Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Nasi Daging Utara

Assalamualaikum Semua,


Hari ni tetiba teringin nak makan daging. Makanya, terus masak laa Nasi Daging. Woww...tetiba tu...apapun memang sedap. Simple jer cara nak masak Nasi Daging ni. Kalau waktu malas-malas memang sesuai sangat laaa...sebab semua bahan ada di rumah kan...jadi amat mudah sangat...tak makan masa yang lama untuk masak.



Bahan-bahan:
Beras - saya buat 3 pot beras
1/2 helai Daun Pandan 
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
3 sudu makan Rempah Kurma (saya pakai Adabi)
2 biji tomato - dipotong kiub
Rempah 4 Sekawan
500gm Daging direbus hingga empuk - simpan air rebusan
Minyak Sapi (saya guna 3 sudu makan)/ Marjerin pun bleh gak

Cara-cara:

  • Panaskan periuk. Masukkan Minyak Sapi
  • Tumiskan rempah 4 sekawan bersama Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Rempah Kurma.
  • Perasakan dengan garam.
  • Setelah disebatikan, masukkan air rebusan daging. Masukkan secawan air rebusan daging. 
  • Tunggu hingga mendidih dan masukkan beras  bersama daun seketika.
  • Alihkan ke periuk nasi. Masukkan hirisan daging dan tomato yang sudah dipotong tadi.
  • Masukkan air ikut sukatan beras. Hidupkan periuk nasi dan biarkan hingga masak.
  • Apabila siap di masak boleh dihidangkan bersama air asam.
Air Asam Kerisik 
5 ulas Bawang Merah - dihiris
4 biji Cili Padi - dihiris
2 Biji Tomato - dihiris
Asam Jawa - mengikut banyak mana bahan
1 sudu besar Kerisik
4 batang cili merah *
5 batang cili padi *
Sebesar Ibu Jari Belacan Bakar *
Garam
Gula

Cara-cara:
  • Tumbuk/ Blend bahan yang bertanda *.
  • Hiris bahan-bahan lain dan sediakan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk.
  • Masukkan Air Asam Jawa. Gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan Kerisik dan perasakan. Gaulkan hingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang.

## Boleh juga di makan bersama lauk lain jika suka. 

SELAMAT MENCUBA!!


Sunday, September 4, 2016

Pasta Bolognese With Meatballs

Salam,

Menu favourite is in da house!

Tiada kata-kata perlu diucapkan bila makanan ni dihidangkan....darah Italy kuat benor dalam diri...hehehe




Bahan-bahan untuk Bebola Daging:
  • 1 peket daging RAMLY - Lembutkan/ cairkan jika dibekukan
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • 1/2 sudu teh Oregano
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam & Lada Sulah
Cara-cara membuat Bebola Daging:
  • Gaulkan semua bahan dalam satu besen (saya guna besen senang sket nak gaul).
  • Bulat2 ikut size yang korang suka. (mungkin ada yg suka besar/ sederhana)
  • Gorengkan di dalam kuali (saya guna kuali non stick dgn minyak yg sedikit spt dlm gambar)
  • Apa bila sudah nampak warna bertukar & nampak macam garing sikit, bolehlah diangkat dan diletakkan dalam pinggan dahulu.
Bahan-bahan:

  • Spiral Pasta - direbus & ditoskan
  • Bebola Daging (homemade)
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 8 biji tomato ceri (dibelah dua)
  • 1 mangkuk kecil sayur campur (saya guna LADA BENGGALA & LOBAK MERAH shj)
  • Garam
  • 1/2 sudu teh Oregano
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam & Lada Sulah

Cara-cara Memasak:
  • Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sedikit bawang besar utk perasa.
  • Masukkan bebola daging. Goreng hingga masak. Masuk serbuk lada hitam.
  • Masukkan tomato puree dalam tin. Letak sedikit oregano dan garam. Letak sedikit air (1 senduk jer)
  • Masukkan sayur campur dan kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
  • Masukkan tomato ceri yang sudah dibelah dua. gaulkan kemudian tutup api. Kemudian hidang bersama pasta.

Selamat Mencuba!

Saturday, February 15, 2014

Meatball Bolognaise

Assalamualaikum,

Menu nie saya buat time malam tahun baru tu. Sebabnya tak tau nak masak apa. Bongkar-bongkar peti ais. Ada daging. Memandangkan dah boring makan nasi aje minggu tu, jadi masak laaa yang jarang-jarang di masak. Sudahnya terhasil laa Meatball Bolognaise versi malas dan ringkas. Versi nie sesuai untuk suri rumah bekerja yang nak cepat. 




Bebola Daging Homemade

Bahan-bahan:
  • Daging Cincang (guna jenama Ramly)
  • Sedikit Garam 
  • Sedikit Lada Sulah

Cara-caranya:
  • Campurkan semua bahan.
  • Bulatkan daging. Ikut saiz yang akan suka. (Saya buat besar-besar dapat la dalam 8 ketul)
  • Ketepikan dan masak kuah bologaise pula.


Kuah Bolognaise

Bahan-bahan:
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 biji tomato (dicincang)
  • Lobak Merah (dipotong dadu)
  • Lada Benggala (dipotong dadu)
  • Sedikit Air
  • Sedikit Oregano
  • Garam
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam dan Lada Sulah

Cara-caranya:
  • Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sedikit bawang besar utk perasa.
  • Masuk serbuk lada hitam. Masukkan tomato yang dicincang tadi. Letak sedikit oregano dan garam.
  • Masukkan lobak merah dan lada benggala. Kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
  • Bila kuah hampir masak, masukkan bebola daging tadi. Susun dalam periuk. Jangan kacau.
  • Ambil sedikit kuah bolognaise curah sedikit pada setiap bebola daging. Kemudian tutup periuk. Biarkan masak dengan api perlahan.
  • Masak lebih kurang dalam 15-20 min. Bebola Daging akan masak.
  • Hidangkan di dalam pinggan dan ditabur dengan sedikit Grated Parmesan Cheese. Sedia untuk di makan.
Selamat Mencuba!


Monday, November 4, 2013

Daging Satay Goreng

Assalamualaikum....

Lama plak tak update blog masakan. Bukan laa tak masak pun. Hari-hari dok masak, tapi tak dan nak upload apa2 resepi. Sebab tak de laa masak resepi yang Da Vasss sangat...menu biasa-biasa aje. Menu suri rumah bekerja simple aje laa kan...tak de yang complicated sangat...ikut dan masa aje laaa kan....

So hari nie nak share resepi nie..selalu buat, bila rasa malas nak masak rendang di hari raya. Simple aje pun...macam buat satay gak laa...


BAHAN-BAHAN:
1/5 kg Daging 
3 btg Serai *
Segugus Bawang Putih *
2 inci Halia *
1 inci Lengkuas *
Garam
Gula

CARA-CARA:
1. Bahan bertanda * tadi di blend hingga halus.
2. Bersihkan Daging tadi
3. Satukan bahan blend dan daging tadi.
4. Gaulkan bersama bahan-bahan yang diblend halus tadi. Gaul hingga rata.
5. Perisakan dengan garam dan gula. Selepas gaul, biarkan bahan perapan selama sejam. Kalau boleh buat awal semalaman lebih baik. Bahan lebih meresap.
6. Panaskan kuali (saya guna kuali non stick). Guna sedikit minyak. Masak hingga daging empuk. 
7. Jika suka yang kering boleh la buat hingga kering. Bagi saya biar sedikit basah jika dipanaskan tak de la kering sangat kan. 

Selamat Mencuba!!

Saturday, September 14, 2013

Pita Daging Peri Peri

Bahan-bahan:
Roti Pita Gandum (guna apa pita pun boleh)
500 gm Daging Cincang
1/2 btg Lobak Merah (didadukan)
Serbuk Peri Peri (jenama Knorr)
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Lada Hitam
Sedikit Oregano
Sedikit garam
1 biji Bawang Besar - size sederhana dicincang halus
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
8 biji Tomato Ceri - dibelah 4
Daun Salad Butterhead
Planta utk sapuan
Cara-cara:
1. Sapu sedikit planta pada roti pita dan panaskan diatas kuali/grill. Ulang pada semua roti hingga garing.
2. Goreng daging cincang tanpa minyak hingga masak.
3. Dalam kuali tolak ketepi daging cincang tadi, masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Tumis hingga masak letak sesudu planta.
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah n serbuk oregano. Gaul hingga sebati. Masukkan serbuk Peri Peri Knorr tadi dan gaul rata.
5. Masukkan lobak merah tadi. Gaul hingga lobak merah masak. Letak sedikiy garam.
6. Sebelum menutup api. Masuk Tomato Ceri tadi. Gaul hingga sedikit lembut tomato itu. Tutup api dan alih ke dalam mangkuk.
7. Daun salad tadi dipotong kecil2 sedikit utk dimuatkan ke dalam roti pita.
8. Letakkan sedikit sos cili dan sos thousand island ke dalam roti pita dan letakkan daun salad diikuti dengan inti yang telah siap dimasak tadi. Ulang hingga roti habis.
9. Siap dan boleh dimakan utk sarapan pagi atau makan malam. Actually bila2 masa teringin boleh laa makan.
SELAMAT MENCUBA!!

Friday, December 28, 2012

Beef Blackpepper

Assalamualaikum....
Alahai macam dah lama tak pos lak resepi kan...dah nak hujung tahun dah nie. Mood tak de. Tak sihat pun ye gak. Jadi mood nak snap gambar pun macam malas laa kan...tau nak makan saja la...


Bahan-bahan:
  • 300 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - diketuk & cincang halus
  • 2 senduk Sos Blackpepper (saya pakai jenama Tesco dlm botol aje)
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Garam
  • Daung bawang - dihiris serong
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Masukkan daging yang siap dibersihkan. Goreng hingga masak.
  • Sambil menggoreng daging masukkan bawang putih dan goreng bersama daging tadi.
  • Masukkan sos blackpepper gaul hingga rata. Masukkan sedikit air.
  • Masukkan bawang besar dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Taburkan daun bawang dan gaul.
  • Apabila masak bolehlah di makan bersama nasi.
Selamat Mencuba!

Monday, December 24, 2012

Fried Spiral Pasta with Beef

Assalamualaikum,
 
Hari nie nak masak simple aje utk sarapan pagi. Masak pasta untuk sarapan pagi tu. Western laa sangat...padahal sebenarnya dah tau tau apa nak makan...jadi makan laa pasta pepagi buta kan!
 
 
Bahan-bahan:
  • Spiral Pasta (rebus & tos)
  • 1 mangkuk kecil Daging Cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 senduk cili giling
  • 2 senduk sos tomato
  • Lada sulah
  • Sedikit Oregano
  • Garam
  • Minyak utk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Goreng daging hingga masak.
  • Masukkan bawang putih dan bawang besar.
  • Masukkan cili giling dan tumis hingga masak.
  • Masukkan sos tomato, lada sulah dan sedikit Oregano.
  • Masukkan garam untuk diperasakan.
  • Akhir sekali masukkan Spiral Pasta yang siap direbus. Gaul hingga rata.
  • Hidangkan untuk di makan.
 
Selamat Mencuba!

Friday, November 16, 2012

Macaroni Bebola Bolognaise

Assalamualaikum...

Hi. Saja laa nak letak bekal makanan yang biasanya aku bawak pegi ofis. Bawak bekal? Tak percaya? Aku memang jenis bawak bekal ke ofis. Lebih bersih rasanya dari makanan yang dikedai kan. Jadi bawaklah bekal.



Bahan-bahan:
  • Macaroni - direbus & ditoskan
  • 200 gm Bebola Daging (boleh beli dipasaran)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 biji tomato (dicincang)
  • 1 mangkuk kecil sayur campur beku (nyahbeku)
  • Sedikit Oregano
  • Garam
  • Sedikit Serbuk Lada Hitam & Lada Sulah

Directions:
  • Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sedikit bawang besar utk perasa.
  • Masukkan bebola daging. Goreng hingga masak. Masuk serbuk lada hitam.
  • Masukkan tomato yang dicincang tadi. Letak sedikit oregano dan garam.
  • Masukkan sayur campur dan kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
  • Masak hingga mendidih.Kemudian hidang bersama macaroni.
Selamat Mencuba!

Monday, November 12, 2012

Daging Goreng Kicap Halia

Assalamualaikum....
 
Bulan NOVEMBER nie aku rajin plak update. Saja amek mood online plak. Dah asyik layan FB pos kat sana. Rasa muak lak kan...jadi mulakan laa di sini yek. Berblogging di sini lebih indah macam 8 tahun dulu ...Tak sama dah rasanya.
 
So, kali ni layan aje laaa Daging Goreng Kicap Halia aku...kali ni aku masak tak berempah. Selalunya aku masak Daging Masak Kicap Berhalia ada rempah.



Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang
1 biji bawang besar (dipotong baji)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)

1/2 inci halia (dihiris)
Sedikit serbuk lada sulah
3 Sudu kicap lemak manis
1 sudu kicap cair
Garam (secukup rasa)
Sedikit air
 
Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan daging, goreng sehingga masak.
  • Masukkan semua kicap. Masukkan bawang besar dan cili hijau.
  • Masukkan sedikit garam dan sedikit air.
  • Masak sehingga daging empuk dan hidangkan bersama nasi

SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, November 10, 2012

Spaghetti Sosej Blackpepper

Assalamualaikum....

Weekend dah mula! Seronok ye? Tak laaa...sebab kena dok umah. Tapi suka laa gak sebab boleh laa masak yang sedap-sedap belaka untuk isi perut sendiri kan.

Today nak tepek resepi simple. Dah masak kelmarin tapi tak sempat nak update. Spaghetti Sosej Blackpepper. Okay tak? Memang simple sebab campak aje bahan yang ada.


Bahan-bahan:
  • Spaghetti - direbus & ditoskan
  • Sosej Ayam/ Daging - dipotong serong
  • 1/2 Lada Benggala (saiz sederhana) - dipotong diamond
  • 1/2 batang Lobak Merah - dipotong memanjang
  • 1 biji Bawang Besar - dihiris
  • 3 ulas Bawang Putih - dihiris/ diketuk
  • 2 sudu makan Sos Tiram
  • 1 sudu makan Sos Cili
  • Sedikit air
  • Mix Herb
  • Lada Sulah
  • Lada Hitam (kasar)
  • Garam

Cara-caranya:
  • Masukkan sedikit minyak untuk menggoreng Sosej yang telah dibersihkan hingga masak.
  • Apabila sosej dah nmpk sedikit garing, masukkan bawang besar & bawang putih ke dalam kuali dan gaul hingga bawang agak layu.
  • Masukkan Sos Tiram & Sos Cili dan sedikit air. Masukkan lada benggala dan gaul sebentar.
  • Masukkan lada sulah & lada hitam kasar. Perasakan dengan sedikit garam. Masukkan Mix Herb.
  • Masukkan spaghetti dan gaul. Apabila hampir siap dimasak, taburkan sedikit lagi lada hitam kasar di atas hidangan.
  • Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!

 

Thursday, November 8, 2012

Dinner Malam nie..

Assalamualaikum....
 
Alhamdulillah! Malam nie sempat sampai rumah sebelum hujan. Jadi sempat laa masak lauk pauk yang simple untuk makan malam ini. 2-3 hari sebelum nie tak sempat masak. Sebab sampai rumah pun dah dekat jam 9mlm sebab stuck kat ofis. Musim hujan dah tiba nak buat macam mana kan...sabar ajer laa....
 
 
So malam nie lauk pauk yang sempat di masak..
  • Telur Dadar
  • Paprik Daging
  • Kailan Goreng Belacan
Tak sempat nak buat Sambal Belacan. Sebab kalau buat sah laa akan makan lambat plak untuk dinner kan. Jadi makan aje laa apa yang terhidang. Esok-esok ajer laa tambah lauk pauk lain. So, apa dinner esok lak? Nantikan yek....
 
 

Wednesday, October 31, 2012

Nasi Ayam

Assalamualaikum...
 
Hi...Saja nak tepek resepi Nasi Ayam yang dah lama aku buat dan tak de masa nak taip resepinya. Rasanya aku before puasa hari tu. Lama gak laa kan. Heheh, punya la malas nak menaip. Resepi panjang sangat kut...macam ni laa jadinya kalau malas melanda...betul tak?
 
 
Resepi Nasi: (Makan untuk 2-3 orang)
3 cawan beras (Saya pakai beras Basmathi)
2 cm halia - dititik
2 biji bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 heldai daun pandan
Garam
Air Rebusan Ayam secukupnya (Saya pakai Chicken Stock Maggi)
Minyak Bijan (kalau suka boleh letak)
 
Cara:
1. Panaskan minyak bijan & tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun pandan.
2. Kemudian masukkan beras yang telah dibersihkan.
3. Masukkan air rebusan ayam dan kacau sedikit. Kemudian tanak nasi seperti biasa.
4. Apabila sudah masak sediakan untuk dihidang.
 
Ayam Goreng
1/2 ekor ayam (Boleh campur apa2 bahagian ayam)
5 sudu makan kicap (saya pakai kicap Jalen)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan sos tiram
Lada sulah
Minyak
 
Caranya:
1. Rebus ayam terlebih dahulu dan air rebusan boleh digunakan untuk memasak Nasi & Sup.
2. Gaulkan semua bahan dan sapukan ke seluruh bahagian ayam.
3. Perapkan selama 30 minit dan goring.
 
Sup Ayam
Air rebusan Ayam (Ayam telah dikeluarkan untuk menjadi Ayam Goreng)
Sedikit Bebola Ayam (saya guna bebola Ayam Dindings)
1/2 batang lobak merah - dihiris
1 batang seleri - dihiris
Daun Sup - dihiris
Daun Bawang - dihiris
3 biji Bawang Merah - dimayang
2 ulas Bawang Putih - dimayang
2 cm Halia - dititik
Minyak
 
Cara:
1. Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah sehingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan Air Rebusan Ayam (boleh juga gunakan stok Ayam Maggi (dlm botol))
3. Masukkan lobak merah, seleri dan daun sup & daun bawang.
4. Masukkan bebola Ayam (saya telah gunakan Ayam untuk digoreng). Rebus hingga mendidih.
5. Perasakan dan sedia untuk dihidang.
 
Sambal Cili
5 biji cili merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu cuka
Garam & gula secukup rasa
Minyak
 
Cara:
1. Tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
2. Masukkan cuka.
3. Perasakan dengan garam & gula.
4. Sedia untuk dihidang.
 
Sambal Kicap
5 sudu makan kicap (saya pakai kicap Jalen)
2 ulas bawang putih
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan sos tiram
Sedikit air rebusan Ayam
Garam secukup rasa
Minyak
 
Cara:
1. Tumis bawang putih sehingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan kicap pekat dan kicap Jalen bersama sos tiram.
3. Masukkan air rebusan Ayam dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang.
 
 

SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, March 4, 2012

Blackpepper Cheese Burger with Salad

Salam,

Baru ada masa nak update citer pasal burger nie. Actually dah buat minggu lepas lagi. Cuma tak de masa nak upload gambo ke laptop aje. Nie baru ada kesempatan nak buat dan edit gambar before posting.


Bahan-bahan:
2 biji Roti Burger - dibelah 2
2 keping Daging Lembu
Daun Salad
Tomato - dihiris bulat
1 biji Bawang Besar - dihiris bulat
Timun - dihiris bulat
Sos Cili or Sos Tomato
Mayonis
Lada sulah
Cheese

Cara-caranya:
1. Sapu mentega pada roti dan bakar sekejap.
2. Goreng daging dengan sedikit mentega. Cucuk2 bahagian tengah daging dengan garfu agar cepat masak di bahagian dalam. Letak sedikit lada sulah (jika suka).
3. Susun bawang besar, daun salad, tomato, timun pada roti. Letakkan daging yang sudah siap digoreng di atas. Jika suka boleh letak cheese ketika daging masih di atas kuali, jadi cheese akan cair sedikit kemudian terus angkat dan letak di atas roti.
4. Cili atau tomato? Ikut selera sendiri. Jika suka letak la mayonis.



Bahan Sos Blackpepper:
1 biji Bawang Besar - dihiris
3 sudu Brown Sos
1 sudu kecil Lada Hitam Kasar
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang hingga layu.
2. Masukkan Brown Sos dan sedikit air. Masukkan garam dan kacau.
3. Bila dah mendidih tutup api dan salin ke dalam mangkuk kecil.
4. Masukkan ke dalam burger tadi. Sedap jika di letak bersama cili sos.

Salad:
Daun salad, Bawang Besar, Tomato Ceri
Thousand Island

Gaul ke semuanya. Hidang bersama burger tadi. Lebih menarik. Kiranya seimbang la kan.

SELAMAT MENCUBA!!


Friday, December 30, 2011

Bebola Daging Goreng Cili





Hai. Hari nie saya masak Bebola Daging plak. Selalunya Bebola Daging ni orang makan ngan Spaghetti kan? Kali nie nak twist sket, ubah kepada selera Melayu sket. Saja laa kan selalu sangat Western boring gak kan.


Bahan-bahan:

1/2 peket bebola daging lembu (kalau rajin boleh laa buat bebola sendiri)
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
3 sudu cili giling
2 sudu cili sos
1 biji tomato - dipotong wedges

Directions:
1) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, sedikit bawang besar dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan daun limau purut utk bau yang sedap
2) Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sedikit cili sos.
3) Masukkan bebola daging dan kacau hingga masak.
4) Masukkan tomato dan baki bawang besar tadi.
5) Gaul hingga masak dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi


Sunday, November 6, 2011

Daging Masak Merah Madu



Daging nie aku masak sekali ngan Nasi Kuning. Memula nak buat ayam, tapi akibat kemalasan, jadi tukar ke daging laa plak kan...

Bahan-bahan:
300gm daging (dihiris)
2 batang serai *dititik
1 inci halia *dikisar
1 inci lengkuas *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
1 biji bawang besar (dikiris halus)
4 sudu cili giling
1/2 tin tomato puree
4 sudu madu
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis serai dan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau dan kekuningan. 
2. Masukkan cili giling tadi, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula tomato puree. Gaul hingga rata.
4. Kemudian masukkan daging dan masak daging hingga masak. 
5. Masukkan madu. Gaul dan masukkan sedikit garam.
6. Didihkan hingga daging betul-betul masak. Hidangkan bersama Nasi Kuning.

Selamat Mencuba!


Saturday, November 5, 2011

Daging Masak Kicap Halia



Hari nie masak lagi...masak daging plak. Nie makanan kesukaan hubby. Especially masakan yang berKICAP. Memang dia suka. Jadi orang perempuan nie memang biasanya akan masak makanan kesukaan orang aje..tapi makanan kesukaan kita sapa plak masak eh? Hmmm..kesian kite kan...


Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah/ cili padi (dihiris)

1/2 inci halia (dihiris)
2 sudu kecil ketumbar **
1 sudu kecil jintan manis **
1 sudu kecil jintan putih ** (** boleh pakai  gak serbuk rempah sup)

Sedikit serbuk lada sulah
3 Sudu kicap lemak manis
1 sudu kicap cair
Garam (secukup rasa)
Sedikit air

Caranya:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan daging, goreng sehingga masak.
2) Masukkan ketumbar, jintan manis & jintan putih. Kacau rata.
3) Masukkan semua kicap. Masukkan bawang besar & cili merah.
4) Masukkan sedikit garam dan sedikit air.
5) Masak sehingga daging empuk dan hidangkan bersama nasi



SELAMAT MENCUBA!!


Sunday, October 2, 2011

Telur Bistik

Dah baper hari dok berangan nak buat...tapi terbuat-buat gak. Tadi tenghari terus laksanakan hasrat yang berminggu-minggu tertangguh dek kerana "Nanti laa..." .. so, maka dengan ini siap laa Telur Bistik versi aku untuk minggu ni..heheh...Patutdesign dia jadi 4 segi sama...tapi ada insiden yang terjadi tadi di dapur menyebabkan ia menjadi 4 segi yang tak berapa bersegi...heheh...janji jadi makanan udah laa...atau tak terbalik dah ler kan...heheh


Bahan-bahan Telur:
3 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Bahan-bahan Inti Telur:
Segenggam daging cincang (buat laa berapa banyak korang suka eh...heheh)
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sayur campur beku
Lada Benggala (dipotong sama seperti sayur beku)
Sos Cili (Aku pakai jenama JALEN...korang pki laa jenama apa2 sama gak rasanya)
Sedikit Worcestershire sos
Sedikit Lada Sulah

Cara-Cara (Inti Telur):
1) Goreng daging cincang di atas kuali hingga daging masak. 
2) Masukkan bawang putih & bawang merah goreng hingga layu.
3) Kemudian masukkan sayur campur, lada benggala. Goreng hingga 2 minit. Masukkan sos Worcestershire & Sos Cili. Letak sedikit lada sulah. Goreng hingga masak. Kemudian alihkan ke dalam mangkuk.


Cara-cara (Telur):
1) Pecahkan telur dah pukul telur seperti masak telur dadar.
2) Letak sedikit garam & lada sulah.
3) Goreng gunakan kuali yg besar supaya senang nak melipat inti nanti.
4) Setelah telur masak rata, masukkan kan inti di tengah dan lipat. Kemudian ambil pinggan dan telangkupkan ke dalam pinggan supaya telur tidak terkeluar dari pinggan. (agak payah gak nak terbalikkan dlm pinggan tu hehehe)


SELAMAT MENCUBA!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin