Monday, August 30, 2010

Sotong Beriyani (Untuk 2-3 orang)


Resepi nie aku dah lama buat...tapi terlupa plak nak upload...resepi simple dan mudah di masak...

Bahan-bahan:
6 ekor Sotong (dipotong bulat & dibersihkan)
2 sudu Rempah Beriyani
1 biji Bawang Besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (ditumbuk/diketuk)
2 sudu Cili Giling
1 batang Cili Merah (dihiris)
Sedikit air
Sedikit garam

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili giling dan biar hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah beriyani dan kacau. Masukkan sotong yang sudah dibersihkan.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau hingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Sunday, August 29, 2010

Pasta Spiral Goreng

Ni masakan paling malas pernah buat la...cincai..janji bleh makan laa kan..anyway memang sedap pun heheh...


Bahan-bahan:

Pasta Spiral (direbus)
200 gm Daging Cincang
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dicincang)
1 mangkuk kecil sayur campur beku (nyahbeku)
Sedikit Oregano
Garam
Sedikit Serbuk Lada Hitam

Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan sedikit bawang besar utk perasa.
2. Masukkan daging. Goreng hingga masak. Masuk serbuk lada hitam.
3. Masukkan tomato yang dicincang tadi. Letak sedikit oregano dan garam.
4. Masukkan sayur campur dan kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
5. Masak hingga mendidih.Kemudian hidang bersama pasta.Tabur daun bawang & sedikit bawang goreng.

Selamat Mencuba!

Tuesday, August 24, 2010

Roti Pita

Roti Pita Berinti Daging faveret aku...buat masa berbuka...best! Balik je keje terus keluarkan bahan-bahan. Masak kejap aje...Amat mudah dan senang disediakan dibulan puasa...

Bahan Roti Pita:
Roti Pita (dipotong 2 & dibelah tengah
Marjerin (disapu pada luar dan dalam roti)

Bahan Inti:
Marjerin
Daging Cincang (guna separuh pek)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1/2 capsicum hijau (dipotong dadu) * boleh letak pelbagai warna capsicum
1 sudu cili giling
3 sudu sos bolognese (Prego dalam tin merah)
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara-carannya:
1. Bakar roti pita yang telah dilengserkan dgn marjerin. Sudah siap ketepikan dahulu.
2. Panaskan marjerin, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
4. Masukkan lobak merah dan capsicum tadi. Gaul hingga masak.
5. Masukkan cili giling dan sos bolognese. Gaul rata. Masukkan tomato yang dipotong dadu tadi.
6. Gaul rata hingga masak. Siap untuk dihidangkan bersama roti pita.

Selamat Mencuba!

Sunday, July 11, 2010

Ayam Kicap Berempah


Masak Ayam Kicap Berempah kali nie baru sempat nak dokumentasikan. Selalunya tak sempat...sebab rasa nak makan tu cepat aje lupa. Ni antara kesukaan hubby. Abis kalau dia ngadap sorang nie...


Bahan-bahan:
4 ketul dada ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji cili hijau (dihiris)
3 sudu rempah sup
4 sudu besar kicap lemak manis
Sedikit lada sulah

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah sup dan kicap. Gaul rata. Letak sedikit air.
3. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan gaul rata. Letak sedikit lada sulah.
4. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat tadi bersama cili hijau.
5. Biar hingga ayam masak dan boleh dihidang bersama nasi.

Selamat Mencuba!

Friday, April 30, 2010

Chili Crab (Masakan Bonda)


Makanan favorite ku...tapi ni Ibu yang masakkan masa kami berada di kampung tempohari...waktu melawat atok n nenek di Sabah...puas makan ketam...rindu nak makan ketam lagi...memang BEST!!

Resepinya nanti aku upload okeh :)

Saturday, March 6, 2010

Fettuccini Sos Cendawan Special (2 org)

Baru buat semalam...1st time buat Fettuccini...tak penah try pun...tetiba teringat ada beli...so, rasa nak cuba laa....n akhirnya siap dihidang untuk makan malam....huhu simple n senang di masak...

Bahan-bahan:
1/2 peket Fettuccini (direbus)
1/2 Lobak merah (dihiris memanjang)
1/2 Capsicum Hijau (dihiris memanjang)
4 batang sosej (dihiris memanjang) * boleh diganti dgn bhn lagi spt udang/ daging/ayam
1 tin Kimball Sup Cendawan
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar butter
Sedikit garam

Utk Mee:
Fettuccini direbus sehingga lembut. Dan toskan.

Bahan Kuah :
1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Tumiskan bawang merah & bawang putih.
2. Masukkan sosej tadi dan tumis hingga masak sosej itu.
3. Masukkan satu tin sup cendawan dan masukkan sendikit air. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan serbuk lada hitam. Masukkan capsicum dan lobak merah. masak hingga lembut.
5. Apabila kuah telah masak hidangkan, tuang ke atas Fettuccini yang telah diletakkan di pinggan. Sedia untuk di makan.

Selamat Mencuba!!

Monday, February 22, 2010

Puding Roti

Puding Roti

Puding Roti...buat juga akhirnya. Dah lama nak buat. Atas permintaan hubby akhirnya buat gak. Maklum laa makanan kesukaan dia. Jadi terlaksana laa jugak. Bukan kegemaran aku pun, tapi boleh buat gak laa...cuma tak berapa suka sangat benda2 manis nie..


Bahan-Bahan A:
8 keping roti
500ml Susu Segar
* dicarik2 dan direndam susu segar
Bahan-Bahan A:
2 Biji Telur Ayam
2 Sudu Mentega
1/2 Cawan Gula

1 sudu Asen Vanila
* Dipukul sehingga sebati

1. Dah pukul dan sebati, tuangkan bahan B tadi kedlm bahan A.
2. Letak dlm lengat dan tabur pula kismis diatas roti bahan2 tadi.
3. Bakar dlm suhu 180'c dlm masa 1jam. Biarkan sejuk dan siap utk dimakan 


SELAMAT MENCUBA!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin