Monday, July 20, 2009

Cucur Tauhu Special

Cucur tauhu nie saya belajar dari resepi Asmah Laili (Sapa tgk channel AFC tau laa ek sapa dia..kalau tak Google aje ye). Memang sedap & simple. Kalau nak buat kenalah guna tauhu yang segar dan baru. Sekiranya tauhu yang sudah lama bila digoreng akan menjadi masam isinya. Tapi syok sekali sekala cuba cucur yang lain dari yang lain kan..asyik2 cucuq ikan bilis aje...bosan gak kan...Ia amat sesuai utk sarapan atau minum petang.

SELAMAT MENCUBA!!

Ingredients:
5 keping tauhu - dilenyek
3 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji cili merah - dicincang halus
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1/2 sudu lada sulah
2 biji telur ayam
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng


Directions:
1. Tauhu tadi dilenyek hingga hancur dan campurkan bersama tepung gandum tadi. Gaul bersama garam.
2. Masukkan bahan yang dihiris tadi. Gaul rata.
3. Gorengkan hingga garing.
4. Sedia untuk dihidang

Sunday, July 19, 2009

Daging Goreng Cili Special

Lauk ini sesuai di makan bersama nasi putih atau nasi planta...
ringkas dan mudah untuk disediakan....

SELAMAT MENCUBA!!!

Ingredients:
1/2 kilo daging lembu - dihiris dan dibersihkan
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 inci halia - dihiris
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
3 sudu cili giling
2 sudu cili sos
1 biji tomato - dipotong wedges

Directions:
1) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, sedikit bawang besar dan halia. Tumis hingga naik bau.Masukkan daun limau purut utk bau yang sedap
2) Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sedikit cili sos.
3) Masukkan daging dan kacau hingga masak.
4) Masukkan tomato dan baki bawang besar tadi.
5) Gaul hingga masak dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi

Saturday, July 18, 2009

Nasi Planta Special

Nasi Planta adalah resepi mudah dan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Boleh di makan bersama apa-apa jenis lauk

SELAMAT MENCUBA !!!

Ingredients:
3 pot Basmathi Faiza Moghul
4 1/2 cawan air (ikut sukatan beras)
2-3 sudu planta
1 biji bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis

Directions:
1) Cuci beras tadi hingga bersih dan ketepikan dulu.
2) Masukkan planta ke dalam periuk nasi (Letak di atas dapur gas)
3) Tumis bunga lawang & kayu manis bersama bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
4) Masukkan beras dan gaul. Tutup api dapur.
5) Alihkan periuk nasi tadi ke tempat periuk nasi dan on suis untuk masak nasi seperti biasa.
6) Masukkan air ikut sukatan beras. Gaul dan biarkan hingga nasi masak.
7) Setelah masak taburkan kismis & bawang goreng ke dalam nasi.
8) Hidang nasi bersama lauk pilihan anda.

Pak Choy Kukus Sos Tiram @ Heldamelissa

Sayur nie sesuai di makan bersama nasi putih.

SELAMAT MENCUBA!!!

Ingredients:
Serumpun Pak Choy (1 ikat) (dikukus/ dicelur)
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah dihiris
Sedikit ikan bilis
3 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Sedikit air

Directions:
1) Kukus atau celur sayur pak choy tadi. Angkat & tos.
2) Tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau
3) Masukkan ikan bilis/ serbuk ikan bilis dan cili merah
4) Masukkan sedikit lada sulah dan masukkan sos tiram.Masukkan sedikit air dan gaul.
5) Setelah selesai tuangkan kuah tadi di atas sayur pak choy yang telah di susun di dalam pinggan.
6) Sedia untuk di makan bersama nasi.

Wednesday, March 18, 2009

Pesona Chicken Fillet With Gravy


Ingredients:
Untuk Ayam:
6 keping chicken fillet (isi ayam tanpa tulang)
5 sudu Tepung Goreng (Jenama apa2)
1/2 cawan air

Untuk Gravy:
1/2 peket serbuk sos gravy (ada mcm2 jenis di pasaraya)
1 sudu sos lada hitam
1 ulas bawang putih (diketuk)

Untuk Bahan Sampingan(dikukus/dicelur) :
Kentang
Lobak Merah
Capsicum (Lada Benggala)
Brokoli
Bunga Kobis
Tomato (tidak perlu rebus/celur)

Directions:
Ayam:
1) Bancuh tepung goreng bersama air.
2) Gaulkan bersama chicken fillet tadi.
3) Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan (masak)

Gravy:
1) Panaskan minyak sedikit.
2) Tumiskan bawang putih. Masukkan serbuk sos gravy bersama sedikit air.
3) Masukkan sos lada hitam.

Bahan Sampingan:
Bahan yg dicelur tadi disusun di dalam pinggan.

Susun di dalam pinggan chicken fillet, bersama sayur2 tadi dan curahkan sos gravy ke atasnya. Sedia untuk di makan.


Tuesday, March 3, 2009

Black Pepper Lamb Chop

Actually aku tak terror bab buat benda nie...tapi aku bantai je...eheheh...pakai je sos yang ada..asalkan bleh laaa

Bahan-Bahan A:
Heinz BBQ Sos
Sedikit Garam
Serbuk Lada Hitam
2 ulas Bawang Putih (diketuk)
Lamb Shoulder (marinated dgn sos)

Bahan Hiasan: (kukus semua bahan)
Lobak Merah
Kacang Peas
Kentang
Lada Benggala

Cara:
1) Daging yg dimarinate dengan bahan A..di bakar di atas kuali non-stick.
2) Letak bawang putih yg diketuk tadi. Utk aroma.
3) Sayur2 yang dikukus tadi di susun di atas pinggan.
4) Setelah masak hidang. (Seperti dlm gambar)

Ayam Masak Halia Bersama Brokoli


Bahan-bahan:
500 gm Isi Ayam (Fillet)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 ulas halia sebesar ibu jari (dicincang)
3 biji cili padi (dipotong serong)
3 sudu kicap cair
1 sudu minyak bijan
1/2 bunga brokoli
Minyak (utk menumis)

Cara-caranya:
1) Bersihkan ayam dan potong sederhana.
2) Gaulkan ayam bersama kicap cair & minyak bijan. Perap dlm 1/2 jam.
3) Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sedikit bawang besar.
4) Masukkan ayam yang di perap tadi ke dalam kuali. Masukkan baki bawang besar.
5) Masukkan brokoli apabila ayam telah masak. Masak sekejap.
6) Hidangkan bersama nasi yang panas. Sedap.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin