mana nak carik yer? sama cam pratha x?

Unknown said...

bleh beli di pasaraya...giant, hero, or carefour..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin