Sunday, March 9, 2008

Kacang Phool (Sempena Mengundi)

Sempena hari mengundi nie...aku buat aaa Kacang Phool...resepi nie daripada Asmah Laili...bulan lepas masa raya Cina Ibu dah try...then sekarang aku plak try sendiri...memang sedap...


Kacang Phool yang siap sedia di makan


Kacang-kacang yg digunakan




BAHAN-BAHAN:
1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk (atau kacang parang/kidney beans)
1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan
1 tin bake beans
1/2 kilo daging cincang
Beberapa biji telur, digoreng mata lembu
2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
3 biji lada hijau, dihiris kasar
3 biji lada merah, dihiris kasar
6 biji limau kasturi, dibelah 2
Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
Garam secukup rasa


BAHAN KISAR
20 biji lada kering
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih dikisar halus
2 sudu teh penuh rempah beriani
Sedikit halia


CARA-CARANYA:
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagingnya empuk dan pekat sedikit. Masukkan garam beserta daun ketumbar dan pudina. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.


CARA MENGHIDANG
Tuang kacang Phool kedalam mangkuk. Hias dengan telur mata lembu, bawang dadu, lada hiris dan limau kasturi. Enak dilawankan dengan roti Perancis.

Monday, March 3, 2008

Butter Oat Prawn


Bahan-bahan:
1 kilo udang yang sederhana besarnya , kupas kulit badan, tinggalkan ekor dan kepala
125 gram mentega
100 gram rolled oats atau prawn cereal
1 sudu makan bawang putih, didadu halus
2 pelepah daun kari
10 biji lada padi, dirampai
1 sudu makan gula caster
Sedikit minyak untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
Sepinggan salada dihias cantik, yang kemudiannya akan diletakkan udang diatasnya


Cara-cara:
1) Panaskan minyak dialam kuali, goreng udang sebentar sahaja – kira-kira 15 – 30 saat sehingga bertukar warna.
2) Angkat dan ketepikan.
3) Gunakan kuali bersih yang lain, atau boleh juga gunakan kuali yang sama, tetapi keluarkan bekas minyak gorengan udang dan cuci bersih kuali tersebut.
4) Panaskan mentega sehingga cair.
5) Tumis bawang putih, daun kari dan lada padi sehingga naik aromanya.
6) Masukkan oat (atau prawn cereal), gaul rata dan masak selama 2-3 minit
7) Masukkan gula dan gaul sampai rata, biarkan seminit lagi.
8) Baru dimasukkan udang, gaul rata selama 30 saat. Segera angkat dan letakkan diatas timbunan salada.

Sunday, March 2, 2008

Ayam Goreng Kacang Peas

Resepi nie simple dan mudah disediakan...aku sempat masak nie lepas balik keje ari tu...kejap je dah siap...(gambar aku up kemdian k...)

Bahan-bahan:
1 tin kacang peas
500 gm ayam (dibuang kulit & potong kecil)
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (diketuk/dicincang)
1 biji cili merah (dihiris)
Daun Sup
Garam

Caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
2. Masukkan ayam (Ditutup bagi mempercepatkan ayam itu masak).
3. Masukkan sos tomato. Kemudian masukkan kacang peas, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
4. Taburkan daun sup dan tutup api.
5. Hidang bersama nasi atau garlic bread.

Burger Cik Heldamelissa


Bahan-bahan:
2 biji Roti Burger - dibelah 2
Daging Lembu/ Ayam Burger
Daun Salad
Tomato - dihiris bulat
1 biji Bawang Besar - dihiris bulat
Timun - dihiris bulat
Sos Cili or Sos Tomato
Mayonis
Lada sulah

Cara-caranya:
1. Sapu mentega pada roti dan bakar sekejap.
2. Goreng daging dengan sedikit mentega. Cucuk2 bahagian tengah daging dengan garfu agar cepat masak di bahagian dalam. Letak sedikit lada sulah (jika suka).
3. Susun bawang besar, daun salad, tomato, timun pada roti. Letakkan daging yang sudah siap digoreng di atas.
4. Cili atau tomato? Ikut selera sendiri. Jika suka letak la mayonis.

Kek Pisang Coklat Cip


Bahan-bahan:
300gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
250 gm gula
3 biji telur
4 biji pisang
250 gm mentega (dicairkan)
80gm cip coklat
1 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit garam

Cara-caranya:
1. Pisang dilenyek hingga hancur
2. Pukul telur dan gula hingga kembang
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan soda yang telah diayak ke dalam adunan.
4. Bila telah sebati, masukkan pisang, garam, cip coklat dan mentega cair. Gaul hingga sebati.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit @ sejam

Sup Ketam Sayuran


Bahan-bahan:
1 peket crab stick
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang celeri - dihiris
1/2 batang lobak merah - dihiris
3 batang baby corn - dihiris
Sedikit sayur kobis panjang - dihiris sederhana halus
1 kiub perisa ikan bilis
Sedikit lada sulah
Garam


Hiasan:
Daun Ketumbar - dihiris
Bawang Goreng


Cara-caranya:
1) Masukkan air ke dalam periuk. 2 mangkuk air.
2) Masukkan bahan seperti bawang merah & bawang putih. Tunggu hingga mendidih.
3) Masukkan kiub perisa ikan bilis tadi. Kacau.
4) Masukkan sayur-sayuran di atas.
5) Dan kemudian masukkan celeri dan letakkan sedikit garam & lada sulah.
6) Tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidang bersama nasi.

Saturday, March 1, 2008

Hati Ayam Goreng Cili


Resepi nie simple aje...senang disediakan plak tu.


SELAMAT MENCUBA!!


Bahan-bahan:
500 gm Hati Ayam - dibersihkan
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang cili hijau - dihiris
Serbuk kunyit
4 sudu cili giling
1 sudu kicap - kicap kipas udang
Garam


Cara-caranya:-
1) Perapkan hati ayam bersama serbuk kunyit dan garam
2) Goreng hati ayam sehingga masak. Masukkan bawang putih. Tumis bawang hingga kekuningan
3) Masukkan cili giling dan sedikit kicap (lemak manis)
4) Masukkan bawang merah dan cili hijau. Gaul hingga masak.
5) Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama nasi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin