Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Healthy Menu

Assalamualaikum....

Weekend is time for relaxing. Memang best bila dapat duduk di rumah. Dan paling best kalau dapat memasak dan makan bersama yang tersayang. Kononnya kalau dah duduk rumah tu boleh laa masak yang simple dan healthy untuk yang tersayang.


Bahan-bahan:
3 Telur 
6 batang Sosej (ayam atau daging...ikut suka)
Salad, Bawang Besar, Thousand Island, Garam & Pepper

Cara-caranya:
1. Telur - Dipecahkan. Panaskan butter dlm kuali non-stick. Masukkan telur. Gaul2 hingga jadi scramble egg. Letak sedikit garam & pepper.
2. Sosej - Kelar2 kan. Grill di atas kuali non-stick hinggan keperangan. 
3. Salads - Salad, Bawang Besar, Thousand Island, Garam & Pepper di satukan. Jika suka letaklah Tomato Ceri yg comel tu utk menambah kecantikkan salad tu.
4. Hidangkan semuanya di dalam satu pinggan. Maka jadi laa hidangan yang ringkas.

Selamat berhari minggu!

Sunday, November 17, 2013

Roti Bakar + Telur

Assalamualaikum,

Menu simple untuk breakfast. Kadang-kala aku masak gak menu ni di malam hari kalau rasa-rasa tak der selera nak makan nasi.


Bahan-bahan:

  • Roti
  • Planta (utk sapa pada roti)
  • Salad (Bersihkan)
  • 1 biji Tomato (dihiris bulat)
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris bulat) - jika suka
  • 2 biji Telur Ayam

Cara-cara: 

  1. Sapu roti dengan Planta dan bakar atas kuali non-stick.
  2. Goreng Telur (ikut suka - nak garing atau lembik di tengah).
  3. Susun Salad, Tomato & Bawang di atas roti.
  4. Letak sedikit cili sos, mayonis dan kepitkan telur di antara 2 roti.
  5. Ulang hingga banyak mana anda suka.

Resepi malas...heheh kalau tak reti buat gak tak tau laa kan....


Monday, November 4, 2013

Dinner ... Terlebih sudah!

Salam Semua....

Saja nak update. Ada masa aku nie terlebih rajin, memang tetiba nanti termasak banyak laaa plak. Hehehe...padahal kekadang penat balik keje tu. Tetiba terkeluar segala isi perut peti ais nak di masak. Rajin sangat laaa plak eh... Jom tengok apa aku malam utk malam ini...


Jemput makan semua....

Thursday, November 8, 2012

Dinner Malam nie..

Assalamualaikum....
 
Alhamdulillah! Malam nie sempat sampai rumah sebelum hujan. Jadi sempat laa masak lauk pauk yang simple untuk makan malam ini. 2-3 hari sebelum nie tak sempat masak. Sebab sampai rumah pun dah dekat jam 9mlm sebab stuck kat ofis. Musim hujan dah tiba nak buat macam mana kan...sabar ajer laa....
 
 
So malam nie lauk pauk yang sempat di masak..
  • Telur Dadar
  • Paprik Daging
  • Kailan Goreng Belacan
Tak sempat nak buat Sambal Belacan. Sebab kalau buat sah laa akan makan lambat plak untuk dinner kan. Jadi makan aje laa apa yang terhidang. Esok-esok ajer laa tambah lauk pauk lain. So, apa dinner esok lak? Nantikan yek....
 
 

Wednesday, November 7, 2012

Nasi Lemak Telur Mata

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday...Nasi Lemak Telur Mata ku hidangkan. Malas nak masak apa-apa yang complicated sangat. Jadilah untuk menjamu selera dipagi hari kan. Simple aje...tak de nak masak susah2 dipagi hari kan....so, selamat menjamu selera.
Nasi :
2 cup Beras Basmathi - dibersihkan
2 biji bawang merah - dihiris
1/2 inci Halia - dihiris
1 cup santan
2 cup air
Daun Pandan - disimpul
Sedikit Halba
Sedikit Garam
Cara:
1. Cuci beras hingga bersih.
2. Masukkan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.
Sambal Tumis :
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
3 senduk cili giling
1 biji bawang besar - dipotong bulat/ dadu
Air Asam Jawa
Gula
Garam
Cara:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling, kacau. dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan Bawang Besar dan gaul.
4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
5. Apabila mendidih boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi lemak.
Bahan sampingan :
Telur Mata
Timun - dihiris
Ikan Bilis - digoreng


SELAMAT MENCUBA!!

 

Sunday, October 2, 2011

Telur Bistik

Dah baper hari dok berangan nak buat...tapi terbuat-buat gak. Tadi tenghari terus laksanakan hasrat yang berminggu-minggu tertangguh dek kerana "Nanti laa..." .. so, maka dengan ini siap laa Telur Bistik versi aku untuk minggu ni..heheh...Patutdesign dia jadi 4 segi sama...tapi ada insiden yang terjadi tadi di dapur menyebabkan ia menjadi 4 segi yang tak berapa bersegi...heheh...janji jadi makanan udah laa...atau tak terbalik dah ler kan...heheh


Bahan-bahan Telur:
3 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Bahan-bahan Inti Telur:
Segenggam daging cincang (buat laa berapa banyak korang suka eh...heheh)
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sayur campur beku
Lada Benggala (dipotong sama seperti sayur beku)
Sos Cili (Aku pakai jenama JALEN...korang pki laa jenama apa2 sama gak rasanya)
Sedikit Worcestershire sos
Sedikit Lada Sulah

Cara-Cara (Inti Telur):
1) Goreng daging cincang di atas kuali hingga daging masak. 
2) Masukkan bawang putih & bawang merah goreng hingga layu.
3) Kemudian masukkan sayur campur, lada benggala. Goreng hingga 2 minit. Masukkan sos Worcestershire & Sos Cili. Letak sedikit lada sulah. Goreng hingga masak. Kemudian alihkan ke dalam mangkuk.


Cara-cara (Telur):
1) Pecahkan telur dah pukul telur seperti masak telur dadar.
2) Letak sedikit garam & lada sulah.
3) Goreng gunakan kuali yg besar supaya senang nak melipat inti nanti.
4) Setelah telur masak rata, masukkan kan inti di tengah dan lipat. Kemudian ambil pinggan dan telangkupkan ke dalam pinggan supaya telur tidak terkeluar dari pinggan. (agak payah gak nak terbalikkan dlm pinggan tu hehehe)


SELAMAT MENCUBA!

Thursday, August 13, 2009

Telur Masak Kicap Berempah



Servings:3-4 Person


Description:
Simple & mudah je....




Ingredients:
6 biji telur (direbus & dikupas kulit)
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk lada hitam
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili (dihiris)
3 sudu besar kicap manis
Sedikit garam




Directions:
1. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah2 tadi ke dalam.Gaul rata.
3. Masukkan kicap dan sedikit air. Masukkan garam.
4. Masukkan telur yang telah siap direbus. Dan gaul rata. Letak garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang bersama nasi.

Wednesday, July 29, 2009

Telur Dadar Pesona

Category:
Side Dishes & Condiments
Servings:
2-3 Person

Description:
Simple & Delicious!!

Ingredients:
2 Biji telur ayam - dibersihkan
Setangkai daun sup - dihiris halus
Sedikit cili merah - dicincang halus
Sedikit lobak merah - dihiris halus
1 biji bawang besar (sederhana) - dihiris halus
Garam
Lada sulah

Directions:
1. Pecahkan telur yang telah dibersihkan dan gaul bersama bahan2 yang telah dihiris.
2. Goreng telur hingga kekuningan (garing-ikut citarasa masing2)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin