Monday, September 19, 2011

Bihun Sup S'pore (utk 3-4 orang)


Hari nie kes malas nak masak nasi...jadi bantai laa masak bihun. Sebab bihun ada stok dalam peti ais yang dah siap celur. Bahan-bahan pun melambak dalam peti ais...apa lagi..godek-godek laa peti ais..apa yang rasa sesuai masukkan aje...


Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (dicelur)
1 mangkuk stok ayam/ daging
1 ulas bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
Isi ayam/ daging
1/2 biji lobak merah dihiris memanjang
3 btg jagung kecil dihiris memanjang
Sedikit sayur sawi
1 biji tomato dipotong dadu
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun saderi
Bawang goreng


Cara-cara:
1) Tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan sayur lobak merah, jagung kecil & batang sawi. Masak hingga lembut.
3) Masukkan stok ayam/ daging bersama ayam/ daging tadi.
4) Masukkan sedikit garam & lada sulah secukup rasa.
5) Masukkan bihun yang telah siap dicelur tadi. Masak hingga agak lembut.
6) Masukkan sayur sawi & tomato. Setelah hampir agak kering, tutup api dan hidangkan. Taburkan bawang goreng & daun sup.
7) Sedia untuk di makan.


Selamat mencuba!


Sunday, January 16, 2011

Chicken Tortilla


Bahan:
Roti Tortilla (beberapa keping)
Daun Salad
Isi Ayam (dipotong kecil sedikit)
Lobak Merah (dipotong dadu)
Capsicum/ Lada Benggala (dipotong dadu)
1 biji Bawah Besar (dihiris halus)
3 ulas Bawang Putih (dihiris halus)
2 biji Tomato Segar (dipotong dadu)
2 sudu Cili Giling
3 sudu Sos Spaghetti (dalam botol)
Thousand Island / Cili Sos

Cara :
1) Panaskan Roti Tortilla dan ketepikan dahulu.
2) Tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan Cili Giling & Sos Spaghetti tadi. Gaul hingga rata.
4) Masukkan Lobak Merah & Lada benggala hingga agak lembut. Masukkan isi ayam.
5) Masukkan sedikit tomato segar yang dipotong tadi. (sikit sahaja utk tambah rasa)
6) Angkat dan ketepikan.
7) Bentangkan Tortilla, letak daun salad, dan bahan yg di masakkan tadi. Letakkan sedikit tomato segar & Thousand Island/ Cili Sos, kemudian gulungkan.
8) Ulang langkah seterusnya. Sedia untuk dihidang.

*Boleh dipotong 2 jika suka.

Selamat mencuba!


Friday, January 14, 2011

Maggi Goreng Mamak


Saja pos balik kat sini...most popular masa pos kat FB dulu...


Bahan:
Sebungkus Mee Kering (dicelur & ditoskan airnya) - apa2 jenama dipasaran
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 biji cili padi (dimayang halus)
Sayur Sawi (ikut citarasa sendiri nak letak sayur apa)
Sedikit Lada sulah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari + serbuk cili (jika suka) @ pki serbuk kari megi/serbuk ayam megi, tabur2 sket je
1 biji telur (lebih pun boleh)
++ Bleh tambah bhn lain jika suka etc : fishball, fishcake etc..

Cara:
1. Mee kering dicelur dan toskan airnya. Ketepikan dahulu.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
3. Masukkan batang sayur sawi dahulu. Tumis hingga masak. Masukkan sendiri garam dan lada sulah.
4. Masukkan mee yg telah ditoskan tadi. Gaul hingga sebati.
5. Pecahkan telur dan gaul. Dah sebati masukkan sedikit serbuk kari + serbuk cili.
6. Masukkan baki sayur sawi (daun sawi) dan gaul sampai rata. Tutup api dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, November 10, 2010

Grill Tenggiri With Sauce

Tangan gatal nak main masak-masak...maka main campak-campak dalam kuali laa hari ni...so, terjadi laa ikan yang di grill dan dicurahkan bersama sos nie..hmmm...konon-konon macam Bobby Flay la...hehehe


Bahan Ikan :
2 Keping Ikan Tenggiri
Lada sulah
Garam

Sos :
1 Biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 biji lobak merah (dihiris jejari)
1 biji tomato (dipotong dadu)
3 sudu cili giling
1 sudu sos tomato

Cara-caranya:

Untuk Ikan
1. Ikan dibersihkan dan diletak garam lada sulah.
2. Grill kan ikan di atas kuali sehingga masak (untuk lebih sedap perahkan limau kasturi/ limau nipis ke atas ikan semasa digrill)

Untuk Sos
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan lobak merah dan sedikit air. Letak sedikit garam.
3. Masukkan sos tomato dan tomato yg dipotong tadi. Kacau hingga masak.
4. Curahkan sos yang siap di masak tadi ke atas ikan tenggiri yang digrill tadi. Sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba!!


Friday, September 10, 2010

Sunday, September 5, 2010

Nasi Beriyani & Acar Timun

Nasi Beriyani

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
3 sudu serbuk beriyani
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Beras yang telah direndam semalam, masukkan semua bahan.

Bahan Untuk ditabur:
3 sudu minyak sapi
150gm kismis hitam
150gm kismis kuning
150 gm gajus
Sedikit bawang goreng.

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng gajus dahulu.
2. Kacau selalu agar rata kuningnya.
3. Masukkan bahan yang ditumis ini ke dalam periuk nasi bersama nasi dan masak spt biasa.
4. Bila sudah masak masukkan daun ketumbar dan daun pudina. Kacau nasi dan taburkan kismid dan gajus.

Acar Timun

Bahan-bahan:
1 biji timun (dipotong nipis)
1 biji lobak merah (dipotong nipis)
1 biji bawang besar (dipotong nipis)
1 biji lada merah (dihiris)
8 biji tomato ceri (dibelah 2)
Cuka
Garam
Gula

Cara-caranya:
Gaul semua bahan yang dipotong bersama cuka, garam dan gula. Seimbangkan rasanya. Sedia dimakan bersama nasi.

Beriyani Ayam

Semalam menu berbuka ada Nasi Beriyani..jadi aku pun buat la lauknya kan..Ayam Beriyani..actually boleh pakai kambing atau daging jugak..ikut suka mana-mana nak pakai laa...ikut selera masing-masing...

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 peket(kecil) rempah beriyani
1 tin tomato puree
1 tin susu cair (1/2 tin pun boleh)
6 ulas bawang merah (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 cm halia
3 biji cili merah (dibelah dua)
3 biji cili hijau (dibelah dua)
3 biji tomato (dibelah empat)
1/2 cawan bawang gpreng
100gm badam (dikisar halus)
100gm gajus (dikisar halus)
Minyak sapi cukup untuk menumis
1/2 cawan madu lebah
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1. Panaskan mintak, tumis bawang merah dahulu kemudian halia dan bawang putih. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriyani kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan ayam tadi kacau rata kemudian masukkan buah tomato, cili merah, cili hijau, gajus dan badam.
4. Masukkan tomato puree dan kacau.
5. Setelah mendidih masukkan bawang goreng dan susu cair.
6. Bila hampir kering masukkan garam dan madu lebah. Siap sedia untuk dihidang bersama Nasi Beriyani.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin