Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

Siakap 3 Rasa

Salam semua,

Baru laaa ada kesempatan nak update semua resepi ... selalu sibuk. So sekarang update laaa bertubi-tubi ye...Jangan terkejut plak yek...



Bahan-bahannya
Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap
2 sudu Tepung Jagung

Serbuk Kunyit
Garam
Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu

1/2 biji lada benggala - dipotong dadu
1/2 biji nanas - dipotong dadu 
1/2 batang lobak merah
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 biji tomato size sederhana - potong wedges (letak bila dah nak hidang, gaul seketika)
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang - hiasan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan. Lumurkan ikan dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk kunyit. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
  2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, dan bawang putih.
  4. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
  5. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan lada benggala.
  6. Masukkan air sedikit. Perasakan dengan garam.
  7. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 
SELAMAT MENCUBA!!! 

Tuesday, November 21, 2017

Kerabu Sardine

Salam semua,

Baru dapat resepi yang orang share2. Sedap plak bila dah cuba...senang dan ringkas!


 
Bahan²:
Sardin dalam tin (ambil ikan saja tanpa sos)
2 biji tomato
1 biji Bawang besar - diracik halus
3 biji Cili Padi - dihiris
1 biji Cili Merah - dihiris
1 biji Limau Nipis - ambil jusnya
1/2 biji timun Jepun - dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar - diracik halus
Gula & Garam - secukup rasa 


Cara-caranya:
1. Sardin dilecek dan digaul dulu dengan jus limau nipis.
2. Gaulkan bersama semua bahan. Jika suka boleh ditambah bahan lain seperti kacang panjang, bunga kantan dan sebagainya.
3. Sedia dihidang untuk makan bersama nasi dan lauk lain. 


SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, August 30, 2016

Asam Pedas Ikan Pari

Salam,

Menu faveret in da house!! Yahooo...bila ada Asam Pedas Ikan Pari, memang nasi akan bertambah secara automatik laa ke dalam pinggan. Mau 2-3 pinggan laaa sekali ngap kan...So, tunggu apa lagi, jom makan... 




Bahan-bahan:
7-8 keping Ikan Pari - dipotong & dibersihkan
30 batang cili kering - diblend
8 ulas Bawang merah - diblend
4 Bawang Putih - diblend
1 inci Halia - diblend
1 inci Kunyit - diblend
Sedikit Belacan Bakar - diblend
Daun Kesum
Bunga Kantan - dibelah 2
Bendi - Letak dalam 5-6 batang bendi
Air Asam Jawa (Ikut banyak mana rasa kemasaman yg korang suka..selalunya saya pki dalam 1 senduk air asam jawa)
Sedikit garam


Cara:
1. Tumis rempah yang di blend tadi hingga naik bau.
2. Masukkan Air asam jawa. Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
3. Masukkan ikan hingga kuah mendidih. Masukkan bunga kantan & daun kesum
4. Hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!!

Monday, August 29, 2016

Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis

Salam Semua,

Hari nie saya masak Tempe Goreng bersama Kentang & Ikan Bilis sahaja. Menu ringkas dan menjadi kegemaran org dalam rumah ni. Kalau ada memang habis cepat laa menu nie.


Bahan-bahan:
1 bungkus tempe daun (dlm daun pisang)
1 biji kentang - potong wedges
1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
6 batang cili padi - diketuk
Garam - secukup rasa
Sedikit lada sulah


Cara-cara:
1. Goreng semua bahan utama berasingan (tempe, kentang dan akhir skali ikan bilis)
2. Setelah ikan bilis hampir garing, masukkan bawang putih dan bawang besar. Tunggu hingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan cili padi tadi. Gaul mesra.
4. Masukkan pula tempe dan kentang yang sudah siap digoreng tadi.
5. Sedikit garam dan lada sulah. Anda sudah boleh angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!

Tuesday, August 23, 2016

Laksa

Salam,

Tetiba rasa nak makan Laksa plak. Jom mencuba makan Laksa. Senang ajer buat Laksa, tak perlu bahan yang banyak. Penyediaan pun lebih mudah.



Bahan2:
1 bungkus Mee Laksa Kering (direndam)/ bleh juga guna laksa yg basah ada dijual dipasaraya/pasaran)
1 kg ikan kembung (aku pakai 6 ekor ikan aje, sbb mkn berdua aje)
10 biji bawang merah
15-20 tangkai cili kering (aku tukar ke cili merah sbb cili kering tiada dlm stok)
Daun Kesum (letak laa banyak mana korang suka)
1 batang Bunga Kantan
Sedikit Belacan
Asam Keping (aku letak 5 keping utk rasa kemasaman)

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar (dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Limau Kasturi (dibelah 2)
Daun Salad (dihiris)
Daun Pudina (jika suka)
Petis

Cara-cara:
1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan ikan. Simpan kuah ikan rebus tadi.
2. Bersihkan ikan, ambil isi sahaja (buang laa tulang tu)
3. Kisarkan Bawang Merah, Cili Kering, Belacan dan isi ikan yang telah diasingkan tadi.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi. Nyalakan api.
5. Masukkan Asam Keping, Bunga Kantan, dan Daun Kesum.
6. Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.
7. Sedia di makan bersama petis.

Thursday, February 20, 2014

Sardin Sambal Petai

Assalamualaikum semua!

Tak tau nak masak apa dah. Kekadang bosan gak kan masak hari-hari ni. Sebabnya sampai tak tau nak masak menu apa dah. Walhal, dalam kepala otak ni ada macam-macam menu nak masak. Tapi disebabkan semua kita nak (sifat tamak nak makan itu ini ler tu)..jadi semua menu tu terkeluar dari landasan! Hahaha..kesudahannya keluarkan makanan kegemaran ramai yang wajib ada dalam setiap gobok dapur tu kan! SARDINE!!

Actually aku tak makan sardine ni untuk lauk makan bersama nasi. Selalunya aku buat sandwich aje. But benda ni laaa kesukaan Mr Hubby. Jadi lelama aku pun termakan sama la kan. Makan sikit laaa, tak banyak. Sebab ni faveret dia. Aku makan sikit-sikit aje sekadar alas-alas perut gitu.

Menu today memang semuanya adalah feveret dia. Sardin dan Petai. So, aku buatkan Sardin Sambal Petai untuknya.


Bahan-bahan:
1 tin sardin (aku guna jenama Adabi)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
4 sudu cili giling
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam secukup rasa
Sedikit gula secukup rasa
Secukupnya Petai (ikut suka nak banyak mana) 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Tumis hingga cili giling masak dan naik bau.
3. Masukkan kuah sardin dalam tin. Kacau sebati. Kemudian masukkan ikan sardin.
4. Masukkan garam dan gula. Masukkan sedikit air asam jawa.
5. Masukkan petai. Masak dalam 2-3 min. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat menjamu selera!!

Sunday, April 7, 2013

Laksa Penang My Version

Assalamualaikum...

Lama lak aku tak update. Asyik lupe aje nak update. Lelama terus tak ingat plak nanti kan...Anyway, last week aku buat Laksa...lama tul tak makan Laksa. Selalu beli rasa tak puas hati lak. Lagipun sikit aje kan dapat makan. Kalau buat sendiri dapat laa makan berulang-ulang kan. At least puas hati, makan tanpa rasa tercekik tulang ikan. Nyampah tul kalau tengah makan sedap2, tetiba tercekik tulang! Arghh memang aku pantang sungguh kalau macam tu. Hilang semangat nak makan dengan kusyuk..Tambah lagi dengan kuah pekat melekat...perghhh! Memang nikmat laaa hirup kuah laksa!
 

Bahan-bahan:
Mee Laksa (sebungkus)
1 kg ikan kembung (aku pakai 6 ekor ikan aje, sbb mkn berdua aje)
10 biji bawang merah
20 biji cili kering (aku tukar ke cili merah sbb cili kering tiada dlm stok)
Daun Kesum (letak laa banyak mana korang suka)
1 batang Bunga Kantan
Sedikit Belacan
Asam Keping (aku letak 5 keping utk rasa kemasaman)

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar (dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Limau Kasturi (dibelah 2)
Daun Salad (dihiris)
Petis

Cara-cara:
1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan ikan. Simpan kuah ikan rebus tadi.
2. Bersihkan ikan, ambil isi sahaja (buang laa tulang tu)
3. Kisarkan Bawang Merah, Cili Kering, Belacan dan isi ikan yang telah diasingkan tadi.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi. Nyalakan api.
5. Masukkan Asam Keping, Bunga Kantan, dan Daun Kesum.
6. Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.
7. Sedia di makan bersama petis.

 
Bila dah makan baru rasa nikmat. Sebab puas bila masak sendiri Laksa nie...Kalau ada petis lagi sedap! Masa nie lupa nak beli. Tak per laa...next time nak letak petis!


Selamat Mencuba!

Monday, March 18, 2013

Nasi Goreng Ikan Masin

Assalamualaikum....

Lama lak aku tak pos resepi. Bukannya tak masak. Tapi tak sempat nak menaip pun. Busy sangat sejak menjelang tahun 2013. Memang penat sangat sekarang nie. Masak pun dah tak sempat nak tangkap gambar dan tak sempat nak share dgn kengkawan dah...Minggu nie mmg minggu "Gorengan" laa kut....


Bahan-bahan:-
2 Mangkuk Nasi
Isi Ikan Masin (dipotong kecik2 - saya pakai isi ikan kurau)
1 biji bawang besar (dihiris halus)

2 ulas bawang putih (dihiris halus)
3 biji cili padi (dibelah dua)
3 batang kacang panjang (dihiris halus)
1/2 batang lobak merah (dihiris halus)
Sedikit lada sulah
Sedikit kicap
Sedikit garam (rasa sbb ikan masin dah masin sket)

Bahan Hiasan:
Telur Mata
Timun
Sambal Belacan

Cara-cara:-
1. Panaskan minyak. Goreng Ikan Masin yang telah dibersihkan tadi hingga agak kekuningan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih & cili padi hingga layu.
3. Masukkan sayur kacang panjang & lobak merah.
4. Perasakan dengan lada sulah dan garam.
5. Masukkan Nasi dan gaul hingga rata. Letakkan sedikit kicap jika anda suka.
6. Gaul hingga rata. Siap masak dan siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba!!

Friday, November 2, 2012

Simple Dinner

Assalamualaikum....
 
Mood malas memang selalu laaa melanda suri rumah bila memasak dihari bekerja. Jadi masakan yang akan dimasak ada super SIMPLE. Asalkan boleh makan untuk malam itu sudah cukup baik dan kenyangkan perut yang lapar. Kalau terlebih rajin bleh laa bawak bekal untuk hari esoknya. Tu pun kalau rajin yek...
 
 
Lauk dinner malam nie...
  • Sambal Belacan
  • Ulam Pegaga & Salad
  • Asam Pedas Bendi
  • Sardine Masak Kicap
Hmmm....simple ker? Bagi aku nie simple aje....sebab tak de lak Ikan Bakar Air Asam...Atau Ayam Percik ker...Sebab ni aje yang sempat aku masak. Bahan ada, jadi adalah makanan kan.

Wednesday, August 15, 2012

Ikan Bilis Tumis Petai

Salam...

Ramadhan sudah hamper tiba di penghujungnya. Saat nie dah mula malas laa nak masak yang fancy-fancy sangat. Just masak apa yang sempat aje...



Bahan-Bahan:
100gm Ikan Bilis tanpa tulang
1 Biji Bawang Besar (dipotong bulat)
3 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
3 biji cili padi
1 Papan Petai

Cara-caranya:
1. Goreng Ikan bilis sehingga sedikit garing.
2. Masukkan bawang putih & cili padi. Goreng hingga bawang garing sedikit.
3. Masukkan bawang besar dan gaul hingga bawang sedikit layu.
4. Masukkan petai yang telah dibersihkan. Gaul hingga masak. Hidangkan bersama nasi putih.

SELAMAT MENCUBA!




Tuesday, August 7, 2012

Asam Pedas Pari Johor Style

Salam Ramadhan,


Bulan Ramadhan..dah macam bulan resepi plak. Sebabnya bila bulan Ramadhan, macam-macam resepi keluar. So hari Ahad lepas aku masak Asam Pedas Pari...rindu masakan Ibu, jadi cuba buat nie lepas BBM dia mcm mana nak buat. Haha aku tak expert lagi masak Asam Pedas nie...tapi Alhamdulillah kali nie berjaya dengan CEMERLANG....eheheh



Bahan-bahan:
7-8 keping Ikan Pari - dipotong & dibersihkan
30 batang cili kering - diblend
8 ulas Bawang merah - diblend
4 Bawang Putih - diblend
1 inci Halia - diblend
1 inci Kunyit - diblend
Sedikit Belacan Bakar - diblend
Daun Kesum
Bunga Kantan - dibelah 2
Air Asam Jawa
Sedikit garam

Cara:
1. Tumis rempah yang di blend tadi hingga naik bau.
2. Masukkan Air asam jawa. Masukkan sedikit garam sebagai perasa.
3. Masukkan ikan hingga kuah mendidih. Masukkan bunga kantan & daun kesum
4. Hidangkan bersama nasi panas.
SELAMAT MENCUBA!!

Friday, November 11, 2011

Acar Ikan Masin



Bahan-bahan:
Isi Ikan Masin (dipotong ikut suka besar mana korang nak)
1/2 lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji timun (dipotong dadu)
6 biji cili padi (dibelah 4 hujungnya)
6 biji bawang merah (dihiris)
4 biji bawang putih (dihiris)
1 cm halia muda (dihiris/ dimayang)
2 sudu biji bijan
2 sudu gula
3 sudu cuka
5 sudu cili giling
Garam
Minyak masak

Cara-cara:

1. Ikan masin siap digoreng & asingkan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan cili giling. Gaul rata.
3. Masukkan cuka, garam gula.
4 Masukkan lobak merah, timun, cili merah. Gaul rata. Kemudian masukkan ikan masin dan gaul.
5. Masukkan kismis & bijan. Kacau hingga masak.
6. Hidangkan bersama nasi. Boleh di simpan dalam peti ais juga



Saturday, October 1, 2011

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai


Kelmarin lagi dok teringat nak masak ikan bilis. Cuma tak tau nak masak apa plak kan. Masak selak-selak majalah tetiba dapat laa satu idea nak masak. Huhuhu..maka 'ter'masak laaa lauk nie untuk hari nie...dalam peti ais lak memang ada stok Petai..apa lagi...campak sekali la kan untuk menambahkan 'bau' seluruh rumah...


Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji cili merah (dihiris halus)
4 sudu besar cili giling
Sedikit belacan (kalau sker laa...kekadang tak letak pun)
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
1 mangkuk kecil petai 
Ikan Bilis (dibersihkan)

Cara-caranya:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan apabila sudah masak.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili giling tadi, masak hingga naik bau dan pecah minyak. 
3. Masukkan sedikit air asam & garam secukup rasa. Kacau.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah tadi.
5. Masukkan ikan bilis. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan petai. 
6. Kacau seketika. Kemudian hidangkan. Boleh di makan bersama nasi. 

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, November 10, 2010

Grill Tenggiri With Sauce

Tangan gatal nak main masak-masak...maka main campak-campak dalam kuali laa hari ni...so, terjadi laa ikan yang di grill dan dicurahkan bersama sos nie..hmmm...konon-konon macam Bobby Flay la...hehehe


Bahan Ikan :
2 Keping Ikan Tenggiri
Lada sulah
Garam

Sos :
1 Biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 biji lobak merah (dihiris jejari)
1 biji tomato (dipotong dadu)
3 sudu cili giling
1 sudu sos tomato

Cara-caranya:

Untuk Ikan
1. Ikan dibersihkan dan diletak garam lada sulah.
2. Grill kan ikan di atas kuali sehingga masak (untuk lebih sedap perahkan limau kasturi/ limau nipis ke atas ikan semasa digrill)

Untuk Sos
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan lobak merah dan sedikit air. Letak sedikit garam.
3. Masukkan sos tomato dan tomato yg dipotong tadi. Kacau hingga masak.
4. Curahkan sos yang siap di masak tadi ke atas ikan tenggiri yang digrill tadi. Sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba!!


Sunday, August 23, 2009

Acar Ikan Masin

Category:
Side Dishes & Condiments
Special Consideration:
Quick and Easy
Servings:
3-4 Person

Ingredients:
Ikan Masin
1/2 lobak merah (dihiris)
1/2 biji timun (dihiris)
2 biji cili merah (dibelah 4)
6 biji bawang merah (dihiris)
4 biji bawang putih (dihiris)
1 cm halia muda (dihiris/ dimayang)
2 sudu biji bijan
2 sudu kismis
2 sudu gula
3 sudu cuka
5 sudu cili giling
Garam
Minyak masak

Directions:
1. Ikan masin siap digoreng & asingkan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan cili giling. Gaul rata.
3. Masukkan cuka, garam gula.
4 Masukkan lobak merah, timun, cili merah. Gaul rata. Kemudian masukkan ikan masin dan gaul.
5. Masukkan kismis & bijan. Kacau hingga masak.
6. Hidangkan bersama nasi. Boleh di simpan dalam peti ais juga

Friday, August 14, 2009

Ikan Bilis Tumis Cili Kering

Category:
Side Dishes & Condiments
Special Consideration:
Quick and Easy
Servings:
2-3 Person

Description:
Hehehe...nie resepi orang bujang...
kalau malas2...bleh laa buat cam nie....

Ingredients:
200gm Ikan Bilis (dibersihkan)
1 Biji Bawang Besar (dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
5 Batang Cili Kering (dibuang biji)
Sedikit Lada Sulah
Garam Secukup Rasa


Directions:
1. Goreng ikan bilis tadi. Bila nampak hampir garing masukkan cili kering.
2. Gaul rata dan kemudian masukkan bawang merah & putih tadi. Kacau.
3. Letak sedikit lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Goreng hingga agak garing dan angkat.
5. Hidang bersama nasi panas...SEDAP!!

Monday, August 3, 2009

Sambal Sardin


Category:Side Dishes & Condiments
Special Consideration:Quick and Easy
Servings:2-3 Person


Description:
Sambal Sardin..paling simple...aku memang masak sardin nie...tapi aku tak makan..hehehehe...yang makan hubby...so, aku masak laa special untuk dia...heheh sebab dia memang peminat sardin..


Ingredients:
1 tin kecil sardin (apa2 jenama pun bleh)
1 biji bawang besar } dipotong bulat
2 biji bawang putih } diketuk
3 biji cili padi } dibelah hujung
3 sudu besar cili giling
Garam secukup rasa


Directions:
1. Tumis bawang putih, cili padi dan sedikit bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling & sedikit kuah dari tin sardin. Gaul rata. Masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan sardin tadi dan gaul rata.
4. Siap di masak dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

Thursday, July 30, 2009

Ikan Tenggiri Goreng Cili


Category:Meat & Seafood
Special Consideration:Quick and Easy
Servings:2-3 person


Ingredients:
2-3 keping isi ikan tenggiri
5 biji bawang merah } dikisar
3 ulas bawang putih } dikisar
4 biji cili kering } dikisar
2 biji cili hidup } dikisar
Garam secukup rasa


1 biji bawang besar (sederhana) - dipotong bulat
1 biji cili merah - dihiris


Directions:
1. Ikan tenggiri di salut serbuk kunyit dan digoreng hingga masak.Asingkan bila siap.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan garam dan gaul.
4. Masukkan ikan tenggiri tadi. Gaul rata dan masukan bawang dan cili merah tadi.
5. Siap di masak dan sedia untuk dihidang bersama nasi.

Monday, April 21, 2008

Ikan Cencaru Sumbat


Ingredients:

2 ekor ikan cencaru (dibersihkan) - saiz sederhana
5 ulas bawang merah -ditumbuk
2 biji cili merah -ditumbuk
2 biji cili padi (jika suka) -ditumbuk
Garam
Air asam jawa

Directions:
1. Bersihkan ikan cencaru. Lumurkan dengan garam & sedikit air asam.
2.. Tumbuk bawang merah, cili merah & cili padi. Setelah lumat, letak sedikit garam & baki air asam.
3. Sumbatkan ke dalam perut ikan cencaru yang telah dibersihkan.
4. Goreng hingga garing.
5. Hidang bersama nasi.

Sunday, February 24, 2008

Telur Ikan Goreng Kunyit

Servings:2-3 person

Ingredients:
500 gm telur ikan
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji lada hijau (dihiris)
Garam
Serbuk Kunyit
Minyak (Utk menggoreng)

Directions:
1) Bersihkan telur ikan dan gaul bersama garam & serbuk kunyit.
2) Kemudian gorengkan telur ikan tadi.
3) Setelah hampir masak, masukkan bahan yang dihiris tadi. Jikan suka kuning lagi, tambahkan sedikit serbuk kunyit.
4) Goreng sehingga masak.
5) Hidangkan bersama nasi panas.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin