Showing posts with label Malaysian. Show all posts
Showing posts with label Malaysian. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Nasi Daging Utara

Assalamualaikum Semua,


Hari ni tetiba teringin nak makan daging. Makanya, terus masak laa Nasi Daging. Woww...tetiba tu...apapun memang sedap. Simple jer cara nak masak Nasi Daging ni. Kalau waktu malas-malas memang sesuai sangat laaa...sebab semua bahan ada di rumah kan...jadi amat mudah sangat...tak makan masa yang lama untuk masak.



Bahan-bahan:
Beras - saya buat 3 pot beras
1/2 helai Daun Pandan 
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
3 sudu makan Rempah Kurma (saya pakai Adabi)
2 biji tomato - dipotong kiub
Rempah 4 Sekawan
500gm Daging direbus hingga empuk - simpan air rebusan
Minyak Sapi (saya guna 3 sudu makan)/ Marjerin pun bleh gak

Cara-cara:

  • Panaskan periuk. Masukkan Minyak Sapi
  • Tumiskan rempah 4 sekawan bersama Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Rempah Kurma.
  • Perasakan dengan garam.
  • Setelah disebatikan, masukkan air rebusan daging. Masukkan secawan air rebusan daging. 
  • Tunggu hingga mendidih dan masukkan beras  bersama daun seketika.
  • Alihkan ke periuk nasi. Masukkan hirisan daging dan tomato yang sudah dipotong tadi.
  • Masukkan air ikut sukatan beras. Hidupkan periuk nasi dan biarkan hingga masak.
  • Apabila siap di masak boleh dihidangkan bersama air asam.
Air Asam Kerisik 
5 ulas Bawang Merah - dihiris
4 biji Cili Padi - dihiris
2 Biji Tomato - dihiris
Asam Jawa - mengikut banyak mana bahan
1 sudu besar Kerisik
4 batang cili merah *
5 batang cili padi *
Sebesar Ibu Jari Belacan Bakar *
Garam
Gula

Cara-cara:
  • Tumbuk/ Blend bahan yang bertanda *.
  • Hiris bahan-bahan lain dan sediakan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk.
  • Masukkan Air Asam Jawa. Gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan Kerisik dan perasakan. Gaulkan hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang.

## Boleh juga di makan bersama lauk lain jika suka. 

SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, April 5, 2014

Bekalan ke Pejabat!

Assalamualaikum...

Lamanyer tak bersiaran kan! Busy sket sekarang ni. Busy banyak laa sebenarnya! Tu yang tak sempat nak buat apa2 dah. Tambahan plak masalah air kan...so, memang tak masak sangat la sekarang nie. Nak jimat air kan!


Nie bekal aku beberapa minggu lepas. Saja laa buat Nasi Ayam Percik. Bawak pi keje...pergh! Memang wallahhh! Mentang-mentang laa ada kuali ajaib kan. Mudah aje kerja nya. Siap ajer bungkus bawak pi pejabat! Yeay...

Resepi? Kemudian laa eh...seriously sangat mengantuk sekarang nie! Okay nak tido dulu yek...byee....

Monday, February 10, 2014

Paprik Ayam

Assalamualaikum, 

Lama tak update blog masakan. Tak dan nak menaip. Kadang kala tak dan nak tangkap gambar bila makanan dah siap. Biasa la kan. Bila dah siap masak dah tentu ready nak makan aje. 

So hari ni sampai awal sikit, masak simple aje. Penat balik kerja kalau sempat masak simple untuk yang tersayang kira lega la gak kan!

Bahan-bahan:
2 keping fillet ayam - dipotong kecil2
1/2 batang lobak merah - dipotong lidi
5 batang kacang panjang - dipotong lidi
Sedikit bunga kobis - dibelah2
1 biji bwg besar - dihiris
3 ulas bwg putih - diketuk shj/dihiris
3 biji cili padi - dibelah 2
1 btg serai - diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu cili giling
3 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak utk memasak

Cara-caranya:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, daun limau purut dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Tumis hingga masak. Kemudian masukkan sos tiram. Gaul letak sedikit air. Letak sedikit lada sulah.
3. Masukkan ayam dan gaul.
4. Masukkan sayur-sayur dan masak sehingga ayam dan sayur masak.
5. Hidangkan dan makan bersama nasi atau nasi goreng.

SELAMAT MENCUBA!
 

Friday, February 7, 2014

Sneak Preview ...

CAK....lama tak update blog masakan!
SORRY YE...bakal update tak lama lagi...
Nantikan okay!!
 

Monday, November 4, 2013

Dinner ... Terlebih sudah!

Salam Semua....

Saja nak update. Ada masa aku nie terlebih rajin, memang tetiba nanti termasak banyak laaa plak. Hehehe...padahal kekadang penat balik keje tu. Tetiba terkeluar segala isi perut peti ais nak di masak. Rajin sangat laaa plak eh... Jom tengok apa aku malam utk malam ini...


Jemput makan semua....

Daging Satay Goreng

Assalamualaikum....

Lama plak tak update blog masakan. Bukan laa tak masak pun. Hari-hari dok masak, tapi tak dan nak upload apa2 resepi. Sebab tak de laa masak resepi yang Da Vasss sangat...menu biasa-biasa aje. Menu suri rumah bekerja simple aje laa kan...tak de yang complicated sangat...ikut dan masa aje laaa kan....

So hari nie nak share resepi nie..selalu buat, bila rasa malas nak masak rendang di hari raya. Simple aje pun...macam buat satay gak laa...


BAHAN-BAHAN:
1/5 kg Daging 
3 btg Serai *
Segugus Bawang Putih *
2 inci Halia *
1 inci Lengkuas *
Garam
Gula

CARA-CARA:
1. Bahan bertanda * tadi di blend hingga halus.
2. Bersihkan Daging tadi
3. Satukan bahan blend dan daging tadi.
4. Gaulkan bersama bahan-bahan yang diblend halus tadi. Gaul hingga rata.
5. Perisakan dengan garam dan gula. Selepas gaul, biarkan bahan perapan selama sejam. Kalau boleh buat awal semalaman lebih baik. Bahan lebih meresap.
6. Panaskan kuali (saya guna kuali non stick). Guna sedikit minyak. Masak hingga daging empuk. 
7. Jika suka yang kering boleh la buat hingga kering. Bagi saya biar sedikit basah jika dipanaskan tak de la kering sangat kan. 

Selamat Mencuba!!

Saturday, September 14, 2013

Pita Daging Peri Peri

Bahan-bahan:
Roti Pita Gandum (guna apa pita pun boleh)
500 gm Daging Cincang
1/2 btg Lobak Merah (didadukan)
Serbuk Peri Peri (jenama Knorr)
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Lada Hitam
Sedikit Oregano
Sedikit garam
1 biji Bawang Besar - size sederhana dicincang halus
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
8 biji Tomato Ceri - dibelah 4
Daun Salad Butterhead
Planta utk sapuan
Cara-cara:
1. Sapu sedikit planta pada roti pita dan panaskan diatas kuali/grill. Ulang pada semua roti hingga garing.
2. Goreng daging cincang tanpa minyak hingga masak.
3. Dalam kuali tolak ketepi daging cincang tadi, masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Tumis hingga masak letak sesudu planta.
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah n serbuk oregano. Gaul hingga sebati. Masukkan serbuk Peri Peri Knorr tadi dan gaul rata.
5. Masukkan lobak merah tadi. Gaul hingga lobak merah masak. Letak sedikiy garam.
6. Sebelum menutup api. Masuk Tomato Ceri tadi. Gaul hingga sedikit lembut tomato itu. Tutup api dan alih ke dalam mangkuk.
7. Daun salad tadi dipotong kecil2 sedikit utk dimuatkan ke dalam roti pita.
8. Letakkan sedikit sos cili dan sos thousand island ke dalam roti pita dan letakkan daun salad diikuti dengan inti yang telah siap dimasak tadi. Ulang hingga roti habis.
9. Siap dan boleh dimakan utk sarapan pagi atau makan malam. Actually bila2 masa teringin boleh laa makan.
SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, September 11, 2013

Mengikut trend terkini...

Salam ....

Anda semua ada periuk ni? Mesti ramai yg dah memilikinya kan? Mesti macam-macam yang korang dah masak menggunakannya. Sekarang ada pelbagai jenis jenama dan rupa bentuk periuk ni. Bagus juga. Pelbagai guna periuk ni. Ada macam2 saiz jugak. Dapur pun lebih bersih dan tiada percikan minyak hehehe surirumah yg happy bila dapur berkilat2...

Sunday, April 7, 2013

Laksa Penang My Version

Assalamualaikum...

Lama lak aku tak update. Asyik lupe aje nak update. Lelama terus tak ingat plak nanti kan...Anyway, last week aku buat Laksa...lama tul tak makan Laksa. Selalu beli rasa tak puas hati lak. Lagipun sikit aje kan dapat makan. Kalau buat sendiri dapat laa makan berulang-ulang kan. At least puas hati, makan tanpa rasa tercekik tulang ikan. Nyampah tul kalau tengah makan sedap2, tetiba tercekik tulang! Arghh memang aku pantang sungguh kalau macam tu. Hilang semangat nak makan dengan kusyuk..Tambah lagi dengan kuah pekat melekat...perghhh! Memang nikmat laaa hirup kuah laksa!
 

Bahan-bahan:
Mee Laksa (sebungkus)
1 kg ikan kembung (aku pakai 6 ekor ikan aje, sbb mkn berdua aje)
10 biji bawang merah
20 biji cili kering (aku tukar ke cili merah sbb cili kering tiada dlm stok)
Daun Kesum (letak laa banyak mana korang suka)
1 batang Bunga Kantan
Sedikit Belacan
Asam Keping (aku letak 5 keping utk rasa kemasaman)

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar (dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Limau Kasturi (dibelah 2)
Daun Salad (dihiris)
Petis

Cara-cara:
1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan ikan. Simpan kuah ikan rebus tadi.
2. Bersihkan ikan, ambil isi sahaja (buang laa tulang tu)
3. Kisarkan Bawang Merah, Cili Kering, Belacan dan isi ikan yang telah diasingkan tadi.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi. Nyalakan api.
5. Masukkan Asam Keping, Bunga Kantan, dan Daun Kesum.
6. Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.
7. Sedia di makan bersama petis.

 
Bila dah makan baru rasa nikmat. Sebab puas bila masak sendiri Laksa nie...Kalau ada petis lagi sedap! Masa nie lupa nak beli. Tak per laa...next time nak letak petis!


Selamat Mencuba!

Friday, December 28, 2012

Beef Blackpepper

Assalamualaikum....
Alahai macam dah lama tak pos lak resepi kan...dah nak hujung tahun dah nie. Mood tak de. Tak sihat pun ye gak. Jadi mood nak snap gambar pun macam malas laa kan...tau nak makan saja la...


Bahan-bahan:
  • 300 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - diketuk & cincang halus
  • 2 senduk Sos Blackpepper (saya pakai jenama Tesco dlm botol aje)
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Garam
  • Daung bawang - dihiris serong
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Masukkan daging yang siap dibersihkan. Goreng hingga masak.
  • Sambil menggoreng daging masukkan bawang putih dan goreng bersama daging tadi.
  • Masukkan sos blackpepper gaul hingga rata. Masukkan sedikit air.
  • Masukkan bawang besar dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Taburkan daun bawang dan gaul.
  • Apabila masak bolehlah di makan bersama nasi.
Selamat Mencuba!

Wednesday, November 7, 2012

Nasi Lemak Telur Mata

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday...Nasi Lemak Telur Mata ku hidangkan. Malas nak masak apa-apa yang complicated sangat. Jadilah untuk menjamu selera dipagi hari kan. Simple aje...tak de nak masak susah2 dipagi hari kan....so, selamat menjamu selera.
Nasi :
2 cup Beras Basmathi - dibersihkan
2 biji bawang merah - dihiris
1/2 inci Halia - dihiris
1 cup santan
2 cup air
Daun Pandan - disimpul
Sedikit Halba
Sedikit Garam
Cara:
1. Cuci beras hingga bersih.
2. Masukkan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.
Sambal Tumis :
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
3 senduk cili giling
1 biji bawang besar - dipotong bulat/ dadu
Air Asam Jawa
Gula
Garam
Cara:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling, kacau. dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan Bawang Besar dan gaul.
4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
5. Apabila mendidih boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi lemak.
Bahan sampingan :
Telur Mata
Timun - dihiris
Ikan Bilis - digoreng


SELAMAT MENCUBA!!

 

Monday, November 5, 2012

Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum...
Lepas bulan Ramadhan lepas, aku suka plak masak Asam Pedas. Ntah kenapa laa agaknya ntah. Anyway, nie resepi IBU aku sendiri. Dia belajar dari moyang aku. Asam Pedas Johor nie. Memang menawan hati ku. Huhuh...makan sah bertambah laa kalau makan kan. Sebab hari tu anak saudara sorang tu tak makan Asam Pedas Pari. Selalu dia makan ayam goreng aje, tapi hari tu dia ambil dan makan. Dia kata sedapnya. Wah...lega aku! Hehehe bangga laa gak kan....boleh menyebabkan orang tak makan asam pedas boleh makan. Kira hebakkk...haha..Hari nie aku nak masak Asam Pedas Ayam, selalu dah buat kat ikan, kali ni tukar ke Ayam plak...


Bahan-bahan:
7-8 keping Isi Ayam - dipotong & dibersihkan
30 batang cili kering - diblend
8 ulas Bawang merah - diblend

4 Bawang Putih - diblend
1 inci Halia - diblend
1 inci Kunyit - diblend
Sedikit Belacan Bakar - diblend
Daun Kesum
Bunga Kantan - dibelah 2
Terung - dibelah 4 (Nie saja tambah)
Air Asam Jawa (sukatan 1 mangkuk kecil air asam jawa)
Sedikit garam

Cara:
1. Tumis rempah yang di blend tadi hingga naik bau.
2. Masukkan Air asam jawa. Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
3. Masukkan isi ayam hingga kuah mendidih. Masukkan bunga kantan & daun kesum
4. Hidangkan bersama nasi panas.

SELAMAT MENCUBA!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin