Showing posts with label Asian. Show all posts
Showing posts with label Asian. Show all posts

Sunday, September 11, 2016

Soto Nasi

Salam semua,

Hari ni masak SOTO. Saya buat Soto Nasi jer... hidangan simple jer untuk hujung minggu. Malas laa nak masak yang berat sangat. Perut pun sekali sekala kena berehat gak dari makanan yang berat.



Bahan-Bahan untuk Kuah Soto:
  • 1 ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih  
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga - rempah sekawan

Bahan Kisar:
  • 6 ulas bawang merah                  
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai - ketuk

Cara Menyediakan Soto Ayam
  • Tumis rempah sekawan, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  • Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam.
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.

Cara Membuat Sambal Cili Kicap
  • Segenggam cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap lemak manis (saya guna jenama JALEN)
  • 1 -2 biji limau kasturi (ambil air perahan limau)
Blend semua bahan sekali bersama kicap. 

Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam 
  • 7-9 biji kentang (dipotong bentuk wedges) – digoreng
  • 2 pokok daun sup - mayang halus
  • 1 senduk Bawang goreng di ramas sedikit (saya goreng sendir bawang goreng)
  • 2 biji telur ( untuk menggoreng begedil)
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Daging Kisar (disangai/goreng tanpa minyak)

Cara Menyediakan Begedil
  • Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum digoreng. Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
  • Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek. Masukkan juga semua bahan seperti bawang goreng, daup sup. Boleh gunakan lesung batu bila nak lecek kentang tu. Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  • Gaulkan kentang dah sebati dengan semua bahan, Buat bentuk bebola dan tekan untuk sedikit leper. Ikut size besar mana laa kita nak.
  • Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
  • Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit garam. Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.

Cara Cadangan Hidangan:

Bahan hiasan:
Taugeh - dicelur
Daun Sup - dihiris
Daun Bawang - dihiris
Kacang tanah goreng - jika suka
Bawang Goreng 
Suhun - digoreng 
Limau Kasturi - dipotong dua
Nasi Impit - dipotong 

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, September 2, 2016

Mee Kicap Versi Mudah

Salam,

Hari nie tetiba rasa nak makan Mee Kicap. Alaaa macam style kedai Cina tu. Tapi buat sendiri laaa kan...lebih sedap mungkin. Atau tak sedap? Hahaha ...yang penting homemade dengan kasih sayang dari dapur tercinta....


Bahan-bahan:
3 keping Mee Cintan Kering (ada dijual dipasaraya) - dicelur & ditos
2 sudu kicap - Untuk digaulkan pada mee yang sudah siap dicelur
1 rumpun sawi (jika ramai tambah la 2-3 rumpun) - dicelur
Daun sup (daun bawang dan daun sadri) - untuk hiasan

Bawang Goreng - untuk hiasan

Ayam Fillet Grill
Ayam Fillet - dibersihhkan dan diperasakan
Garam
Pepper
Kicap 
Lada hita kasar

Cara-cara:

  • Gaul semua bahan bersama ayam. 
  • Grillkan sehingga ayam masak.

Bahan-Bahan Sup:
Dumpling - Beli dipasaran yang dah siap pun ada (HALAL plak tu)
Bebola Ikan
3 ulas Bawang Merah - Dihiris
2 ulas Bawang Putih - Dihiris
1 inci Halia - Dihiris
1 kiub ayam Knorr
3 cawan air
Sedikit Seleri - Dihiris
Sedikit Lobak Merah - Dihiris (jika suka)
Garam
Lada Sulah

Cara:

  • Tumis bawang putih, bawang merah & halia sehingga naik bau.
  • Masukkan air sebanyak 3 cawan. Masukkan lobak merah & seleri.
  • Masukkan kiub ayam. Perasakan dengan sedikit garam & lada sulah.
  • Apabila mendidih masukkan bebola ikan & dumpling ke dalam kuah. Biarkan mendidih seketika & tutup api.
  • Sedia untuk dihidangkan.

**** DUMPLING boleh ambil separuh & goreng di atas kuali (jika suka la). Tapi saya masukkan semua ke dalam sup. Ok gak. Ikut selera masing-masing nak buat macam mana.


SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, August 28, 2016

Weekend : Menu Sihat

Salam,

Hujung minggu masa untuk makanan sihat. Menu apa? Ulam semestinya ada dalam setiap menu yang dihidangkan.


Memang heaven kalau ada menu di atas meja. Bakal menambah selera.
  • Sambal Belacan
  • Timun
  • Kacang Botol
  • Bendi Rebus


Saturday, August 27, 2016

Ayam Goreng Kunyit

Salam,

Menu yang tak perlu kata apa-apa. Selalu orang sanggup beratur untuk tapau. Tapi saya rela masak sendiri jer menu ni. Sebab sangat senang dan boleh dibuat bekalan ke pejabat.



Bahan2: 
300 Isi ayam (chicken filet) - di perap dgn garam & kunyit
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bwang putih - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
3 btg kacang panjang - dipotong pendek2
1/2 btg lobak merah - dipotong panjang2
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak utk menggoreng


Cara2: 
1. Panaskan kuali (saya pki kuali non stick utk kurangkan penggunaan minyak). Letak 1 senduk minyak masak.
2. Goreng ayam sehingga separa masak. 
3. Kemudian mula masukkan bahan2 seperti bawang besar dan bawang putih. Gaul rata hingga bawang sedikit layu.
4. Masukkan sayur lobak merah dan kacang panjang dan biarkan layu sedikit. Masukkan cili merah & biarkan ayam masak.
5. Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada hitam.
6. Boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi.

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, August 26, 2016

Udang Masak Lemak

Salam,

Hari nie masak makanan kegemaran saya pulak. Udang. Memang kalau nampak udang nie memamg bersinar-sinar laa mata tapi tak boleh makan selalu nanti naik plak paras kolekstrol kan. Kena kawal-kawal laaa sket makanan kegemaran nie.


Bahan2: 
1 kg atau lebih Udang Harimau - dibersihkan
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup *
1/2 inci halia*
5 biji cili padi* kalau suka pedas boleh tambah
2 keping Asam Keping/Gelugor
Daun kunyit - diracik/ dihiris2
Santan - saya guna santan kotak saja (guna sekotak ajer)
Garam secukup rasa

Cara:
1. Blend semua bahan bertanda *
2. Masukkan bahan yg diblend td ke dalam periuk dan nyalakan api. Masukkan santan (saya guna santan kotak sbb dimasak pada hari bekerja).
3. Apabila sedikit mendidih, mulakan masuk udang ke dalam periuk bersama asam keping dan daun kunyit.
4. Perasakan dengan garam. Kacau dan tunggu hingga masak.
5. Apabila mendidihkan jgn sampai pecah santan pula. Kacau sedikit dan tutup api dapur. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

Tuesday, August 23, 2016

Kentang Chips Homemade

Hello semua!

Dah lama nak upload Kentang Chips ni. Kekonon mcm Jack & Jill laa...hahaha tapi versi Malaysia punye. Ala kampung style sket... Goreng biasa-biasa jer.


Bahan-bahan:
3-4 biji kentang - dikupas kulit dan dibersihkan
Garam
Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 

  • Kentang disagat nipis (saya guna peeler sahaja)
  • Sambil sagat hendaklah direndam dalam air jadi tidak lebam kentang tersebut.
  • Apabila sudah siap boleh laa toskan air.
  • Gaulkan Garam dan sedikit Lada Sulah.
  • Panaskan minyak. Goreng. Apabila kekuningan, boleh laa di angkat.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau makan bersama nasi sebagai lauk tambahan.
SELAMAT MENCUBA!!


Laksa

Salam,

Tetiba rasa nak makan Laksa plak. Jom mencuba makan Laksa. Senang ajer buat Laksa, tak perlu bahan yang banyak. Penyediaan pun lebih mudah.



Bahan2:
1 bungkus Mee Laksa Kering (direndam)/ bleh juga guna laksa yg basah ada dijual dipasaraya/pasaran)
1 kg ikan kembung (aku pakai 6 ekor ikan aje, sbb mkn berdua aje)
10 biji bawang merah
15-20 tangkai cili kering (aku tukar ke cili merah sbb cili kering tiada dlm stok)
Daun Kesum (letak laa banyak mana korang suka)
1 batang Bunga Kantan
Sedikit Belacan
Asam Keping (aku letak 5 keping utk rasa kemasaman)

Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar (dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Limau Kasturi (dibelah 2)
Daun Salad (dihiris)
Daun Pudina (jika suka)
Petis

Cara-cara:
1. Rebus ikan hingga masak. Asingkan ikan. Simpan kuah ikan rebus tadi.
2. Bersihkan ikan, ambil isi sahaja (buang laa tulang tu)
3. Kisarkan Bawang Merah, Cili Kering, Belacan dan isi ikan yang telah diasingkan tadi.
4. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi. Nyalakan api.
5. Masukkan Asam Keping, Bunga Kantan, dan Daun Kesum.
6. Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih.
7. Sedia di makan bersama petis.

Monday, August 22, 2016

Maggi Goreng Mamak

Salam Semua,

Next resepi ringkas dan mudah. Actually malas2 nak masak, masak jer laa yang simple untuk di makan untuk sarapan atau minum petang...kalau nak buat makan malam pun boleh gak nie...



Bahan-bahan:
Sebungkus Mee Kering (dicelur & ditoskan airnya) - apa2 jenama dipasaran (saya guna jenama CINTAN jer)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 biji cili padi (dimayang halus) - kalau suka pedas tmbh la ikut suka
Sayur Sawi (ikut citarasa sendiri nak letak sayur apa)
Sedikit Lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari + serbuk cili (jika suka) @ pki serbuk kari megi/serbuk ayam megi, tabur2 sket je 
1 biji telur (lebih pun boleh)
++ Bleh tambah bhn lain jika suka etc : fishball, fishcake, ayam etc..

Cara:
1. Mee kering dicelur dan toskan airnya. Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukkan batang sayur sawi dahulu. Tumis hingga masak. Masukkan sendiri garam dan lada sulah.
4. Masukkan mee yg telah ditoskan tadi. Gaul hingga sebati.
5. Pecahkan telur dan gaul. Dah sebati masukkan sedikit serbuk kari + serbuk cili.
6. Masukkan baki sayur sawi (daun sawi) dan gaul sampai rata. Tutup api dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, February 22, 2014

Nasi Lemak Idaman Semua!!

Assalamualaikum...

NASI LEMAK! Menu kesukaan semua orang. Tak kira siang atau malam semua orang akan makan Nasi Lemak. Tak kira di mana orang akan rinduinya. Especially time keluar negara. Kalau kat Malaysia boleh laa bantai cukup2 kan!


Nasi :
2 cup Beras Basmathi - dibersihkan
2 biji bawang merah - dihiris
1/2 inci Halia - dihiris
1 cup santan
3 cup air *bergantung pada jenis beras yg digunakan.
Daun Pandan - disimpul
Sedikit Halba
Sedikit Garam
Cara:
1. Cuci beras hingga bersih.
2. Masukkan semua bahan dan tanak nasi seperti biasa.
Sambal Tumis :
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
3 senduk cili giling
1 biji bawang besar - dipotong bulat
Air Asam Jawa
Gula
Garam
Cara-cara:
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling, kacau. Biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan Bawang Besar dan kacau sedikit.
4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
5. Apabila mendidih boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi lemak.
Bahan sampingan :
Telur Mata
Timun - dihiris
Ikan Bilis - digoreng
Selamat makan nasi lemak...lepas makan boleh bersenam kemas rumah!!

Thursday, February 20, 2014

Sardin Sambal Petai

Assalamualaikum semua!

Tak tau nak masak apa dah. Kekadang bosan gak kan masak hari-hari ni. Sebabnya sampai tak tau nak masak menu apa dah. Walhal, dalam kepala otak ni ada macam-macam menu nak masak. Tapi disebabkan semua kita nak (sifat tamak nak makan itu ini ler tu)..jadi semua menu tu terkeluar dari landasan! Hahaha..kesudahannya keluarkan makanan kegemaran ramai yang wajib ada dalam setiap gobok dapur tu kan! SARDINE!!

Actually aku tak makan sardine ni untuk lauk makan bersama nasi. Selalunya aku buat sandwich aje. But benda ni laaa kesukaan Mr Hubby. Jadi lelama aku pun termakan sama la kan. Makan sikit laaa, tak banyak. Sebab ni faveret dia. Aku makan sikit-sikit aje sekadar alas-alas perut gitu.

Menu today memang semuanya adalah feveret dia. Sardin dan Petai. So, aku buatkan Sardin Sambal Petai untuknya.


Bahan-bahan:
1 tin sardin (aku guna jenama Adabi)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 batang serai (dititik)
4 sudu cili giling
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam secukup rasa
Sedikit gula secukup rasa
Secukupnya Petai (ikut suka nak banyak mana) 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Tumis hingga cili giling masak dan naik bau.
3. Masukkan kuah sardin dalam tin. Kacau sebati. Kemudian masukkan ikan sardin.
4. Masukkan garam dan gula. Masukkan sedikit air asam jawa.
5. Masukkan petai. Masak dalam 2-3 min. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat menjamu selera!!

Tuesday, February 18, 2014

Steamboat or Steambot?

Assalamualaikum....

Menu paling ringkas bagi seorang wanita yang bekerja bila kena masak adalah bila semua bahan-bahan mudah didapati dan boleh masak campak-campak sambil pejam mata. Kan best macam tu. Kalau macam tu hari-hari boleh masak sedap-sedap buat seisi keluarga kan.

So, today aku main masak-masak versi ringkas. Erti kata lain, main campak-campak aje dalam kuali atau periuk. Tak percaya ker? Cer tengok gambar kat bawah nie..kan ke aku campak semua masuk periuk tu...tul kan? Heheh...so, apa lagi...jom dig-in!!


Bahan Kuah:
2 kiub ayam/ daging/ tomyam (aku pakai 2 kiub sebab lebih sedap & pekat sket)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 inci halia (dicincang halus)
Sedikit gula
Sedikit garam secukup rasa
Air secukupnya.

Cara-cara:
1) Tumis semua bahan yang dicincang halus.
2) Perasakan dengan garam dan gula. 
3) Masukkan air secukupnya.

Bahan-bahan Steamboat:
Bebola Ketam
Bebola Sotong
Bebola Salmon (sedap gak..skali sekala)
Isi Ketam
Fish Cake
Fish Ball
Tauhu Kering 
Cendawan Enoki
Sayur Sawi Pendek (Bak Choy)
** Bahan-bahan di atas gunting2/potong2kan...mcm kita makan yong tau fu tu laa...

Cara-cara:
1. Setelah kuah sup/tomyam tadi mendidih, masukkan bahan-bahan steamboat di atas.
2. Kalau duduk di atas meja bersama periuk khas steamboat, lebih mudah. Makan sambil celup2. Macam aku ni tak mampu nak beli, so, masak atas dapur siap2. Setelah mendidih, hidangkan di atas meja. Makan laaa bersama-sama. Orait! Ringkas dan tak payah nak pening-pening untuk angkut segala dapur ke atas meja hehehe....kalau ada peralatan kira bonus laa kan!!

Okay selamat makan-makan bersama keluarga!


Wednesday, November 6, 2013

Bihun Singapore

Assalamualaikum...

Kembali lagi ke dapur. Hehehe walaupun hari-hari ke dapur, tapi tidak di dapur virtual nie. Hehehe...kalau laaa jenis rajin dan hari-hari akan di update laa menu-menu masakan yang Da BommB!! Hari nie nak share menu simple suri rumah bekerja. 



Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (dicelur/rendam saja) (pki bihun A1, senang nak ukur berapa byk nak mkn)
1 mangkuk stok ayam/ daging
1 ulas bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
Isi ayam/ daging
1/2 biji lobak merah dihiris memanjang
3 btg jagung kecil dihiris memanjang
Sedikit sayur sawi
1 biji tomato dipotong dadu
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun saderi
Bawang goreng

Cara-cara:
1) Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan stok ayam/ daging bersama ayam/ daging tadi.
3) Masukkan sayur lobak merah, jagung kecil & batang sawi. Masak hingga lembut.
4) Masukkan sedikit garam & lada sulah secukup rasa.
5) Masukkan bihun yang telah siap dicelur tadi. Masak hingga agak lembut.
6) Masukkan sayur sawi & tomato. Setelah hampir agak basah-basah kering, tutup api dan hidangkan. Taburkan bawang goreng & daun sup.
7) Sedia untuk di makan.

Selamat mencuba!

Tuesday, November 5, 2013

Fried Spiral Pasta

Assalamualaikum...

Menu masak-masak hari ini, Pasta  Pintal Goreng atau nama omputihnye Fried Spiral Pasta. Aku suka yang simple. Mr Hubby pun suka makan, jadi masak nie aje. Kekadang tiba masa malas nak makan makanan yang berat-berat kan. Jadi makan nie aje..ringan sikit. Ringan ker?


Bahan-bahan:
  • Spiral Pasta (rebus & tos)
  • 1 mangkuk kecil Daging Cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 1 senduk cili giling
  • 2 senduk sos tomato (atau guna Tomato puree tin kecil)
  • Lobak Merah (dipotong dadu)
  • Lada Benggala/Capsicum (dipotong dadu)
  • Lada sulah
  • Sedikit Oregano
  • Garam
  • Minyak utk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Goreng daging hingga masak.
  • Masukkan bawang putih dan bawang besar.
  • Masukkan cili giling dan tumis hingga masak.
  • Masukkan sos tomato, lada sulah dan sedikit Oregano.
  • Masukkan sayur Lobak Merah & Lada Benggala. Tumis hingga lembut.
  • Masukkan garam untuk diperasakan.
  • Akhir sekali masukkan Spiral Pasta yang siap direbus. Gaul hingga rata.
  • Jika suka boleh tambahkan tomato segar yang dipotong kecil-kecil dan gaulkan sebelum api ditutup.
  • Hidangkan untuk di makan.
 
Selamat Mencuba!

Monday, November 4, 2013

Daging Satay Goreng

Assalamualaikum....

Lama plak tak update blog masakan. Bukan laa tak masak pun. Hari-hari dok masak, tapi tak dan nak upload apa2 resepi. Sebab tak de laa masak resepi yang Da Vasss sangat...menu biasa-biasa aje. Menu suri rumah bekerja simple aje laa kan...tak de yang complicated sangat...ikut dan masa aje laaa kan....

So hari nie nak share resepi nie..selalu buat, bila rasa malas nak masak rendang di hari raya. Simple aje pun...macam buat satay gak laa...


BAHAN-BAHAN:
1/5 kg Daging 
3 btg Serai *
Segugus Bawang Putih *
2 inci Halia *
1 inci Lengkuas *
Garam
Gula

CARA-CARA:
1. Bahan bertanda * tadi di blend hingga halus.
2. Bersihkan Daging tadi
3. Satukan bahan blend dan daging tadi.
4. Gaulkan bersama bahan-bahan yang diblend halus tadi. Gaul hingga rata.
5. Perisakan dengan garam dan gula. Selepas gaul, biarkan bahan perapan selama sejam. Kalau boleh buat awal semalaman lebih baik. Bahan lebih meresap.
6. Panaskan kuali (saya guna kuali non stick). Guna sedikit minyak. Masak hingga daging empuk. 
7. Jika suka yang kering boleh la buat hingga kering. Bagi saya biar sedikit basah jika dipanaskan tak de la kering sangat kan. 

Selamat Mencuba!!

Saturday, September 14, 2013

Pita Daging Peri Peri

Bahan-bahan:
Roti Pita Gandum (guna apa pita pun boleh)
500 gm Daging Cincang
1/2 btg Lobak Merah (didadukan)
Serbuk Peri Peri (jenama Knorr)
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Lada Hitam
Sedikit Oregano
Sedikit garam
1 biji Bawang Besar - size sederhana dicincang halus
3 ulas Bawang Putih - dicincang halus
8 biji Tomato Ceri - dibelah 4
Daun Salad Butterhead
Planta utk sapuan
Cara-cara:
1. Sapu sedikit planta pada roti pita dan panaskan diatas kuali/grill. Ulang pada semua roti hingga garing.
2. Goreng daging cincang tanpa minyak hingga masak.
3. Dalam kuali tolak ketepi daging cincang tadi, masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Tumis hingga masak letak sesudu planta.
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah n serbuk oregano. Gaul hingga sebati. Masukkan serbuk Peri Peri Knorr tadi dan gaul rata.
5. Masukkan lobak merah tadi. Gaul hingga lobak merah masak. Letak sedikiy garam.
6. Sebelum menutup api. Masuk Tomato Ceri tadi. Gaul hingga sedikit lembut tomato itu. Tutup api dan alih ke dalam mangkuk.
7. Daun salad tadi dipotong kecil2 sedikit utk dimuatkan ke dalam roti pita.
8. Letakkan sedikit sos cili dan sos thousand island ke dalam roti pita dan letakkan daun salad diikuti dengan inti yang telah siap dimasak tadi. Ulang hingga roti habis.
9. Siap dan boleh dimakan utk sarapan pagi atau makan malam. Actually bila2 masa teringin boleh laa makan.
SELAMAT MENCUBA!!

Friday, December 28, 2012

Beef Blackpepper

Assalamualaikum....
Alahai macam dah lama tak pos lak resepi kan...dah nak hujung tahun dah nie. Mood tak de. Tak sihat pun ye gak. Jadi mood nak snap gambar pun macam malas laa kan...tau nak makan saja la...


Bahan-bahan:
  • 300 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih - diketuk & cincang halus
  • 2 senduk Sos Blackpepper (saya pakai jenama Tesco dlm botol aje)
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak
  • Garam
  • Daung bawang - dihiris serong
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Masukkan daging yang siap dibersihkan. Goreng hingga masak.
  • Sambil menggoreng daging masukkan bawang putih dan goreng bersama daging tadi.
  • Masukkan sos blackpepper gaul hingga rata. Masukkan sedikit air.
  • Masukkan bawang besar dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Taburkan daun bawang dan gaul.
  • Apabila masak bolehlah di makan bersama nasi.
Selamat Mencuba!

Sunday, September 30, 2012

Fried Sweet Chilli Chicken

Salam....
 
Lama sket tak update blog. Bukan apa, busy dengan kerja sekarang ni. So, nie baru ada masa nak jenguk sini. Alahai....macam mana nak jadi blogger tegar macam dulu kan?
 
Hari nie nak tepek resepi nie plak. Dah seminggu gak buat. Tapi baru ada masa nak upload gambar. Alahai....


Bahan-bahan:
2 ketul ayam (bahagian dada) - dibersihkan (buang kulit & dipotong kecil)
4 sudu tepung jagung.
Putih Telur (saya gunakan 1 biji telur)
Minyak untuk menggoreng
Garam & Lada Sulah
 
Bahan Sos:
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
1 biji cili merah - dibuang biji & dihiris halus
6 sudu Sos Cili Manis
1 sudu kicap cair
Jus limau dr 1 biji limau
2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
 
Cara-caranya:
1. Perasakan ayam dengan garam & ladua sulah. Rendamkan ayam dalam putih telur dan gaulkan bersama tepung Jagung.
2. Panaskan kuali. Gorengkan ayam tadi hingga bertukar kepada kekuningan dan timbul di permukaan.
3. Untuk sos, kurang kan sedikit minyak menggoreng tadi. Masukkan bawang putih, halia, dan cili merah yang dihiris tadi. Goreng untuk beberapa minit.
4. Masukkan sos cili manis, kicap cair dan jus limau. Gaul hingga rata. Masukkan kacang panjang.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul rata. Siap di masak dan boleh dihidangkan bersama Nasi Putih.

 SELAMAT MENCUBA!!



Monday, May 28, 2012

Angel Hair Hailam

Assalamualaikum...

Hi Semua! Berkurun dah rasanya tak upload resepi kat blog. Ntah laa..tak der masa sebenarnya sekarang. Sibuk sangat, sampai nak masak best2 pun tak der masa..kalau masak pun rasanya tak sempat nak snap gambo...sebab terus ngap!

Dah lama dah masak Angel Hair Hailam nie. Cuma tak de masa nak upload jer. Nie baru ada kesempatan nak share ngan semua...


Bahan-bahan:
1 paket Angel Hair Pasta (direbus & ditos)
Isi Ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong wedges
3 ulas bawang putih - dihiris/ diketuk
1/2 batang Lobak Merah - dihiris memanjang
4 batang Baby Corn - dipotong memanjang
Sedikit batang Seleri - dihiris halus
Sedikit Lada Benggala - dihiris memanjang
1 Sudu Stok Ayam (pakai Stok Ayam Maggi dlm botol)
Sedikit Lada Sulah
3 sudu Sos Tiram
1 sudu Kicap Pekat
Sedikit Air
Sedikit garam (jika terasa tawar)

Bahan Hiasan:
Daun Bawang
Bawang Goreng

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar tadi hingga wangi.
2. Masukkan Ayam yang telah dibersihkan tadi. Gaul hingga rata.
3. Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat dan Stok Ayam. Gaulkan semua, masukkan sedikit air.
4. Masukkan sayur-sayur yang dipotong tadi; Lobak Merah, Baby Corn, Lada Benggala & Seleri.
5. Letak sedikit lada sulah. Masukkan Angel Hair Pasta dan gaul hingga rata.
6. Hidangkan ke dalam pinggan yang sesuai. Taburkan daun bawang & bawang goreng.

Selamat Mencuba!



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin