Monday, May 28, 2012

Angel Hair Hailam

Assalamualaikum...

Hi Semua! Berkurun dah rasanya tak upload resepi kat blog. Ntah laa..tak der masa sebenarnya sekarang. Sibuk sangat, sampai nak masak best2 pun tak der masa..kalau masak pun rasanya tak sempat nak snap gambo...sebab terus ngap!

Dah lama dah masak Angel Hair Hailam nie. Cuma tak de masa nak upload jer. Nie baru ada kesempatan nak share ngan semua...


Bahan-bahan:
1 paket Angel Hair Pasta (direbus & ditos)
Isi Ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong wedges
3 ulas bawang putih - dihiris/ diketuk
1/2 batang Lobak Merah - dihiris memanjang
4 batang Baby Corn - dipotong memanjang
Sedikit batang Seleri - dihiris halus
Sedikit Lada Benggala - dihiris memanjang
1 Sudu Stok Ayam (pakai Stok Ayam Maggi dlm botol)
Sedikit Lada Sulah
3 sudu Sos Tiram
1 sudu Kicap Pekat
Sedikit Air
Sedikit garam (jika terasa tawar)

Bahan Hiasan:
Daun Bawang
Bawang Goreng

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih & bawang besar tadi hingga wangi.
2. Masukkan Ayam yang telah dibersihkan tadi. Gaul hingga rata.
3. Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat dan Stok Ayam. Gaulkan semua, masukkan sedikit air.
4. Masukkan sayur-sayur yang dipotong tadi; Lobak Merah, Baby Corn, Lada Benggala & Seleri.
5. Letak sedikit lada sulah. Masukkan Angel Hair Pasta dan gaul hingga rata.
6. Hidangkan ke dalam pinggan yang sesuai. Taburkan daun bawang & bawang goreng.

Selamat Mencuba!



Tuesday, March 27, 2012

Ayam Percik + Kuah Percik

Salam semua,

Dah lama nak buat Ayam Percik. Tapi kini laaa dapat ku buat. Tu pun secara tak sengaja la. Memula Mr Hubby kata nak Ayam Goreng untuk dinner. Tapi aku dah mengubahnye kepada Ayam Percik. Tu pun sebab aku teringat dia kata nak sangat Ayam Percik berkuah putih ni.

Nak kata nie masakan hebat macam dari blog-blog lain tak der la. Aku cuba masak seringkas-ringkas yang boleh. Boleh di sediakan semuanya dalam masa sejam. Maklum laa kan..Suri Ofis...kena keje...kena masak...jadi masa untuk memasak waktu hari kerja amat terhad. Jika dapat masak best tu kira hebat dah rasanya hehehe :)


Bahan-bahan:
5 ketul ayam (yg sudah dipotong & dibersihkan)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 ulas bawang merah (dicincang halus)
1/2 inci halia (dicincang halus)
Sedikit Serbuk Kunyit (boleh juga pki kunyit hidup)
Sedikit Garam

Cara-caranya:
1. Ayam yang telah dibersihkan tadi dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata.
2. Gaulkan bersama bahan-bahan yang dicincang halus tadi.
3. Perapkan seketika dahulu.
4. Sediakan grill pan, letak sedikit minyak panggang ayam di atas kuali hingga masak. (Nak bakar dlm oven pun boleh)
5. Setelah masak, angkat dan biar kan dahulu.
6. Sediakan bahan untuk kuah pulak untuk dihidangkan bersama ayam.


Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 ulas bawang merah (dicincang halus)
1/2 inci halia (dicincang halus)
1 atau 1 1/2 peket santan serbuk (boleh laa pki apa2 jenis santan di pasaran)
1 sudu stok Ayam (saya pakai stok ayam Maggi dlm botol)
Sedikit Serbuk Kari (saya pakai Faiza Raja Kari)
Sedikit Serbuk Kunyit (boleh juga pki kunyit hidup)
Sedikit Garam
Sedikit Air
Minyak (untuk menumis)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan-bahan yang dicincang halus tadi.
2. Masukkan garam sebagai bahan perasa.
3. Apabila bawang sudah layu, masukkan santan serbuk (dibancuh dgn air suam) atau santan kotak ke dalam kuali. Didihkan seketika.
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit serbuk kari.
5. Masukkan stok Ayam Maggi. Gaul hingga pekat. 
6. Letak sedikit air agar tidak terlalu pekat.
7. Apabila sudah mendidih, tutup api dan boleh laa dituang ke atas Ayam Percik yang telah di bakar tadi. Sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba!

Sunday, March 4, 2012

Blackpepper Cheese Burger with Salad

Salam,

Baru ada masa nak update citer pasal burger nie. Actually dah buat minggu lepas lagi. Cuma tak de masa nak upload gambo ke laptop aje. Nie baru ada kesempatan nak buat dan edit gambar before posting.


Bahan-bahan:
2 biji Roti Burger - dibelah 2
2 keping Daging Lembu
Daun Salad
Tomato - dihiris bulat
1 biji Bawang Besar - dihiris bulat
Timun - dihiris bulat
Sos Cili or Sos Tomato
Mayonis
Lada sulah
Cheese

Cara-caranya:
1. Sapu mentega pada roti dan bakar sekejap.
2. Goreng daging dengan sedikit mentega. Cucuk2 bahagian tengah daging dengan garfu agar cepat masak di bahagian dalam. Letak sedikit lada sulah (jika suka).
3. Susun bawang besar, daun salad, tomato, timun pada roti. Letakkan daging yang sudah siap digoreng di atas. Jika suka boleh letak cheese ketika daging masih di atas kuali, jadi cheese akan cair sedikit kemudian terus angkat dan letak di atas roti.
4. Cili atau tomato? Ikut selera sendiri. Jika suka letak la mayonis.



Bahan Sos Blackpepper:
1 biji Bawang Besar - dihiris
3 sudu Brown Sos
1 sudu kecil Lada Hitam Kasar
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang hingga layu.
2. Masukkan Brown Sos dan sedikit air. Masukkan garam dan kacau.
3. Bila dah mendidih tutup api dan salin ke dalam mangkuk kecil.
4. Masukkan ke dalam burger tadi. Sedap jika di letak bersama cili sos.

Salad:
Daun salad, Bawang Besar, Tomato Ceri
Thousand Island

Gaul ke semuanya. Hidang bersama burger tadi. Lebih menarik. Kiranya seimbang la kan.

SELAMAT MENCUBA!!


Saturday, March 3, 2012

Sup Tomato & Roti Bakar

Salam Semua,

Nie baru nak update. Dah lama tak update. Mood memasak lom tiba lagi. So, dengan malasnya ari ni update laaa super malasnye mood. Heheh...sorry eh..anyway, sempat buat ni aje sebab sampai rumah lambat dari ofis. Harap kenyang. Sup Tomato nie "dimasak" khas untuk encik hubby. 


Untuk Roti Bakar:
Roti Bonjour Le Classique (Gardenia)
Butter

Roti di sapu dengan butter dan di bakar hingga garing. Jadi sedap bila di makan bersama dengan Sup Tomato

Untuk Sup:
1 tin sup tomato Campbell
1/2 cawan air
Brokoli (dicelur)

Panaskan sup di dalam tin. Letakkan 1/2 cawan air. Panaskan hingga mendidih. Kemudian hidangkan.

Hehehe ... Senang kan resepi kali ini. Betul2 malas sebenarnya. Next time laaa aku update bagi lagi best eh...


Tuesday, February 28, 2012

Brokoli Campur Goreng

Salam,

Malam nie cuba masak yang simple saja. Janji cepat di masak dan boleh di makan selepas tu. Kiranya tak ambil masa yang lama untuk memasak dan duduk di dapur. Lebih mudah lebih baguih laa kiranya kan...


Bahan-bahan:
Brokoli - di potong
Lobak Merah - dihiris
Bebola Ikan (Fish Ball) - dibelah 4
3 ulas Bawang Merah - dihiris
2 ulas Bawang Putih - dihiris
Sedikit serbuk Perisa Ikan Bilis (Maggi)
Sedikit air
Sedikit Minyak Bijan
Minyak
Garam

Cara-caranya:
1. Panaskan kuali. Letak sedikit minya masak dan minyak bijan.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan sedikit perisa ikan bilis dan kacau.
4. Masukkan Fish Ball yang dibelah 4 tadi.
5. Masukkan lobak merah dan brokoli.
6. Masukkan garam dan sedikit air.
7. Tunggu hingga mendidih dan boleh dihidangkan bersama nasi dan lauk lain.

Sunday, February 5, 2012

:: Sorry, Belum Update Lagi ::

Salam buat semua,

Dah lama tak berupdate blog masakan nie. Tak de masa lak sekarang ni. Insya'Allah akan di update kemudian yek. 


Friday, December 30, 2011

Bebola Daging Goreng Cili





Hai. Hari nie saya masak Bebola Daging plak. Selalunya Bebola Daging ni orang makan ngan Spaghetti kan? Kali nie nak twist sket, ubah kepada selera Melayu sket. Saja laa kan selalu sangat Western boring gak kan.


Bahan-bahan:

1/2 peket bebola daging lembu (kalau rajin boleh laa buat bebola sendiri)
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
3 sudu cili giling
2 sudu cili sos
1 biji tomato - dipotong wedges

Directions:
1) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, sedikit bawang besar dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan daun limau purut utk bau yang sedap
2) Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sedikit cili sos.
3) Masukkan bebola daging dan kacau hingga masak.
4) Masukkan tomato dan baki bawang besar tadi.
5) Gaul hingga masak dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin