Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Friday, September 2, 2016

Mee Kicap Versi Mudah

Salam,

Hari nie tetiba rasa nak makan Mee Kicap. Alaaa macam style kedai Cina tu. Tapi buat sendiri laaa kan...lebih sedap mungkin. Atau tak sedap? Hahaha ...yang penting homemade dengan kasih sayang dari dapur tercinta....


Bahan-bahan:
3 keping Mee Cintan Kering (ada dijual dipasaraya) - dicelur & ditos
2 sudu kicap - Untuk digaulkan pada mee yang sudah siap dicelur
1 rumpun sawi (jika ramai tambah la 2-3 rumpun) - dicelur
Daun sup (daun bawang dan daun sadri) - untuk hiasan

Bawang Goreng - untuk hiasan

Ayam Fillet Grill
Ayam Fillet - dibersihhkan dan diperasakan
Garam
Pepper
Kicap 
Lada hita kasar

Cara-cara:

  • Gaul semua bahan bersama ayam. 
  • Grillkan sehingga ayam masak.

Bahan-Bahan Sup:
Dumpling - Beli dipasaran yang dah siap pun ada (HALAL plak tu)
Bebola Ikan
3 ulas Bawang Merah - Dihiris
2 ulas Bawang Putih - Dihiris
1 inci Halia - Dihiris
1 kiub ayam Knorr
3 cawan air
Sedikit Seleri - Dihiris
Sedikit Lobak Merah - Dihiris (jika suka)
Garam
Lada Sulah

Cara:

  • Tumis bawang putih, bawang merah & halia sehingga naik bau.
  • Masukkan air sebanyak 3 cawan. Masukkan lobak merah & seleri.
  • Masukkan kiub ayam. Perasakan dengan sedikit garam & lada sulah.
  • Apabila mendidih masukkan bebola ikan & dumpling ke dalam kuah. Biarkan mendidih seketika & tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan.

**** DUMPLING boleh ambil separuh & goreng di atas kuali (jika suka la). Tapi saya masukkan semua ke dalam sup. Ok gak. Ikut selera masing-masing nak buat macam mana.


SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, August 23, 2016

Laksa

Salam,

Tetiba rasa nak makan Laksa plak. Jom mencuba makan Laksa. Senang ajer buat Laksa, tak perlu bahan yang banyak. Penyediaan pun lebih mudah.



Bahan2:
1 bungkus Mee Laksa Kering (direndam)/ bleh juga guna laksa yg basah ada dijual dipasaraya/pasaran)
1 kg ikan kembung (aku pakai 6 ekor ikan aje, sbb mkn berdua aje)
10 biji bawang merah
15-20 tangkai cili kering (aku tukar ke cili merah sbb cili kering tiada dlm stok)
Daun Kesum (letak laa banyak mana korang suka)
1 batang Bunga Kantan
Sedikit Belacan
Asam Keping (aku letak 5 keping utk rasa kemasaman)

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar (dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Limau Kasturi (dibelah 2)
Daun Salad (dihiris)
Daun Pudina (jika suka)
Petis

Cara-cara:
1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan ikan. Simpan kuah ikan rebus tadi.
2. Bersihkan ikan, ambil isi sahaja (buang laa tulang tu)
3. Kisarkan Bawang Merah, Cili Kering, Belacan dan isi ikan yang telah diasingkan tadi.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi. Nyalakan api.
5. Masukkan Asam Keping, Bunga Kantan, dan Daun Kesum.
6. Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.
7. Sedia di makan bersama petis.

Monday, August 22, 2016

Maggi Goreng Mamak

Salam Semua,

Next resepi ringkas dan mudah. Actually malas2 nak masak, masak jer laa yang simple untuk di makan untuk sarapan atau minum petang...kalau nak buat makan malam pun boleh gak nie...



Bahan-bahan:
Sebungkus Mee Kering (dicelur & ditoskan airnya) - apa2 jenama dipasaran (saya guna jenama CINTAN jer)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 biji cili padi (dimayang halus) - kalau suka pedas tmbh la ikut suka
Sayur Sawi (ikut citarasa sendiri nak letak sayur apa)
Sedikit Lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari + serbuk cili (jika suka) @ pki serbuk kari megi/serbuk ayam megi, tabur2 sket je 
1 biji telur (lebih pun boleh)
++ Bleh tambah bhn lain jika suka etc : fishball, fishcake, ayam etc..

Cara:
1. Mee kering dicelur dan toskan airnya. Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukkan batang sayur sawi dahulu. Tumis hingga masak. Masukkan sendiri garam dan lada sulah.
4. Masukkan mee yg telah ditoskan tadi. Gaul hingga sebati.
5. Pecahkan telur dan gaul. Dah sebati masukkan sedikit serbuk kari + serbuk cili.
6. Masukkan baki sayur sawi (daun sawi) dan gaul sampai rata. Tutup api dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, November 16, 2013

Kuey Teow Hailam

Assalamualaikum ....

Hai! Macam lama lak tak blog pasal makanan....so hari nie nak pos laa apa yang aku makan kelmarin...actually nie versi malas, memandangkan aku sorang ajer yang makan. Sebab kunun-kununnya Mr Hubby tak lalu makan...diet kut...hehehe... terjadi laaaa makanan versi malas kan....janji adoo...meh tengok mehh



Bahan-bahan:
1 paket Kuey Teow kering A1 (direndam & dilembutkan)
Isi Ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong wedges
3 ulas bawang putih - dihiris/ diketuk
1/2 batang Lobak Merah - dihiris memanjang
4 batang Baby Corn - dipotong memanjang

1 biji Tomato - dibelah kecil2
Sedikit batang Seleri - dihiris halus
1 kiub daging Knorr
Sedikit Lada Sulah
3 sudu Sos Tiram
1 sudu Kicap Pekat
Sedikit Air
Sedikit garam (jika terasa tawar)

Bahan Hiasan:
Daun Bawang
Bawang Goreng


* ni siap tambah telur sebijik
Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar tadi hingga wangi.
2. Masukkan Ayam yang telah dibersihkan tadi. Gaul hingga rata.
3. Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat dan Stok Ayam. Gaulkan semua, masukkan sedikit air.
4. Masukkan sayur-sayur yang dipotong tadi; Lobak Merah, Baby Corn, Lada Benggala & Seleri.
5. Letak sedikit lada sulah. Masukkan Angel Hair Pasta dan gaul hingga rata.
6. Hidangkan ke dalam pinggan yang sesuai. Taburkan daun bawang & bawang goreng.


Selamat Mencuba!

Wednesday, November 6, 2013

Bihun Singapore

Assalamualaikum...

Kembali lagi ke dapur. Hehehe walaupun hari-hari ke dapur, tapi tidak di dapur virtual nie. Hehehe...kalau laaa jenis rajin dan hari-hari akan di update laa menu-menu masakan yang Da BommB!! Hari nie nak share menu simple suri rumah bekerja. 



Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (dicelur/rendam saja) (pki bihun A1, senang nak ukur berapa byk nak mkn)
1 mangkuk stok ayam/ daging
1 ulas bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
Isi ayam/ daging
1/2 biji lobak merah dihiris memanjang
3 btg jagung kecil dihiris memanjang
Sedikit sayur sawi
1 biji tomato dipotong dadu
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun saderi
Bawang goreng

Cara-cara:
1) Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan stok ayam/ daging bersama ayam/ daging tadi.
3) Masukkan sayur lobak merah, jagung kecil & batang sawi. Masak hingga lembut.
4) Masukkan sedikit garam & lada sulah secukup rasa.
5) Masukkan bihun yang telah siap dicelur tadi. Masak hingga agak lembut.
6) Masukkan sayur sawi & tomato. Setelah hampir agak basah-basah kering, tutup api dan hidangkan. Taburkan bawang goreng & daun sup.
7) Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba!

Sunday, April 7, 2013

Laksa Penang My Version

Assalamualaikum...

Lama lak aku tak update. Asyik lupe aje nak update. Lelama terus tak ingat plak nanti kan...Anyway, last week aku buat Laksa...lama tul tak makan Laksa. Selalu beli rasa tak puas hati lak. Lagipun sikit aje kan dapat makan. Kalau buat sendiri dapat laa makan berulang-ulang kan. At least puas hati, makan tanpa rasa tercekik tulang ikan. Nyampah tul kalau tengah makan sedap2, tetiba tercekik tulang! Arghh memang aku pantang sungguh kalau macam tu. Hilang semangat nak makan dengan kusyuk..Tambah lagi dengan kuah pekat melekat...perghhh! Memang nikmat laaa hirup kuah laksa!
 

Bahan-bahan:
Mee Laksa (sebungkus)
1 kg ikan kembung (aku pakai 6 ekor ikan aje, sbb mkn berdua aje)
10 biji bawang merah
20 biji cili kering (aku tukar ke cili merah sbb cili kering tiada dlm stok)
Daun Kesum (letak laa banyak mana korang suka)
1 batang Bunga Kantan
Sedikit Belacan
Asam Keping (aku letak 5 keping utk rasa kemasaman)

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar (dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Limau Kasturi (dibelah 2)
Daun Salad (dihiris)
Petis

Cara-cara:
1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan ikan. Simpan kuah ikan rebus tadi.
2. Bersihkan ikan, ambil isi sahaja (buang laa tulang tu)
3. Kisarkan Bawang Merah, Cili Kering, Belacan dan isi ikan yang telah diasingkan tadi.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi. Nyalakan api.
5. Masukkan Asam Keping, Bunga Kantan, dan Daun Kesum.
6. Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.
7. Sedia di makan bersama petis.

 
Bila dah makan baru rasa nikmat. Sebab puas bila masak sendiri Laksa nie...Kalau ada petis lagi sedap! Masa nie lupa nak beli. Tak per laa...next time nak letak petis!


Selamat Mencuba!

Thursday, December 29, 2011

Bihun Sup Bebola Ikan



Bihun nie masak ketika rasa malas nak makan nasi, apa yang ada campak aje aa masuk periuk kan. Janji ada bahan. Janji ada makan malam. Simple & mudah disediakan bagi kaum Hawa yang bekerja. Kalau malas gak...pegi aje laa kedai beli terus yek heheh...


Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (dicelur)
2 sudu rempah sup
1 ulas bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
1 pek bebola ikan
1/2 biji lobak merah dihiris memanjang
Sedikit sayur sawi
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun saderi
Bawang goreng

Cara-cara:
1) Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan sayur; lobak merah & batang sawi. Masak hingga lembut.
3) Masukkan rempah sup tadi. Masukkan bebola ikan.
4) Masukkan sedikit garam & lada sulah secukup rasa.
5) Masukkan bihun yang telah siap dicelur tadi. Masak hingga agak lembut.
6) Masukkan sayur daun sawi.  Setelah hampir agak kering, tutup api dan hidangkan. Taburkan bawang goreng & daun sup.
7) Sedia untuk di makan.

Monday, November 14, 2011

Bihun Goreng


Nie kes teringin nak makan bihun. Dok hari-hari teringat tapi tak buat-buat gak kan. Tetiba rasa macam nak buat lak. Jadi bila check bahan semua cukup, pagi nie terus goreng buat hidangan untuk bawak bekal ke pejabat. Seronok dapat bawak bekal sendiri ke pejabat. Dah lama tak bawak bekal.


Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (direndam & ditos)
3 ulas bawang putih (dihiris & dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris & dicincang)
2 sudu udang kering (ditumbuk)
Kucai (dihiris)
Taugeh (dibersihkan)
1 keping fish cake (dihiris)
4 sudu cili giling
2 sudu kicap
Sedikit garam

Untuk Hiasan :
Daun Bawang
Cili
Limau Kasturi

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih,bawang merah & udang kering hingga naik bau. 
2. Masukkan cili giling, tumis hingga naik bau dan masukkan fish cake (boleh juga guna sotong & udang)
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan kicap dan sedikit garam.
4. Akhir sekali masukkan kucai & taugeh. Gaul hingga rata. Siap di masak.
5. Hidangkan. Hiaskan daun bawang, cili hiris & limau kasturi. Sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba!

Thursday, November 10, 2011

Kuey Teow Sup



Dah lama dah masak, tapi baru ada masa nak upload. Hehehe ...simple & sedap. Heheh masuk lift tekan sendiri la plak. Tapi memang sedap kalau masak secara mudah. Walaupun main campak-campak aje bahan tapi memang best.


Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow (dibersihkan)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3 ulas bawang merah (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
200 gm daging lembu (dipotong nipis)
3 biji cili padi (diketuk)
2 batang baby corn
1/2 batang lobak merah (dihiris halus)
Sedikit kobis -ikut suka
Sedikit sayur sawi (atau pak chow - sawi pendek)- ikut suka
Perasa ayam
Garam
Serbuk lada sulah
Air (secukupnya)

Hiasan
Bawang goreng
Daun bawang
Cili Jeruk @ Cili padi kicap (jika suka)

Cara-caranya:
1) Letak sedikit minyak dan tumis bahan ; bawang putih, bawang merah dan halia. Biar hingga garing sedikit kemudian masukkan air semangkuk kecil.
2) Masukkan daging yang telah dibersihkan tadi. Biar hingga daging empuk.
3) Apabila daging empuk, bahan perasa (garam, lada sulah, perasa ayam)
4) Masukkan sayur yang keras dahulu (lobak & baby corn). Tunggu sedikit empuk.
5) Masukkan sayur2 daun (kobis & sawi) biar hingga layu sedikit.
6) Masukkan kuey teow. Gaul sebati. Kacau hingga masak.
7) Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang @ cili jeruk. Sedap ketika panas.


Monday, September 19, 2011

Bihun Sup S'pore (utk 3-4 orang)


Hari nie kes malas nak masak nasi...jadi bantai laa masak bihun. Sebab bihun ada stok dalam peti ais yang dah siap celur. Bahan-bahan pun melambak dalam peti ais...apa lagi..godek-godek laa peti ais..apa yang rasa sesuai masukkan aje...


Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (dicelur)
1 mangkuk stok ayam/ daging
1 ulas bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
Isi ayam/ daging
1/2 biji lobak merah dihiris memanjang
3 btg jagung kecil dihiris memanjang
Sedikit sayur sawi
1 biji tomato dipotong dadu
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun saderi
Bawang goreng


Cara-cara:
1) Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan sayur lobak merah, jagung kecil & batang sawi. Masak hingga lembut.
3) Masukkan stok ayam/ daging bersama ayam/ daging tadi.
4) Masukkan sedikit garam & lada sulah secukup rasa.
5) Masukkan bihun yang telah siap dicelur tadi. Masak hingga agak lembut.
6) Masukkan sayur sawi & tomato. Setelah hampir agak kering, tutup api dan hidangkan. Taburkan bawang goreng & daun sup.
7) Sedia untuk di makan.


Selamat mencuba!


Friday, January 14, 2011

Maggi Goreng Mamak


Saja pos balik kat sini...most popular masa pos kat FB dulu...


Bahan:
Sebungkus Mee Kering (dicelur & ditoskan airnya) - apa2 jenama dipasaran
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 biji cili padi (dimayang halus)
Sayur Sawi (ikut citarasa sendiri nak letak sayur apa)
Sedikit Lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari + serbuk cili (jika suka) @ pki serbuk kari megi/serbuk ayam megi, tabur2 sket je
1 biji telur (lebih pun boleh)
++ Bleh tambah bhn lain jika suka etc : fishball, fishcake etc..

Cara:
1. Mee kering dicelur dan toskan airnya. Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukkan batang sayur sawi dahulu. Tumis hingga masak. Masukkan sendiri garam dan lada sulah.
4. Masukkan mee yg telah ditoskan tadi. Gaul hingga sebati.
5. Pecahkan telur dan gaul. Dah sebati masukkan sedikit serbuk kari + serbuk cili.
6. Masukkan baki sayur sawi (daun sawi) dan gaul sampai rata. Tutup api dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!


Saturday, September 12, 2009

Kuey Teow Goreng Sahur

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow
2 ulas bawang putih (dihiris & dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris & dicincang)
2 sudu udang kering (ditumbuk)
4 sudu cili giling
Kucai (dihiris)
Taugeh (dibersihkan)
Sedikit Udang Besar atau Sotong
2 sudu kicap
Sedikit garam

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih,bawang merah & udang kering hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling, tumis hingga naik bau dan masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan kuey teow dan gaul rata. Masukkan kicap dan sedikit garam.
4. Akhir sekali masukkan kucai & taugeh. Gaul hingga rata. Siap di masak.
5. Hidangkan. Taburkan bawang goreng dan cili jeruk. Sedia untuk di makan.

Tuesday, November 25, 2008

Kuey Teow Kung Fu Heldamelissa


Disebabkan atas permintaan hubby...aku pun mencuba laa untuk memasaknya walaupun tak penah tengok resepi asal...aku cuba based on apa yg aku rasa masa aku cilok dari pinggan hubby kat Cozy Corner itu hari..hehehe

so, kira nie resepi aku laa kan...heheh ikut suke aku je laa..hehehe

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey teow (dibersihkan)
4 ulas bawang putih (diketuk)
3 ulas bawang merah (diketuk)
1 inci halia (diketuk)
200 gm daging lembu (dipotong nipis)
3 biji cili padi (diketuk)
2 batang baby corn
1/2 batang lobak merah (dihiris halus)
Sedikit kobis -ikut suka
Sedikit sayur sawi (atau pak chow - sawi pendek)- ikut suka
2 biji telur (ikut kesukaan anda)
Perasa ayam
Garam
Serbuk lada sulah
Air (secukupnya)

Hiasan
Bawang goreng
Daun bawang
Cili Jeruk @ Cili padi kicap (jika suka)

Cara-caranya:
1) Letak sedikit minyak dan tumis bahan ; bawang putih, bawang merah dan halia. Biar hingga garing sedikit kemudian masukkan air semangkuk kecil.
2) Masukkan daging yang telah dibersihkan tadi. Biar hingga daging empuk.
3) Apabila daging empuk, bahan perasa (garam, lada sulah, perasa ayam)
4) Masukkan sayur yang keras dahulu (lobak & baby corn). Tunggu sedikit empuk.
5) Pecahkan telur ke dalam kuali. (Jangan kacau - nanti telur akan pecah). Biar hingga telur masak sedikit.
6) Masukkan sayur2 daun (kobis & sawi) biar hingga layu sedikit.
7) Masukkan kuey teow. Gaul sebati. Kacau hingga masak.
8) Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang @ cili jeruk. Sedap ketika panas...

Selamat Mencuba.

Sunday, March 9, 2008

Bihun Tomyam


Description:
Semalam lepas balik dari Carefour...aku tak tau nak makan apa..dan tak tau nak masak apa dah..boring dah makan nasi rasanya...sampai laa aku tak tau nak makan apa dah lepas tu..jadi dok fikir-fikir la apa benda nak makan malam nie...tetiba terfikir plak nak masak Bihun Tomyam

Ingredients:
3 ekor sotong (Dipotong bular)
6 ekor udang (Dibersihkan)
2 batang Serai (Diketuk)
2 helai Daun Limau Purut (dikoyak-koyak)
2 keping Asam Keping
1 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 biji Bawang Besar (Dipotong dadu)
3 ulas Bawang Putih (Diketuk)
1/2 inci Halia (Diketuk)
1/2 batang Lobak Merah (Dihiris bulat @ memanjang)
3 batang Baby Corn (Dibelah memanjang)
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1/2 peket Bihun
Sedikit Daun Ketumbar
Sedikit Daun Bawang
Sedikit Bawang Goreng
2 kiub TomYam KNOR
2 sudu Sos Ikan (Sos Nampla)
Sedikit Garam (Secukup rasa)

Directions:
1) Tenggekan air panas dalam periuk mengikut sukatan bihun (Byk mana bihun yang akan digunakan)
2) Masukkan bawang besar, bawang putih, serai, daun limau purut & halia ke dalam air yang telah panas (menggelegak).
3) Masukkan kiub tomyam tadi. Dan kemudian masukkan garam dan Sos Ikan tadi.
4) Kemudian masukkan sayuran seperti lobak merah, baby corn & tomato.
5) Masukkan bihun yang telah dibersihkan. Tunggu hingga sedikit lembik baru masukkan Sotong & Udang ke dalam periuk tersebut.
6) Sesudah mendidih tutup api dan hidangkan bersama daun bawang, daun ketumbar & bawang goreng tadi. Sedia untuk di makan bersama keluarga
Selamat Mencuba!!

Saturday, February 2, 2008

Laksa Johor

Nie resepi yg biasa aku pakai laa bile masak Laksa Johor....
Resepi turun temurun dari mak aku ....my sifooo...


waachhaaa....


Selamat Mencuba!!!!


Ingredients:
1 kilo ikan parang @ tenggiri
1/2 kati udang hidup
Segenggam udang kering
4 paket rempah kari ikan (kecil)
10 batang serai
4" halia
4" lengkuas
1/2 kati bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Kerisik (daripada 1 biji kelapa)
Santan (daripada 2 biji kelapa)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam & asam keping


Untuk Laksanya:
Rebuskan spaghetti selama 1/2 jam lalu dibentuk suka hati (bentuk no 8)


Ulam-ulamnya:
Sambal belacan
Limau kasturi
Taugeh mentah
Bawang besar
Daun kesum
Daun selasih
Timun
Lobak masin


Directions:
- Ikan, udang kering direbus lalu dikisar (Ikan dikerisikan sebelum dikisar)
- Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, halia dan belacan semuanya dikisar,
- Jerang periuk dan panaskan minyak. Tumiskan semua bahan yang telah dikisar hingga wangi
- Kemudian masukkan rempah, kacau lagi hingga terbit minyak.
- Masukkan ikan dan udang yang telah dikisar tadi. Kacau rata-rata lalu masukkan santan.
- Biarkan santan mendidih perlahan-lahan lalu masukkan kerisik, asam keping dan garam secukup rasa.
- Api mesti sederhana. Masak hingga pecah minyak.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin