Thursday, August 13, 2009

Telur Masak Kicap Berempah



Servings:3-4 Person


Description:
Simple & mudah je....




Ingredients:
6 biji telur (direbus & dikupas kulit)
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk lada hitam
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili (dihiris)
3 sudu besar kicap manis
Sedikit garam




Directions:
1. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah2 tadi ke dalam.Gaul rata.
3. Masukkan kicap dan sedikit air. Masukkan garam.
4. Masukkan telur yang telah siap direbus. Dan gaul rata. Letak garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang bersama nasi.

Wednesday, August 12, 2009

Macaroni Cheese Bakar


Category:Pasta
Style:Italian
Servings:4 -5 person


Description:
Resepi nie dibuat di saat aku malas sangat...
Actually tak baper sihat....aku buat masa aku mc semalam..
Tetiba ada mood lak nak masak2 kat dapur...
heheheh....


Selamat Mencuba!!!


Ingredients:
Macaroni (direbus) - ikut besar mangkuk nak bakar
Cheese (cheese keping pun bleh..dipotong2)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dicincang halus)
100 gm daging cincang
100 gm sayur campur beku
1 mangkuk tomato puri
2 sudu sos tomato
1 sudu oregano
Sedikit lada sulah
Sedikit garam


Directions:
1. Rebus macaroni dan apabila telah kembang. Angkat & toskan. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih & bawang besar. Masukkan daging. Goreng hingga masak.
3. Masukkan sos tomato, tomato puri, lada sulah & sedikit garam. Letak oregano. Kacau.
4. Masukkan sayur campur beku dan tomato cincang. Gaul hingga masak. Biarkan sedikit berair.Siap masak tutup api dan ketepikan.
5. Masukkan macaroni ke dalam pinggan utk membakar sedikit. Letakkan kuah dan taburkan cheese. Ulang lagi sekali setiap lapis dan tabus cheese di atas sekali bila hendak membakar.
6. Bakar pada suhu 180 darjah. Selama 10-15 min sahaja.

Friday, August 7, 2009

Ayam Masak Merah


Category:Meat & Seafood
Special Consideration:Low Calorie
Servings:2-4 Person


Ayam Masak Merah nie aku masak sekali dengan Nasi Tomato..sedap la kan makan bersama...kenalah 2 lauk nie...heheh ...

Selamat Mencuba!!!



Ingredients:
Untuk persediaan ayam
1/2 ekor ayam (dipotong & dibersihkan)
Sedikit garam
Serbuk Kunyit


Kuah Masak Merah
6 biji bawang merah } diblend
3 biji bawang putih } diblend
1/2 inci halia } diblend
Serai } diketuk
1 biji bawang besar } dipotong bulat
3 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos tomato
2 sudu sos cili
1 tin kacang peas


Directions:
Untuk Ayam
1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan bersama garam & kunyit.
2. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan dahulu.


Untuk Kuah Masak Merah
1. Tumis serai & bahan-bahan yang diblend tadi hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato & sos cili. Gaul rata. Masukkan garam.
4. Rasa sedikit untuk seimbangkan masam tomato.
5. Masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi. Gaul rata.
6. Masukkan bawang besar dan kacang peas tadi. Gaul rata.
7. Siap di masak dan sedia untuk di makan bersama nasi. * (nasi tomato)

Nasi Tomato Special @ Heldamelissa


Nasi Tomato nie...FRESH...aku baru je buat tadi....Kira baru buat...snap....then terus upload tau....hehehe ...semangat tul...balik keje je terus masak..bahan2 dah prepare...terus masak je la...sib baik hari Jumaat balik awal kan...


Ingredients:
4 cawan Beras Basmathi
1/2 tin kecil Tomato Puri
5 biji Bawang Merah } diblend
3 biji Bawang Putih } diblend
1 inci Halia } diblend
2 sudu makan Minyak Sapi (Ghee)
Sedikit Sayur Campur (tengok banyak mana beras)
Garam


Directions:
1. Panaskan minyak sapi. Masukkan bahan2 yang diblend tadi. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puri. Gaul rata. Masukkan sedikit garam.
3. Masukkan sayur campur tadi. Gaul rata.
4. Masukkan beras. Masukkan air ikut sukatan beras.Gaul rata. Masak nasi seperti biasa (guna rice cooker).
5. Bila siap hidang bersama ayam masak merah & jelatah. Sedia di makan panas-panas.

Tuesday, August 4, 2009

Sotong Tumis Cili Kering


Category:Side Dishes & Condiments
Style:Chinese
Special Consideration:Quick and Easy
Servings:2-3 Person


Description:
Nie resepi aku buat last week...tapi aku hampir lupe lak...hubby kata sedap giler sotong nie...heheh..happy sebab dia kata sedap...dia tu food critic kat umah nie...jadi kena sedap la masak kan...hehehe

Anyway SELAMAT MENCUBA!!!



Ingredients:
7-8 ekor sotong sederhana besar (dibersihkan & dipotong sederhana)
5 batang cili kering (dibuang biji)
2 sudu cili giling
1 sudu sos tiram
1 biji bawang merah (dihiris bulat)
2 biji bawang putih (diketuk)
Garam (perlu jika rasa tawar - jgn letak byk sbb dah pakai sos tiram)


Directions:
1. Bersihkan sotong dan potong kecil (jika suka).
2. Tumis bawang putih bersama cili kering tadi hingga naik bau.
3. Masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan sotong. Gaul rata dan kacau hingga sotong masak.
5. Masukkan bawang besar tadi. Gaul rata.
6. Setelah sotong masak. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

Monday, August 3, 2009

Sambal Sardin


Category:Side Dishes & Condiments
Special Consideration:Quick and Easy
Servings:2-3 Person


Description:
Sambal Sardin..paling simple...aku memang masak sardin nie...tapi aku tak makan..hehehehe...yang makan hubby...so, aku masak laa special untuk dia...heheh sebab dia memang peminat sardin..


Ingredients:
1 tin kecil sardin (apa2 jenama pun bleh)
1 biji bawang besar } dipotong bulat
2 biji bawang putih } diketuk
3 biji cili padi } dibelah hujung
3 sudu besar cili giling
Garam secukup rasa


Directions:
1. Tumis bawang putih, cili padi dan sedikit bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling & sedikit kuah dari tin sardin. Gaul rata. Masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan sardin tadi dan gaul rata.
4. Siap di masak dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

Sunday, August 2, 2009

Sambal Tumis Udang Special


Category:Meat & Seafood
Special Consideration:Quick and Easy
Servings:2-3 Person


Description:
Resepi nie aku buat minggu lepas...tapi baru ada masa nak update...as usual la kan...tapi kira orait laa dapat upload nie...hehehhe


Ingredients:
500 gm udang (dibersihkan)
3 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji capsicum @ lada benggala (dipotong memanjang)
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam


Directions:
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sedikit bawang besar yang dipotong bulat tadi.
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan belacan, garam dan sedikit air asam jawa.
4. Masukkan udang dan gaul rata. Biarkan udang hingga masak.
5. Masukkan capsicum @ lada benggala. Gaul seketika.
6. Sedia dihidang bersama nasi putih.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin