Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Sandwich Tuna Roti Bijan

Assalamualaikum...
 
Hari nie resepi memang simple aje. Janji dapat di follow oleh korang kan! Sapa-sapa pun boleh buat. Kalau terlebih rajin lagi best laa kan...
 
 
Bahan-bahan:
  • Roti Bijan Gardenia
  • 1 Tin Tuna with Sun Flower Oil (buangkan minyak before gaul bahan)
  • 1 Biji bawang besar (sederhana) - dicincang halus)
  • Mayonis
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Mentega
  • Salad 
Cara-caranya:
  • Sapukan semua roti dengan mentega & bakar di atas kuali untuk dptkan sedikit garing.
  • Gaulkan Tuna bersama Bawang, Mayonis, Lada Sulah dan sedikit garam.
  • Susunkan daun salad di atas roti dan letakkan bersama Tuna yang telah digaul tadi.
  • Potong dan boleh dihidangkan untuk sarapan pagi.
SELAMAT MENCUBAA!!


 

Sunday, November 4, 2012

Pisang Goreng

Assalamualaikum...

Weekend memang hari yang dinantikan semua orang. Duduk dirumah atau pun pergi bersiar-siar antara aktiviti utama yang biasanya kita buat. Tapi aku prefer duduk di rumah, sebab hari weekdays kita sibuk bekerja di office. So, weekend laa time kita untuk berada di rumah. Betul tak? Sekali sekala berjalan apa salahnya. Petang ni minum petang Pisang Goreng aje...sambil tengok-tengok TV...bantai santai laaa kan...
 
 
Bahan-bahan:
1 sisir Pisang Abu
1 peket Tepung Goreng Pisang Adabi
Air
Garam
Minyak (utk menggoreng)

Cara-caranya:
1. Bancuhkan Tepung Goreng Pisang bersama air & sedikit garam.
2. Masukkan pisang & goring hingga berwarna keemasan.
3. Hidangkan untuk minum petang.

Mudahkan? Kalau rajin boleh laaa bancuh sendiri bancuhan tepungkan. Tapi sebab wiken...malas sket pakai yang sedia ada sahaja. Hehehe..Okies.

 

Sandwich Tuna

 Assalamualaikum...
 
Sandwich Tuna. Sapa yang tak makan? Hmmm rugi laa kalau tak makan kan. Anyway, ni breakfast paling aku gemari la. Simple dan menawan hati ku sentiasa. Apapun aku paling suka buat sendiri berbanding aku beli. Tak tau laa kenapa. Agaknya tak de feel nak makan buatan orang kut. Rasa sendiri buat lagi bersih kut. Memang betul laa tu..hehehe
 
 
Bahan-bahan:
1 buku Roti Gardenia
1 tin Tuna in Sunflower Oil (jenama Ayam Brand)
1 biji Bawang Besar (saiz sederhana)
Marjerin
Salad - dibersihkan
Timun - dipotong bulat
Mayonis
Lada Sulah
Sedikit Garam
 
Cara-cara:
1. Buangkan sedikit minyak pada tuna. Tinggalkan sendikit.
2. Letakkan garam & lada sulah pada Tuna.
3. Masukkan mayonis & bawang besar. Gaulkan hingga rata.
4. Sapukan marjerin pada roti dan mula letakkan tuna yang siap digaul tadi.
5. Letakkan Timun & Salad.
6. Potong ikut kemahuan sendiri. Dan ulang langkah di atas sehingga tuna habis.
7. Sedia untuk makan pada waktu sarapan.
 
Selamat Mencuba!!
 
 

Sunday, August 5, 2012

Kuih Cara Manis

Salam semua...

Tetiba weekend lepas aku terRAJIN plak. Actually Mr Hubby dah lama request kuih nie. Cuma aku tak de acuan ajer. Nie baru beli acuan jadi aku pun buat la. Tercapai gak hasrat nak buat kuih nie. Beli mahal dapat baper ketul aje. So, baik la aku buat sendiri kuih nie kan....

Ni la hasilnya...

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 kotak kecil santan kelapa rendah lemak (kes malas capai aje apa yg ade)
1 biji telur
1 camca teh perasa pandan (kalau rajin buat dr daun pandan, tp tak rajin kan :) )
Beberapa titik pewarna hijau (warna hijau epal)
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (rasa lemak2 masin gitu)
Sedikit minyak masak, untuk dilenser acuan

Cara-cara membuat:

  1. Satukan tepung gandum, perasa pandan, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, apabila panas kecilkan api pada tahap minima. Sapukan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (aku guna berus kecil utk lenserkan).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (aku guna jag kecil) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 semasa mengeluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
Hidangan kuih untuk berbuka puasa.

Selamat Mencuba!

Saturday, August 4, 2012

Dejavu De Puff

Salam Semua....

Minggu lepas dok buat puff segera. Segera macam mana? Versi malas tapi rajin gak laa nak buat puff kan. Anyway, puff nie aku beli siap dia punye pastry aje. Inti aje yang aku bersusah payah membuatnya...sedap gak laa...percubaan yang baik ehehe ...


Bahan Inti:
1 biji Bawang Besar Sederhana - dicincang halus
1 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 mangkuk kecil daging cincang
2 biji kentang sederhana - di potong kecil2
1 sudu serbuk kari
Sedikit garam
Sedikit minyak menggoreng


Bahan-bahan:
1 pek Pastri KawanKu (ada di jual di supermarket) - 10 keping dlm peket
Kuning Telur


Cara Memasak Inti:
1. Tumis bawang besar & bawang putih bersama. Tumis hingga sedikit layu.
2. Masukkan daging cincang & kentang. Goreng hingga daging & kentang masak.
3. Masukkan sedikit serbuk kari & garam secukup rasa.
4. Alihkan ke dalam mangkuk setelah masak.

Cara Membuat Puff:
1. Ambil sekeping pastry dan letakkan inti.
2. Lipat supaya jadi 3 segi (seperti dlm gambar).
3. Tekan dengan garfu di bahagian tepi pastry.
4. Ulang sehingga pastry habis.
5. Sapu kuning telur di atas puff tadi dan bakar sehingga puff masak.

 
Selamat Mencuba!

Thursday, November 3, 2011

Cekodok Pisang



Weekend lepas, saja laa buat Cekodok Cucur Pisang. Aku tak bape reti sangat. Tapi boleh laa untuk cubaan malas kan. Hehehe bantai saja. Janji sedap, tapi memang sedap plak hari tu...so, kenyang laa gak makan kan.


Bahan-bahan:
10 biji pisang (dilenyek)
1 cawan tepung gandum
Sedikit serbuk penaik 
Sedikit gula
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan tadi dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan minyak masak. 
3. Sudukan sedikit demi sedikit hasil bahan yang digaul tadi. Bentukkan ikut suka.
4. Goreng hingga warna keemasan & garing. (Jgn terlalu lama, nanti rentung lak)


SELAMAT MENCUBA!!


Sunday, October 2, 2011

Agar-Agar Buah Koktel

Ni antara yang aku buat untuk jamuan hari raya ofis. Selalu buat dalam loyang besar, kali ni buat dalam cup yang comel2. Harap orang semua suka.








Bahan-bahan:
1 peket Agar-agar (aku pakai yang 37gm)
1 tin buah campuran
1 cawan susu cair
1 cawan air buah (ambil air dr tin buah campuran saja)
6 cawan air
1 cawan gula

Hiasan:
1 tin peach

Cara-caranya:
1. Masukkan 6 cawan air dan masak agar-agar hingga ia cair.
2. Masukkan gula dan air buah. Kacau hingga guna betul2 telah cair.
3. Apabila dah sebati semua masukkan susu cair.
4. Sementara itu aturkan buah2 ke dalam loyang. (atau letak dlm acuan yang comel2)
5. Curahkan agar yang telah siap tadi ke dalam loyang itu. Sejukan dahulu.
6. Apa bila keras masukkan ke dalam peti ais. Boleh di makan apabila sudah sejuk. (Lebih sedap sejuk).
7. Masa hidang tu bleh laa letak peach sebagai hiasan & curahkan sedikit sirap peach ke atas agar-agar tadi.

SELAMAT MENCUBA!

Monday, February 22, 2010

Puding Roti

Puding Roti

Puding Roti...buat juga akhirnya. Dah lama nak buat. Atas permintaan hubby akhirnya buat gak. Maklum laa makanan kesukaan dia. Jadi terlaksana laa jugak. Bukan kegemaran aku pun, tapi boleh buat gak laa...cuma tak berapa suka sangat benda2 manis nie..


Bahan-Bahan A:
8 keping roti
500ml Susu Segar
* dicarik2 dan direndam susu segar
Bahan-Bahan A:
2 Biji Telur Ayam
2 Sudu Mentega
1/2 Cawan Gula

1 sudu Asen Vanila
* Dipukul sehingga sebati

1. Dah pukul dan sebati, tuangkan bahan B tadi kedlm bahan A.
2. Letak dlm lengat dan tabur pula kismis diatas roti bahan2 tadi.
3. Bakar dlm suhu 180'c dlm masa 1jam. Biarkan sejuk dan siap utk dimakan 


SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, September 2, 2009

Agar-Agar Buah


Bahan-bahan:
1 peket Agar-agar (20gm)
1 tin buah campuran
1 cawan susu cair
1 cawan air buah
4 cawan air
1/3 cawan gula


Cara-caranya:
1. Masukkan 4 cawan air dan masak agar-agar hingga ia cair.
2. Masukkan gula dan air buah.
3. Apabila dah sebati semua masukkan susu cair.
4. Sementara itu aturkan buah2 ke dalam loyang.
5. Curahkan agar yang telah siap tadi ke dalam loyang itu. Sejukan dahulu.
6. Apa bila keras masukkan ke dalam peti ais. Boleh di makan apabila sudah sejuk. (Lebih sedap sejuk).

Tuesday, September 1, 2009

Murtabak Krackers

Assalamuaikum...

Resepi nie aku dapat dari Asmah Laili....so, aku pun mencubanye.
Rugi tak cuba..sebab resepi dia semua sedap-sedap belaka....
Murtabak Krackers







Selamat Mencuba


Ingredients:
500 gram biskut tawar CREAM CRACKERS
1 besen air
8 biji telur (jika kurang, tambah lagi) dikocak dengan sedikit garam dan lada putih
2 biji bawang besar, didadu kecil
3 biji lada merah, dirampai
3 biji lada hijau, dirampai
1 pokok daun sup, dirampai
1 pokok daun bawang, dirampai
1 loyang kek, sapu sekeliling dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas kek
500 gram daging cincang, disanggar
1 sudu makan rata rempah kari daging/rempah beriani siapkan dagingnya
Sedikit lada putih dahulu
Sedikit garam


Directions:
CARA UNTUK MASAK DAGING
Sanggar daging dengan rempah, garam dan lada putih. Angkat dan ketepikan.


CARA MELAPIS MURTABAK
• Rendam beberapa keping biskut didalam air. Angkat perlahan-lahan dan tekap supaya airnya keluar. Atur didalam loyang. Ulang sehingga lapisan pertama berisi penuh dengan biskut.
• Tabur rata diatas lapisan pertama biskut tersebut, sedikit daging.
• Tabur pula diatasnya sedikit hirisan lada merah dan hijau. Ini diikuti dengan bawang dadu dan hirisan daun sup dan daun bawang. Curah rata sekelilingnya sedikit telur.
• Seterusnya buat lapisan kedua, dan ulang seperti yang dibuat untuk lapisan pertama. Buatlah beberapa lapisan, sehingga habis semua bahan-nya. Tetapi untuk lapisan terakhir, haruslah biskut sahaja diatas. Tuang sedikit telur diatas lapisan terakhir.
• Setelah lengkap semua lapisanya dibuat, barulah dibakar didalam ketuhar, dengan suhu 160 darjah sehingga masak.
• Setelah masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari loyang dan dipotong. Enak disajikan dengan sos cili dan tomato.

Monday, July 20, 2009

Cucur Tauhu Special

Cucur tauhu nie saya belajar dari resepi Asmah Laili (Sapa tgk channel AFC tau laa ek sapa dia..kalau tak Google aje ye). Memang sedap & simple. Kalau nak buat kenalah guna tauhu yang segar dan baru. Sekiranya tauhu yang sudah lama bila digoreng akan menjadi masam isinya. Tapi syok sekali sekala cuba cucur yang lain dari yang lain kan..asyik2 cucuq ikan bilis aje...bosan gak kan...Ia amat sesuai utk sarapan atau minum petang.

SELAMAT MENCUBA!!

Ingredients:
5 keping tauhu - dilenyek
3 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji cili merah - dicincang halus
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1/2 sudu lada sulah
2 biji telur ayam
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng


Directions:
1. Tauhu tadi dilenyek hingga hancur dan campurkan bersama tepung gandum tadi. Gaul bersama garam.
2. Masukkan bahan yang dihiris tadi. Gaul rata.
3. Gorengkan hingga garing.
4. Sedia untuk dihidang

Saturday, April 26, 2008

Jemput-Jemput Tauhu

Assalamualaikum....
 
Gambar tak sempat nak snap ari tu...sebab sedap sangat...tak sabo nak makan...tapi memang best...

Ingredients:

4 keping tauhu - dihancurkan
1 bii cili merah - dicincang kasar
1 biji cili hijau - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dicincang kasar
1 biji bawang putih - dicincang kasar
1 tangkai daun bawang - dirampai
1 tangkai daun sup - dirampai
6 ekor udang - dikupas kulitnya dan didadu (kemudian di sanggar hingga masak)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Directions:
1) Gaul rata semua bahan, kecuali minyak Panaskan minyak di dalam kuali
2) Ambil satu sudu makan adunan dan jadikan bebola dan terus masukkan ke dalam minyak panas.
3) Goreng sehingga masak dan angkat serta toskan.
4) Hidangkan panas-panas dengan sos.

Monday, April 21, 2008

Pancake Heldamelissa


Bahan:-
225 gram tepung gandum
1 sudu makan baking powder
Sedikit garam
1 sudu teh gula
2 biji telur yang besar, dipukul sebentar
30 gram mentega, dicairkan dan disejukkan
300 ml susu cair
Mentega untuk menggoreng

Cara:-
Cara paling mudah membuat pancake ini ialah – masukkan semua bahannya kedalam alat pengisar letrik, (kecuali mentega untuk menggoreng) dan putar sehingga menjadi adunan yang halus seperti sutera.

Sunday, February 24, 2008

Cucur Ikan Bilis


Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air (jika tak cukup boleh tambah)
Setangkai daun sadri (dihiris)
Setangkai daun bawang (dihiris)
Sedikit Ikan Bilis (segenggam)
Sedikit serbuk kunyit
Garam (secukup rasa)


Cara-caranya:
1) Satukan semua bahan-bahan di atas.
2) Masukkan air & gaul rata. Jangan terlalu cair.
3) Goreng sehingga kekuningan / garing.
4) Hidangkan untuk minum petang bersama kopi atau teh

Selamat Mencuba!!

Sunday, February 17, 2008

Pankek


Bahan-bahan:-

250ml susu cair
1 sudu besar cuka
165gm tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul sedikit
Marjerin untuk melengserkan

Cara Membuatnya:-
1. Campurkan susu cair dan cuka. Kacau dan biarkan 10 minit.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan gula bersama tepung. Buatkan 'lubang' di tengah tepung tadi. Ketepikan.
4. Satukan campuran susu, mentega dan telur.
5. Tuangkan ke dalam tepung dan kacau dengan ballon whisk hingga sebati. Tambah sedikit lagi susu jika terlalu pekat.
6. Panaskan kuali kalis lekat, lengserkan sedikit marjerin.
7. Letakkan 2-3 sudu adunan dan ratakan sedikit.
8. Masak atas api perlahan kemudian terbalikkan.
9. Angkat dan hidangkan dengsan sos coklat, madu dan mentega.

Saturday, February 2, 2008

Cucur Kentang Nestum

Assalamualaikum semua...

Resepi nie tok sedara aku bagi kira-kira 13 tahun lepas laa....aku memang suka buat cucur sejak zaman sekolah lagi..sebab aku suka makan cucur...hehehe...tak kira la cucur apa-apapun...

Tapi memang sedap...Cubalah!!

Resepi ini sesuai untuk minum pagi dan minum petang

Selamat Mencuba!!!!

Ingredients:
1 mangkuk Kentang parut
2 sudu Tepung gandum
1 biji telur ayam
Lada Hijau
Bawang besar / kecil (digoreng)
Daun Sadri (dimayang)
2 sudu Nestum
2 sudu susu cair
Air (digunakan utk menggaul)
Garam
Udang (bahan tambahan)
1 sudu Rempah kari / serbuk lada

Directions:
- Kentang diparut

- Gaulkan tepung, kentang parut, telur ayam, lada hijau, bawang goreng, daun sadri, nestum, susu cair, garam, udang, rempah kari sama rata.

- Kemudian campurkan sedikit air. Gaulkan bahan tadi. Pastikan tidak cair. Buat sederhana pekat.

- Goreng sehingga keemasan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin